Thursday, 20 June 2013

WOW!

ADA sesuatu yang menarik perhatianku sekembalinya kami sekeluarga ke Semenanjung, Malaysia. Kali ini, suamiku bertugas di sebuah kilang sawit di Sedenak pula sebagai pengurus kanan. Alhamdulillah, seperti kebiasaannya, perjumpaan dengan Persatuan Wanita Kilang Sawit menjadi agenda utamaku.
Ida Fazihan, isteri pengurus memberitahuku, “Kak, petang ni mesyuarat wanita kita akan diadakan di kandang pada pukul dua setengah petang, ya?”
Dengan kehairanan, aku bertanyakan sekali lagi untuk kepastian “Ida, kita meeting kat kandang? First time akak dengar pasal kandang ni”.
Ida dengan gelihatinya menjelaskan bahawa kandang itu adalah gelaran kepada pusat penjagaan kanak-kanak di estet.
 “Tapi sekarang kandang tu kita jadikan pusat sumber sekaligus tempat berkumpulnya perkumpulan wanita kita, kak,” sambung Ida lagi.  “Walaupun kita dah tukar dengan nama Pusat Sumber, tapi masyarakat di sini masih lagi memanggilnya kandang,” Ida langsung ketawa.
Iyalah, bagiku mungkin mereka semua sudah sinonim dengan gelaran kandang. Aku dimaklumkan oleh Kak Mas Sedenak bahawa setiap pusat penjagaan kanak-kanak di mana-mana estet digelar kandang.
Sesampainya aku di kandang, WOW! Itulah perkataan pertama yang terkeluar dari mulutku. Bukannya aku tidak biasa mempengerusikan mesyuarat Persatuan Wanitaku namun kali ini memang berbeza. Agaknya apa yang bezanya, ya? Seorang demi seorang ahli jawatankuasa (AJK) memperkenalkan diri masing-masing. Bermula dengan pengerusi, Kak Pah Sedenak. Kak Pah memaklumkan bahawa dia adalah isteri Hospital Assistance yang bekerja di estet. Begitu juga dengan naib pengerusi, Kak Mas Sedenak yang suaminya bekerja dengan estet. Setiausaha pula, Aina Mus yang merupakan penolong pengurus kilang suamiku. Walaupun terkejut, namun aku diamkan sahaja dan membiarkan seorang demi seorang AJK  habis memperkenalkan diri mereka. Apa yang dapat aku rangkumkan ketika itu adalah, AJK-AJKku kali ini terdiri daripada orang-orang estet dan juga kilang. Gabungan lima estet dan kilang sawit suamiku kini dipanggil KOMPLEKS. Hmm... menarik, bukan? Jadi, memang patutlah tadi aku terkeluar perkataan WOW!
  Sejurus selepas semuanya memperkenalkan diri, Kak Pah meneruskan mesyuarat dengan memaklumkan kepadaku status terkini mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya adalah aktiviti meminjamkan buku kepada warga kilang dan estet Sedenak, kelas memasak, sukaneka, kelas bina insan, gotong-royong, tadarus, marhaban dan sebagainya.
Kak Pah memulakan laporannya dengan memberitahu, “Tahun lepas, puan, Perkumpulan Wanita kita telah memenangi Anugerah WOW Terbaik kerana kumpulan kita sangat aktif  dan banyak melaksanakan aktiviti.”
Sekali lagi aku terkeluar perkataan WOW! Pada masa ni, hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa aku ini nampak seolah-olah katak yang baru keluar dari tempurungnya. Huhuhu. Aku meminta Kak Pah menerangkan apa yang dimaksudkan dengan WOW tersebut. Rupa-rupanya, ianya merupakan singkatan kepada perkataan Woman Onwards yang ditubuhkan oleh syarikat suamiku bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan kaum wanita sama ada di dalam bidang kerjaya atau keusahawanan. Selain itu, dengan tertubuhnya persatuan tersebut, kaum wanita lebih mudah untuk menyalurkan sebarang ketidakpuashatian terhadap sesuatu perkara kepada pihak atasan syarikat.
Karnival WOW pertama yang aku hadiri adalah semasa acara pertandingan sukan antara kompleks-kompleks di bawah syarikat suamiku dijalankan. Di sinilah aku dapat melihat peranan WOW. Aku lihat pelbagai gerai menjual barangan mereka sendiri seperti hiasan manik, kerepek, nasi ayam, roti, kek, makanan sejuk beku serta sayuran-sayuran dan ulam-ulaman yang ditanam sendiri. Riuh-rendah betul dibuatnya pada ketika itu dek kerana kompleks masing-masing sibuk mempromosi barangan mereka bagi memikat hati pengunjung yang datang.
Kompleksku menjual nasi ayam manakala gerai mentorku, Kak Siti Che Din, menjual cup cake. Sahabatku, Lela Lopes De Squera dan Kak Yati Seman, juga tidak melepaskan peluang untuk menambahkan pendapatan dengan menjual roti buatan mereka sendiri. Sesekali kedengaran “nasi ayam, nasi ayam”, diikuti pula “roti, roti” , “air, air” dan sebagainya. Memang meriah sehinggakan aku serta anak-anak rambang mata hendak memilih barangan yang hendak dibeli.
Nak dijadikan cerita, aku dan anak-anakku tidak berhenti-henti mengunyah hingga aku merasakan perutku seperti rojak. Masakan tidak, nasi ayam, laksa, roti, ayam goreng, keropok lekor, kerepek dan pelbagai air telah aku dan anak-anakku belasah. Anak kecilku, Hafiz, sahaja telah memakan habis empat biji cupcake yang dibuat oleh Kak Siti Che Din! Huhuhu.




