Sunday, 26 July 2015

BUKU BILA CIKGU 20 SEN MENULIS DAH BERADA DI MPH BANGI!

Alhamdulillah n tq Allah!
Buku Bila Cikgu 20 Sen Menulis dah berada di MPH Bangi Gateway! Syukur sgt2 dgn perjalanan buku Cikgu 20 Sen nih. Yg penting JGN stop wlupun Slow. 
Pd sesiapa di area berdekatan bolehlah dptkan buku Saya di sana ye! atau boleh whatsapps saya di 0127814424. 

LOVE YOUR LIFE

LOVE YOUR LIFE.
BELIEVE IN YOUR OWN POTENTIAL.
WAKE UP EACH DAY WITH THE AWE OF JUST BEING ALIVE.
FORGET THE PAST.
TAKE THE POWER TO CHOOSE WHAT YOU WANT TO DO AND DO IT WELL.
OPEN YOUR HEART AND YOUR MIND TO EVERY OPPORTUNITY.
DON'T BE AFRAID TO KEEP TRYING.
CREATE YOUR OWN DREAMS.
COLOUR YOUR LIFE WITH PEOPLE AND THINGS YOU LOVE.
FOCUS ON ALL THAT IS GOOD.
LIFE ALWAYS GETS BETTER WITH A POSITIVE ATTITUDE.

Sunday, 19 April 2015

JOM CUBA NASI AYAM BERIANI YG SEDAP BANGAT NIH!

Alhamdulillah n tq Allah! Sharing one of resepi Kak Azie yg kebaboom! Azie Jaya Nasi Beriani Pakistan yg sgtlah sedapnya. Masak nasi ni saya guna Periuk Ajaib Amway. Masak lauknya atas dapur biasa dulu pastu susun atur semua bahan2 n beras. Lastly tekan masak nasi guna high pressure selama 7 minit. Nampak cam susah tp sebenarnya agak mudah. Cuba ye jgn tak cuba. Ada bubuh yogurt, ada bubuh susu segar n ada bubuh telur rebus, ada bubuh ubi kentang dlm nasi ni tau! Memang sedap bangat resepi Kak Azie ni. Jom lawat blog kak Azie aziejaya.blogspot.com.








Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit

3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave 
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas rebus  
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning


Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.

Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 

Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.


Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.




Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.


Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.



Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.




Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.


Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.


Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.



Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.


Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 

Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.


Tuesday, 10 February 2015

VIDEO BUKU BILA CIKGU 20 SEN MENULIS

Alhamdulillah n tq Allah. Dengan izinnya dan dengan bantuan Cikgu Afiffah dari Sekolah Kebangsaan Sedenak dpt juga saya menyiapkan video You Tube tuk buku Bila Cikgu 20 Sen Menulis nih. Tp maaflah ye kpd kwn kwn yg nak view guna handphone memang tak boleh nak tgk. Hanya boleh tgk kat desktop ataupun laptop aje. Ok semua selamat menonton video Bila Cikgu 20 Sen Menulis n hope you will enjoy watching it.

Monday, 12 January 2015

BUKU BILA CIKGU 20 SEN MENULIS TELAH BERADA DI PASARAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT. Sebelum terbitnya buku Bila Cikgu 20 Sen Menulis ini, pelbagai rintangan dan dugaan yang telah saya lalui. Akhirnya kini impian menjadi kenyataan! Aku mengharapkan agar nukilanku ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana terutamanya bagi mereka yang tinggal di dalam estet serta kilang sawit.Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini silalah berhubung dengan saya di 0127814424. Terima kasih kepada En. Roshidan owner co. PST Sdn. Bhd.yang membantu menjadikan impian saya menjadi Realiti. Tq Allah!





Monday, 17 November 2014

CAYALAH! KAEDAH MEMBACA EXRA TELAH MEMBANTU ANAK BERMASALAH MEMBACA DALAM MASA SEBULAN!

Alhamdulillah n tq Allah!
UTUSAN MALAYSIA ISNIN 23 SEPTEMBER 2002
Seorang kanak2 berusia lima tahun telah berkemampuan membaca dengan.lancar dalam tempoh 3 bulan melalui Kaedah Membaca E_Xra.
Perkara ini diakui.oleh seorang ibu Puan Siti Ridiah Abas, 43 tahun yang mempunyai anak berusia lima tahun yang mampu m3mbaca setiap perkataan dengan baik hanya dalambtempoh SEBULAN.
Puan Faridah Mohd Ali, 43 tahun juga mengakui anak lelakinya yang sebelum ini diletakkan di bawah kelas pemulihan selama setahun tetapi masih tidak boleh membaca telah BOLEH MEMBACA apabila diletakkan di dalam kelas E_xra selama SEBULAN.
Masalah mrmbaca perlu dikenal pasti dan dirawat pada peringkat awal. Ini kerana ia boleh mengundang kepada pelbagai masalah lain seperti.ponteng sekolah, tidak.bermotivasi, rasa rendah diri, tekanan dan tercicir daripada mendapat pendidikan asas.
Jom dapatkan produk2 E_xra yang terdiri.dari buku bm, buku bi dan.cd daripada saya 


Wednesday, 24 September 2014

AN INSPIRING SPEECH BY STEVE JOBS ESPECIALLY ON CONNECTING THE DOTS!





Alhamdulillah n Tq Allah. Such an inspiring speech by Steve Jobs. Tq abang for sharing it with umi. I luv it all especially Steve Job's sharing on "CONNECTING THE DOT". Alhamdulillah Ya Allah, all events in life have meaning and purpose--even the rough ones. We won't know that the dots connect until you look back on your life. You can't see them connecting if you look forward. Abang, You also always ask us to STAY HUNGRY and STAY FOOLISH! By doing that we will always want to LEARN n HUNGER for knowledge. Tq so much! Hope all of you enjoy watching this inspiring speech!