Tq Allah kerana mempertemukan aku dengan supplement Shaklee...Dahlah Vitamin C nyer boleh dibuat mask, sekarang ni aku dapat ilmu ENERGY SOY PROTEINnyer plak boleh di buat MASKER...Selama dari bulan May 2012, aku dah mula amalkan minum ESP yang bnyk beri khasiat pdku especially berikan aku tenaga selama berjam-jam jam jam.....Tak tahulah nak cakap mcm mana kebaikan ESP ni yang akan aku kongsikan dlm entry aku yang akan datang. JOM TRY MASKER YOGURT with ENERGY SOY PROTEIN. Jommm cubaaa...
Memang BEST...!!! Kalau Vit C buat muka aku tegang, cerah n licin, Masker Yogurt ni pulak buat rasa muka sentiasa lembap..
CARA BUAT MASKER YOGURT with ENERGY SOY PROTEIN
Sapu muka dgn plain yogurt dan biarkan selama 5-10min... Memang best..! Aku campur yogurt tu dgn sesudu kecil ESP. Tepek kat muka sampai rasa kulit muka menegang (sampai yogurt tu kering). Besttt sangat masa ni, kalah masker yg pakai kat saloon tu. .. Lepas dah kering tu terus basuh dgn pencuci muka. Memang lembut jer rasa kulit...
Selamat Mencuba n sharing with sahabat-sahabat di luar sana ye..Sharing is caring!
Tuesday, 25 September 2012
JOM TRY MASKER VITAMIN C!
JOM TRY MASKER VITAMIN C NI..Alhamdulillah aku dah dua minggu amalkan masker vitamin c ni dan dah nampak perubahan pada kulit wajah..Bukan aku yang perasan tapi sahabat-sahabat di luar sana yang menegur. Dorang tanya apa yang puan pakai pada muka puan ye? Muka puan nampak flawless, tegang n cerah..Tq Allah!
Cara2:
1) Patahkan vit c pada 3 bahagian ..
2) guna 1 bahagian saja (2 bahagian lagi guna tuk hari lain)
3) hancurkan halus halus 1 bhagian vit c tadi.
4) masukkan 1 sudu air
5) biar vit c tu kembang 3 hingga 5 minit
6) sapu kat muka yg dah dicuci bersih dan kering
7) sapu seluruh muka dan biar hingga kering (20-30 minit)
8) Bilas air bersih
9) Walla! cun!!
Kelebihan Masker vit c:
1) Merangsang penghasilan KOLAGEN dari dalam kulit
2) Tegangkan kulit muka
3) Kecutkan jerawat
4) Cerahkan muka
5) Segarkan wajah
SELAMAT MENCUBA..
Cara2:
1) Patahkan vit c pada 3 bahagian ..
2) guna 1 bahagian saja (2 bahagian lagi guna tuk hari lain)
3) hancurkan halus halus 1 bhagian vit c tadi.
4) masukkan 1 sudu air
5) biar vit c tu kembang 3 hingga 5 minit
6) sapu kat muka yg dah dicuci bersih dan kering
7) sapu seluruh muka dan biar hingga kering (20-30 minit)
8) Bilas air bersih
9) Walla! cun!!
Kelebihan Masker vit c:
1) Merangsang penghasilan KOLAGEN dari dalam kulit
2) Tegangkan kulit muka
3) Kecutkan jerawat
4) Cerahkan muka
5) Segarkan wajah
SELAMAT MENCUBA..
Wednesday, 19 September 2012
Testimoni Vitamin C Ayah Lin
Alhamdulillah, Lin dah semakin jatuh cinta dengan supplement Shaklee ni..Jom baca pengalaman ayah Lin makan Vitamin C ni..syukur..Tq Allah..
Testimoni B Compleks Lela
Bukan aje mak Lela yg dah jadi "SUPERGRAND" tp Lela pun dah jadi "SUPERMAK"..He He..alhamdulillah...Sejak amalkan B Compleks Shaklee, lela bertenaga sampai malam, beliau juga tidur lena n beliau juga dah lama tak dapat serangan asma..syukur..Tq Allah..
Testimoni B Compleks Mak Lela
Alhamdulillah, Mak Lela dah jadi "SUPERGRAND" sejak mengamalkan B Compleks Shaklee ni..Memang Mak Lela ni kerja dia turun naik bas setiap bulan berjalan jalan umah anak-anaknyer serata Malaysia..Jom baca testimoni Lela mengenai mak beliau..Tq Allah!
Kenapa Aku Suka Vitamin C Shaklee?
Aku memang dah biasa dengan Hutchem! Hutchem! Sok Sek! Sok Sek! Lepas dah kedengaran sume tu, mulalah air hidungku mengalir-ngalir..memang sgt menyeksakan...Hu! Hu! Sejak kecil lagi aku memang selalu kalah dengan cuaca sejuk mahupun habuk..Air Cond jangan cakaplah..Sampai dah berkahwin pun, aku selalu tarik comforter bila setiap kali suami aku bukak air cond. Selalu bila suami aku dah tidur, aku akan cepat cepat tutup air cond. Tapi alhamdulillah sejak aku mengamalkan Vitamin C Shaklee, susah aku nak kena selselma malah sekarang ni tidur dalam air cond pun dah ok. Tq Allah. Jom baca mengenai Vitamin C Shaklee.