Isteri pengarah suamiku, Kak Pah, turut memberi sokongan dengan membeli nasi ayam kompleksku. Terima kasih, Kak Pah!






Mari-mari beli! Ada manik, ada ayam goreng, ada dodol. Mari-mari!

Selain karnival, terdapat banyak lagi aktiviti yang dijalankan oleh WOW seperti mengadakan bengkel masakan tradisional serta western, bengkel roti dan pastri, jahitan tudung dan manik. Di samping itu juga, pertandingan gubahan kraf tangan dan pertandingan masakan seringkali dianjurkan oleh WOW yang mana ianya turut melibatkan kesemua kompleks. Setiap kompleks wajib menghantar wakil dan pada ketika ini, kebetulan kompeks suamiku baru sahaja selesai membuat pertandingan menggubah sirih junjung, menghias kek pengantin, perlawanan congkak dan bowling padang. Pemenang bagi setiap kategori akan seterusnya berlawan di ibu pejabat syarikat suamiku. Dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh WOW, ianya dapat merapatkan silaturrahim sesama ahli di samping dapat memberi pendedahan kepada mereka bagaimana untuk menjana pendapatan sendiri.






Peserta-peserta dari kompleksku sedang khusyuk menghias kek pengantin mereka.


Akhir kata, aku ucapkan tahniah dan WOW! kepada usaha syarikat suamiku. Semoga ianya akan menjadi tonggak kepada pembangunan wanita di Malaysia sekaligus menyahut seruan kerajaan dalam memartabatkan peranan wanita di dalam bidang keusahawanan. Bukan sahaja Malaysia Boleh! tetapi Wanita Boleh! Amin.

Wednesday, 20 February 2013

"HOLE IN ONE"


APABILA suamiku ditawarkan untuk bekerja di kilang sawit di Ulu Tiram, peluang bermain golf datang tanpa disangka-sangka. Hatiku gembira bukan kepalang kerana aku selalu membayangkan bagaimana bergayanya suamiku jika dapat bermain golf di samping Tiger Wood, setiap kali aku menonton Tiger Wood bertanding di kejohanan golf. Kebetulan syarikat yang suamiku bekerja pada kali ini seringkali menganjurkan pertandingan golf.
Rata-rata mereka yang berjawatan pengurus dan ke atas pandai bermain golf. Di sinilah suamiku mula berjinak-jinak dengan sukan golf. Aku sendiri memberikan galakan kepada suamiku untuk berlatih memukul bola golf di driving range selepas waktu bekerja.
“Balik nanti, umi urut badan abang, ya?” kataku kepada suami pada setiap latihan di driving range tersebut.
Begitulah kebiasaannya selepas suamiku pulang dari bermain golf.  Lama kelamaan aku dan anak-anak turut ‘turun padang’ sekali bersama suamiku berlatih memukul bola golf. Fuh! Penat betul aku berlatih memukul 100 bola golf tetapi bila melihatkan gelagat anak-anakku yang bersemangat memukul bola golf satu demi satu, penat aku terus hilang.
Apabila suamiku ditugaskan berpindah ke kilang sawit di Kota Tinggi, dia tidak lagi berpeluang untuk ke driving range kerana lokasi kilang sawit kami agak jauh ke dalam. Jadi, untuk memastikan bakat suamiku dalam golf terus bersinar, aku sekeluarga sepakat untuk berlatih memukul bola golf di luar halaman rumah kami. Aku awal-awal lagi sudah memberi amaran kepada suamiku supaya memukul bola golf dengan perlahan dan berhati-hati kerana bimbang terkena atap rumah staf-staf yang berdekatan. Alhamdulillah, latihan memukul bola golf kami berjalan dengan lancar sehinggalah berlakunya trajedi yang tidak disangka-sangka.

Ala-ala ‘Tragedi Oktober’ kononnya! Huhuhu. Parut yang kekal di dahi putera keduaku, Haziq, menjelaskan segala-galanya. 
Parut Haziq di atas kening kirinya…Takpe..anak umi masih handsome..

Seperti biasa aku akan menjadi pengadil di tepi halaman rumah kami untuk memastikan seorang demi seorang mengambil giliran memukul bola golf masing-masing. Ini bertujuan mengelakkan sebarang kecederaan berlaku. Apabila tiba giliran putera pertamaku, Haikal, memukul, secara tiba-tiba Haziq meluru ke arah abangnya dan selepas itu kedengaran Haziq menjerit sambil menangis.
Aku dan suamiku yang berdiri di tepi halaman melepaskan club masing-masing dan berlari ke arah anak-anak kami untuk melihat apa yang sedang berlaku. Masya-Allah! Darah berlumuran membasahi seluruh muka Haziq dan aku mula menangis melihat keadaan Haziq yang agak parah.
“Abang, darah dari mana ni, bang? Mata Haziq kena ke?”
Dengan nada serius suamiku mengarahkan aku mengambil kain tuala di dalam rumah untuk mengelap darah yang berlumuran. “Cepat sikit, umi,” arah suamiku.
Selesai mengelap darah yang berlumuran tersebut, aku berasa sungguh lega. Haziq bernasib baik kerana hanya cedera di dahi sahaja dan bukannya di mata. Terima kasih, Allah! Syukur, alhamdulillah. Namun aku melihat agak teruk juga dahi Haziq terkoyak dan darah tidak berhenti-henti mengalir. Suamiku dengan pantas membawa Haziq ke Klinik Estet yang memang terletak berdekatan dengan rumah kami. Terus terang aku katakan, aku berasa ragu-ragu juga pada mulanya dengan kemampuan Hospital Assistance (HA) Yassin yang bertugas di sana. Maklumlah aku sudah terbiasa mendapat rawatan di klinik swasta sewaktu aku bekerja dahulu.
HA Yassin mencadangkan agar luka di dahi Haziq perlu dijahit dengan segera bagi mengelakkan Haziq kehilangan lebih banyak darah lagi. Sebelum HA Yassin menjahit dahi Haziq yang terkoyak tersebut, dia perlu membius sekitar dahi Haziq. Ya, Allah! Meronta jugalah Haziq apabila dibiuskan. Sebak betul dan berlinangan air mataku melihatkan Haziq meronta kesakitan di atas katil sambil memelukku erat.
Dengan nada yang sedih, aku memujuk, “Haziq, Haziq anak umi dan ayah yang kuat, kan? Umi nak Haziq bayangkan kita mandi swimming pool. Seronokkan Haziq berenang?”
Tidak lama kemudian, HA Yassin menjalankan tugasnya dan Haziq dikenakan lima jahitan serta parutnya kekal sehingga kini.
Tak semena-mena, boleh terkeluar pula dari mulut Haziq, “Umi, boleh tak Haziq main golf lagi?”
Suasana cemas di dalam bilik rawatan bertukar menjadi geli hati apabila kami semua mendengarnya.
HA Yassin membalas, “Dah kena macam ‘ni pun, Haziq ada hati nak main golf lagi ke?”
Haikal pula yang dari tadinya senyap mungkin kerana berasa bersalah turut menangis melihatkan adiknya Haziq yang mengerang kesakitan. Haikal memujuk, “Haziq, nanti kita main golf sama-sama lagi ya? Haziq tahan sikit, ya?”
Alhamdulillah! Aku sangat mengagumi semangat kental anak-anakku. Alhamdulillah, aku juga berasa sangat kagum dengan kepantasan dan kebolehan HA Yassin menjahit luka di dahi Haziq. Terus hilang segala keraguan di dalam hatiku. Semenjak dari kejadian tersebut, aku telah mula yakin dengan semua HA yang bertugas di setiap kilang sawit suamiku bertugas.
Selain itu, kami sekeluarga turut berhadapan dengan perkara yang mencemaskan yang masih lagi melibatkan golf. Parut yang kekal di dahi Haziq tidak mematahkan semangat kami untuk terus berlatih bermain golf. Seperti biasa, aku, suami dan anak-anak berlatih memukul bola golf di luar halaman rumah kami. Selalunya suamiku akan memukul bola secara leret atau putting, namun kali ini suamiku ingin mencuba gaya pitching atau dalam erti kata lain memukul bola seperti bermain di padang golf.
Sekali dua tu bola melantun cantiklah tapi malang tak berbau apabila bola yang suamiku pukul terhayun sehingga menepati sliding door rumah kami dan retak teruk dibuatnya.  Aku pun naik anginlah dengan suamiku kerana telah memungkiri janji. Seperti kata pepatah, sudah bagi betis nak paha pula. Huhuhu. Nak tak nak, kenalah kami mengganti balik sliding door yang baru.

Dek kerana selalu berlatih golf di luar halaman rumah kami, aku sekeluarga terpanggil untuk menyelitkan aktiviti memukul bola golf secara putting dan bukannya pitching kepada anak-anak warga kilang sawit kami bagi menggalakkan mereka berminat untuk bermain golf. Manalah tahu ada antara anak-anak warga kilang suamiku yang berjaya menempa nama menjadi pemain golf terkemuka suatu hati nanti. Suami aku telah membeli golf putting carpet bagi tujuan tersebut. Setiap anak-anak tersebut diberi tiga kali peluang memukul bola golf ke dalam lubang golf putting carpet. Sesiapa di antara mereka yang dapat memasukkan bola golf yang paling banyak ke dalam lubang tersebut akan dikira sebagai pemenang. Seronok, kan? Rasa-rasanya anak siapa yang menang, ya? Huhuhu. 

Ada gaya tak anak-anak warga kilang sawit suamiku untuk menjadi bintang golf ternama satu hari nanti…
Sehingga kini, kami sekeluarga masih meneruskan berlatih bermain golf di luar halaman rumah kami. Semoga suatu hari nanti kami dapat bersama-sama bermain di padang golf. Manalah tahu ada di antara kami anak-beranak berjaya mendapat Hole In One yang bermaksud, sekali pukul sahaja bola golf tersebut terus masuk ke dalam lubang. Amin.

Tuesday, 22 January 2013

TERBANG...


BETULLAH kata orang, lain padang, lain belalang. Kalau di Alotau, Papua New Guinea, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, lain pula anginnya di kilang sawit di Kluang ini. Pada ketika itu, suamiku baru sahaja ditukarkan bertugas ke daerah ini. Sesekali kedengaran siulan angin menyusup ke telingaku. Terkadang anginnya bertiup sepoi-sepoi bahasa dan kadang-kala anginnya seperti ribut. Fiu! Fiu! Fiu! Begitulah bunyi angin tersebut. Apabila aku terdengar bunyi angin, aku akan mencuri pandang untuk melihat apa yang sedang berlaku di luar kawasan rumahku. Subhanallah! Allah Maha Besar! Rupa-rupanya bukan angin biasa yang bertiup namun ribut kecil seakan-akan puting beliung. Aku tergamam seketika apabila memerhatikan dedaunan kering yang tadinya berselerak tiba-tiba berpusar membentuk pusaran puting beliung.
Sekembalinya suamiku dari kerja, aku pun menceritakan pengalaman pertamaku berhadapan dengan situasi angin puting beliung tersebut. Dengan selamba suamiku menjawab;
“La, biasalah tu. Kan pokok-pokok sawit estet ni semua baru ditebang!”

Menurut suamiku, pokok-pokok sedia ada telah tua dan perlu ditebang. Pokok-pokok ini akan ditanam semula dengan benih anak-anak pokok kelapa sawit yang baru untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Kalau nak tahu, inilah proses yang dikenali dengan nama replanting. Selalunya jangka hayat bagi sebatang pokok kelapa sawit adalah 25 tahun sebelum ditebang dan ditanam dengan anak pokok yang baru. Memang semasa tempoh replanting ini, pemandangan estet sangat cantik. Seluas saujana mata memandang dek kerana kehijauan anak-anak pokok sawit yang tumbuh renek itu. Kalau tidak, semuanya tumbuh tegak meninggi!
Ha! Luas Saujana Mata Memandangkan Ketika Proses "Replanting" Kelapa Sawit ni...


Selain berhadapan dengan puting beliung yang mencemaskan, aku juga turut berhadapan dengan peristiwa lain yang menggelikan hati. Sedang suamiku asyik memandu pulang dari bercuti di kampung, suamiku terus memandu dan terus memandu. Sudahlah malam pula pada waktu tu! Aku kehairanan kerana selalunya kami telah sampai tetapi pada kali ini agak pelik. Rupa-rupanya kami telah terlajak dari jalan yang sepatutnya kami lalui. Huhuhu. Semasa dalam proses replanting ini, semua pokok kelihatan sama sahaja. Maka, tidak hairanlah apabila suamiku boleh terlajak. Itu belum lagi kalau aku yang memandu kereta. Kalau tidak, tak tahulah langsung sampai ke mana. Huhuhu.
Pengalaman-pengalaman yang aku tempuhi ketika replanting ini tidaklah seteruk pengalaman sahabat-sahabatku di kilang sawit di Segamat. Ketika aku mengikuti suamiku bekerja di Sarawak, aku menerima mesej pesanan ringkas dari sahabatku, Kak Yati Seman.
Salam, puan. Puan tak dengar apa-apa cerita yang berlaku di kilang sawit kami ni? Habis teruk, puan. Banyak pokok yang tumbang, atap rumah berterbangan, siling pecah dan yang paling mengerikan, apabila terdapat segelintir pekerja yang menyaksikan beberapa pokok tercabut dengan akar-akarnya sekali.
Kebetulan pada ketika itu, sahabat baikku, Lela ‘Lopes De Squera’, berada bersamaku ketika ini. Dia datang ke Sarawak bersama abah dan adik-adikku. Apa lagi, Lela pun turut berasa cemas memikirkan suaminya yang sedang bekerja di kilang sawit di sana. Lantas, kami semua segera melayari internet dan dapat melihat situasi sebenar yang sedang melanda melalui gambar-gambar yang dimuat naik oleh sahabat-sahabat kami di laman muka buku atau “Facebook”.
Kami juga dimaklumkan bahawa ketika semua orang dalam keadaan kelam-kabut menghadapi puting beliung tersebut, sayup-sayup kedengaran suara azan dari sebuah rumah pekerja. Subhanallah! Kak Yati juga ada menerangkan kepadaku bahawa sebelum kejadian, dia terlihat seperti ada sesuatu berpusing seakan-akan puting beliung yang berwarna hitam di atas.
Memang jelas kelihatan walaupun dari kejauhan kerana estet di tempatnya juga sedang melakukan proses replanting. Pada ketika itu, hanya Allah SWT yang mengetahui betapa sedih dan sayunya aku apabila mengenangkan nasib yang melanda sahabat-sahabatku di sana. Maklumlah suamiku juga dulu pernah bekerja di kilang sawit di sana. Aku hanya mampu berdoa dari kejauhan sahaja agar segalanya selamat. Mujurlah selain pihak syarikat, pihak UMNO juga ada datang membantu untuk menghulurkan bantuan.

Aku bersyukur kerana tiada nyawa yang terbang-melayang seperti terbangnya atap-atap rumah sahabat-sahabatku. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT di atas pengalaman menyaksikan puting beliung. Semoga aku dan sahabat-sahabat akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan terjadinya puting beliung yang lain dalam masa 25 tahun lagi semasa proses replanting yang akan datang. Amin.

Sunday, 20 January 2013

PROSEDUR IMPORT EKSPORT PERMIT KITTY DAN APRIL







Alhamdulillah Kitty dan April dah selamat landing ke Semenanjung pada 27 October 2012 kerana mengikuti seuamiku berpindah ke Kilang Sawit di Sedenak pula. Pelbagai dugaan yang aku lalui semasa dalam proses nak membawa Kitty dan April ke Semenanjung. Aku ingat lagi, masa mula2 suami aku dapat offer untuk kembali bekerja di Semenanjung, perkara pertama yang terlintas di suamiku, macam mana nak bawa Kitty dan April balik? Mesti dorang naik kapal terbang sama dengan aku sekeluarga,kan! So, aku pun pergilah Tanya pada staff MAS kat airport Bintulu. Pegawai tu kata, “Puan, Cuma bawa kucing puan, latest vaccination record dia, pastikan cage dia elok dan puan perlu sediakan semangkuk makanan dan semangkuk air”. Bila dengar pegawai tu cakap macam tu, aku pun menarik nafas lega..Dalam hati aku berbisik “Eh..senangnya nak bawa kucing balik”..Yeay Yeay…

Nak dijadikan cerita, aku tergerak hati nak pergi berjumpa dengan Dr Cheng, the only doctor haiwan kat Bintulu tu..Tup tup. Doktor kata “You kena apply import permit dulu dan Kitty dan April kena buat microchip dulu’ Kalau tak ada import permit, bye2 aje Kitty dan April dekat Airport ye”. Allah! Mulalah aku menggelabah sebab tinggal berapa hari aje lagi sebelum aku fly ke Semenanjung. Doktor Cheng kata “Cuba you pergi ke Jabatan Veterinar Bintulu untuk minta form import”. Pergi-pergi, pegawai incharge cakap “Puan, kami tak keluarkan borang import puan, kami hanya keluarkan borang eksport permit saja”.  Puan boleh print dari laman rasmi Jabatar Verterinar. Memang mas atu naik angin juga sebab prosedur tak clear.

AKu pun mulalah google kat internet laman web rasmi Jabatan Veterinar. Alhamdulillah bila dah dapat no telefon pegawai incharge aku pun telefonlah Mr Kandippan di talian 03-88702383. Seriously, memang best giler bercakap dengan Mr Kandipan ni. So untuk ringkaskan ceita aku buat dalam point form ye:

1)    Print Import Permit form dari laman web Jabatan Veterinar di www.dvs.gov.my.
2)    Print Form A iaitu APPLICATION FOR PERMIT TO IMPORT/EXPORT *LIVE ANIMALS
3)    Sebelum isi boring tersebut, aku perlu membawa Kitty dan April untuk mendapatkan suntikan vaksin yang the latest punyer untuk memastikan mereka sihat sebelum terbang. Kemudian, doctor akan menanam MICROCHIP ke dalam badan Kitty dan April. MICROCHIP ini akan tertanam seumur hiduo Kitty dan April. Microchip ni sebenarnya adalah untuk tujuan pengesahan Kitty dan April kepunyaan anak2ku Haikal dan Haziq. Manalah tahu kalau ada orang lain mengaku Kitty dan April kepunyaan dorang. MAklumlah Kitty dan April kan cantik dan gebu..Ha Ha!
4)    Isi FORM A termasuklah nombor microchip seperti dalam gambar. Kat  sini Mr KAndipan bagi tahu aku, date of Import/Export (kat no 3 form tu) adalah sangat penting ye. Make sure tarikh penerbangan dah confirm baru tulis.
5)    Lepas tu, aku diberitahu oleh Mr Kandippan, urusan Import Permit perlu diuruskan oleh relative aku kat Semenanjung. Pulak dah! Nasib baik ayah mertua aku tolong aku uruskan. So, ayah mertua aku kena bawa beberapa dokumen ke JAbatan Veterinar di Putrajaya sebab ni yang paling dekat dengan rumah ayah mertua aku (Setiap negeri ada Jabatan Veterinarnyer sendiri, jadi kalau yang kat Melaka, so pergilah ke JAbatan Veterinar Melaka dan sebagainya). Dokumen dokumen ni aku scan dan email pada ayah mertua aku.
Dokumen yang perlu dibawa oleh ayah mertua aku:
1)    Scan buku vaccination record Kitty dan April (depan dan belakang). Dalam buku vaccination record ni Dr Cheng dah siap siap lekatkan nombor microchip Kitty dan April.
2)    Scan Form A.

6)    Lepas dah lulus application IMPORT PERMIT dengan bayaran RM17  (RM& untuk bayaran system e dagang dan RM10 untuk bayaran Import Permit), Jabatan Veterinar akan mengeluarkan LESEN BAGI MENGIMPORT BINATANG BINATANG berwarna oren.

·          Perlu diingatkan bahawa LESEN MEN GIMPORT BINATANG BINATANG hanya VALID selama SEBULAN atau 30 hari sahaja.

7)    Surat kelulusan LESEN MENGIMPORT BINATANG BINATANG tersebut pelu di bawa ke Jabatan Verterinar negeri masing masing bagi tujuan mendapatkan EKSPORT PERMIT pula (boleh dipos kepada empunya binatang ataupun email scan surat kelulusan tersebut). PAda ketika ini, aku perlu membawa Kitty dan April sekali supaya doctor vet kerajaan pula yang akan memeriksa Kitty dan April sekaligus mengeluarkan Health certificate untuk mengesahkan Kitty dan April selamat di bawa balik ke Semenanjung. Yeay Yeay…tamat sudah!
·         Perlu diingatkan disini bahawa sebelum membawa kucing peliharaan masing masing, perlulah menelefon Jabatan Veterinar negeri masing masing bagi memastikan doctor vet ada untuk memeriksa kucing peliharaan masing masing. Kalau tak, Nampak gaya kita kena pergi dua tiga kali kerana selalunya doctor vet kerjaan ini akan keluar daerah. So telefon dulu ye!



8)    Semasa hari penerbangan, Haikal dan Haziq memastikan Kitty dan April tak makan apa2 sebab takut dorang muntah dalam cage dorang. Kalau nak tahu, Kitty dan Aprril kena timbang mcm beg beg kita! MAS akan charge satu kilo RM20….
9)    Lepas dah landing, aku sekeluarga tak bole keluar saja saja. Aku sekeluarga kena pergi ke bahagian KUARANTIN di airport dan di sana sekali lagi aku kena bayar lagi sebanyak RM60 seekor kepada bahagian kuarantin KLIA. Takpelah bayar pun bayarlah. Yang penting, Kitty n April selamat..Yeay yeay yeay…
So, selamat terbang ye PET PET di luar sana bersama owner masing masing!


Ni, borang A yang aku print dari laman web rasmi jabatan veterinar

vaccination record Kitty April (nampak tak microchip nombor yang panjang nombor tu)
Resit IMPORT PERMIT
Surat kelulusan lesen IMPORT PERMIT

Yang ni pulak surat kelulusan EKSPORT PERMIT

Duit lagi kena bayar dekat KLIA..Hu Hu


Ceng Ceng Ceng..Kitty dan April masa kena timbang kat Airport Bintulu...

Wednesday, 16 January 2013

CIKGU 20 SEN IS BACK!

Ha! Tu dia cikgu 20 sen tengah mengajar anak anak muridnyer..Ramai gak dtg nak belajar bahasa inggeris. Tq ALlah!

Syokkan tengok anak-anak muridku sedang kyusyuk mentelaah pelajaran
Alhamdulillah, perpindahan aku sekeluarga ke Kilang Sawit Sedenak, Kulai Johor berjalan dengan lancar. Walaupun sedih meninggalkan bumi Kenyalang, namun aku redha dengan segala ketentuan Allah. Everything happens for a reason. Alhamdulillah, kesedihanku digantikan dengan komitmen yang sangat padu dari warga Sedenak. Tak sampai 2 minggu aku berada di sini, dah bermacam-macam aktiviti aku buat dan mereka semua menyokong sepenuh hati dengan segala aktiviti yang aku jalankan. Salah satunya adalah mengajar ibu-ibu belajar bahasa Inggeris. Ermm...seperti biasa aku akan mengutip 20 sen..He..He..Seronok melihat kecerian dan kesungguhan anak-anak muridku belajar bahasa inggeris demi masa depan mereka. Alhamdulillah ada antara murid aku ni dah start bersms dengan aku menggunakan bahasa inggeris yang lintang pukang..Ha Ha..tapi takpe..we learn from our mistakes....Ya Allah! Moga aku dapat menganjakkan paradigma setiap warga kilang serta estet sawit yang suamiku bekerja..Amin...

Tuesday, 15 January 2013

KUKU SEPARA COLLAGEN SHAKLEE








Salam semua...Issshhh..banyak banyak gambar, gambar kuku kaki aku yang aku letak.  He..He..Bukan apa, aku berasa sangat terkejut dengan perubahan kuku kakiku setelah makan 2 kotak Collagen Shaklee. 

Terus terang aku katakan memang power bau Collagen Shaklee ni. Maklumlah ianyakan diekstrak dari sisik ikan merah. So, memang bau ikan. Aku bancuh dengan air oren sunquick pun masih bau ikan! Siap tutup hidung masa minum Collagen Shaklee ni. Tapi sebab nak cantik punyer pasal aku kuatkan semangat aku juga. Alhamdulillah, lepas aku bancuh Collagen ni dengan Energy Soy Protein bersama2 dengan segelas susu segar..Fulamak! Marvellous…Langsung tak ada bau ikan..Tq so much pd Celine, nutritionist Shaklee yang recommendkan aku minum Collagen dengan EP dan diminum masa perut kosong pada waktu pagi. Alhamdulillah setelah mengambil setiap hari sebanyak 2 kotak, kuku kakiku telah menampakkan separuh hasilnya. Aku namakan KUKU SEPARA COLLAGEN. Ha..Ha..insyaallah nantikan hasilnya lepas aku makan collagen Shaklee selama 8 minggu berturut-turut iaitu sebanyak 4 kotak Collagen ye..Tq Allah! 

Aku nak kongsikan apa itu Collagen Shaklee...

Shaklee Collagen Powder merupakan supplement kolagen unggul yang mengandungi 4000mg Kolagen RSS (Red Snapper Scale), sejenis kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee kira-kira 1000 dalton* dapat diserap dengan mudah dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen dalam tubuh.

Memang power bahan2 yang terdapat di dalam Collagen Shaklee ni. Tujuh bahan utamanya termasuk ekstrak biji benih camelia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan ekstrak kerangan ,Lactobacilus acidophilus, Vitamin-C dan B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. Siap ada probiotik dalam Collagen Shaklee ni. He..He..Jom kita tengok khasiat-khasiat Collagen Shaklee.




Dalam kotak ni ada 15 sachet collagen..Memang mahal tapi berbaloi!


Khasiat Produk : COLLAGEN SHAKLEE

·                     Membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
·                     Kulit akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat (Yeay Yeay, yang ni memang dah terbukti dalam gambar kuku kakiku di atas. Alhamdulillah..)
·                     Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
·                     Membantu menghilangkan tanda penuaan (insyaallah lepas dah makan  4kotak aku letak muka latest aku ye (nak buktikan penggunaan selama 8 minggu)..So far 2 kotak, ramai dah kata nampak anjal dan tegang..Alhamdulillah Tq Allah!).
·                     Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
·                     Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi.
·                     Kolagen membantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.
·                     Kolagen juga memastikan otak sentiasa sihat. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda tetap berkeadaan baik semakin anda menua.

*** Telah Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu


Monday, 17 December 2012

CYST SEMBUH DENGAN GLA SHAKLEE..




Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah kerana seorang kenalan, Rahimah yang nak kena operate cyst tak jadi dibedah selepas doktor scan cyst beliau dah hilang....Beliau sekadar mahu mencuba alternatif terakhir sebelum dioperate dengan mencuba GLA SHAKLEE selama 2 bulan. Alhamdulillah beliau semakin yakin dengan SHAKLEE...... Bagi pengalaman aku sendiri, syukur period datang regular every month. Sebelum ini, period tak regular disebabkan pakai implan family planning...Tq Allah...

Berikut adalah khasiat GLA SHAKLEE...

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.


Kenapa anda perlu memilih GLA Complex Shaklee?
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini AMAT BAGUS untuk SKIN TEXTURE, SKIN REPAIR dan buat SKIN GLOWING!!

Lagi kebaikan GLA Complex Shaklee..
1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
2. Meningkatkan kesuburan.
3. Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
4. Membantu dalam menangani menopause.
5. Menguatkan kuku & rambut.
6. Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
7. Membantu menangani ekzema.
8. Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
9. Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
10. Menguatkn immuniti badan.
11. Mempelahankn process penuaan.
12. Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
13. Mengawal kencing manis
14. Mengawal kolesterol.
15. Bagus untuk saraf.


Jadi, apa tunggu lagi? Jom cuba GLA Complex Shaklee sekarang…

Cara pengambilan: Ambil 2 biji sehari lepas makan. (sila ambil vit e dan GLA Complex Shaklee secara berasingan – contoh GLA pagi dan vitamin e malam- kerana di dalam GLA terdapat juga vitamin e tetapi dalam kandungan yang sedikit). Untuk budget kurang, boleh juga mengambil GLA complex dan Vitamin E secara berselang seli setiap hari- contoh hari Isnin ambil GLA Complex, hari Selasa ambil vitamin e, Hari Rabu ambil GLA dan seterusnya..)See More