Secara umumnya, vitamin C adalah antara vitamin yang paling kerap diambil oleh mereka yang perihatin dengan kesihatan. Vitamin C adalah vitamin yang larut air dan tidak disimpan di dalam badan. Oleh itu, adalah penting untuk kita untuk mengambil vitamin C setiap hari. Selain itu, buah-buahan serta sayur-sayuran pada masa kini adalah tidak natural ditambah lagi dengan penggunaan sisa-sisa racun “pesticide” yang sekaligus mengurangkan kandungan vitamin C di dalam buah-buhan dan sayur-sayuran tersebut.
Jom ketahui lebih lanjut kebaikan dan khasiat vitamin C…
1) Vitamin C melindungi tubuh badan dari jangkitan selesema serta meningkatkan sistem imun.
2) Vitamin C mengelakkan dan merawat penyakit ‘scurvy”. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C.
3) Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen. Jadi, vitamin C adalah anti penuaan.
4) Vitamin C melegakan “tension” dan “stress” kerana ia menggalakkan pengeluaran hormone antistress. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah.
5) Vitamin C berupaya mengelakkan keracunan. Vitamin C mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah.
Kenapa anda perlu memilih Vitamin C Shaklee?
Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya di mana ia menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama 5 jam.
Cara penggunaan: Ambil 1 biji sehari selepas makan. Sekiranya anda mengalami selsema atau demam, anda boleh mengambil dua biji sehari iaitu sebiji pagi dan sebiji malam. Selain tu, patahkan vitamin c itu kepada dua agar vitamin c itu merembeskan kesemua vitamin c..
Untuk anak-anak bolehlah mencuba Chewable Vita-C Shaklee…Ambil 1 biji sehari ye selepas makan. Dan kalau tengah selsema, boleh ambil 2 biji. Sebiji pagi dan sebiji malam serta dipatahkan seperti keterangan di atas…
Thursday, 6 September 2012
Macam-Macam Ada
Bedebush! Bedebush! Bedebush! Bunyi bedilan tembakan bertalu-talu mengejutkan aku terkejut dari tidurku yang lena. Dengan pantas, aku mengejutkan suamiku “ Abang, abang bangun! Umi rasa ada musuh nak serang kawasan kilang kita ni”.. Bunyi bedilan bertalu-talu kedengaran di kawasan perumahan rumahku. Pada ketika ini, suamiku bertugas di kilang sawit di Kota Tinggi. Bunyi tersebut sekaligus memecahkan kesunyian pada malam itu. Bukan main terkejut aku mendengarkan bedilan meriam tersebut. Yang aku peliknya suami aku relaks aje dengan situasi yang mencemaskan tersebut. Suamiku menjelaskan “Umi, ni bukan ada serangan pengganas atau musuh nak menyerang tapi gajah nak menyerang estet kita adalah”. Masyaallah! Rupa-rupanya jaga yang berkawal di bahagian pos melancarkam bedilan meriam bertalu-talu untuk menghalau gajar-gajah liar tersebut dan memastikan gajah-gajah tersebut tidak akan memusnahkan tanaman pokok kelapa sawit dan juga mengancam keselamatan penduduk kilang dan estet kelapa sawit kami.
Aku rasa kemungkinan gajah-gajah ini keluar menyerang tanaman kelapa sawit kerana habitatnya terancam dek kerana pembangunan yang semakin giat dibangunkan. Lepas kejadian bedialan meriam malam tu, dalam perjalanan keluar ke bandar, aku sekeluarga dapat melihat najis gajah bertaburan merata-rata. Nak dekat dua minggu juga kami mencuba sedaya upaya kami untuk mengusir kawanan gajah tersebut dengan bedilan meriam. Syukur alhamdulillah, setelah dua minggu, aku tidak lagi mendengar bedilan meriam tersebut dan suamiku mengatakan bahawa kawanan gajah tersebut telah beralih ke kawasan lain. Barulah aku dapat merasakan betapa sukarnya menghadapi masalah ancaman gajah liar ini…
Selain gajah, bermacam-macam peristiwa juga yang telah kami berdepan. Antaranya ialah berhadapan dengan sekumpulan babi hutan liar yang cuba menyeberang jalan. Kami memberhentikan kereta kami sambil melihat kumpulan babi liar tersebut berlalu. Betullah orang kata babi liar ni jalan semberono dan laju saja ke depan. Tu yang ada yang boleh mati kalau disondol babi liar. Selain itu, aku sekeluarga juga pernah bertembung dengan ular sawa yang sangat panjang. Nasib baiklah suami aku sempat brek.Kalau tidak, tak tahulah apa nak jadi pada aku sekeluarga kerana ular tersebut sangat besar. Teringatkan kata-kata orang tua-tua, kalau kita melihat sebarang binatang melintas di hadapan kita, kita hendaklah memberhentikan kereta bagi memberi laluan kepada makhluk Allah tersebut. Selain itu, naik cuak juga aku sekeluarga setiap kali nak masuk ke dalam kawasan estet yang sejauh 17km tu sebab ada yang pernah bertembung dengan makhluk berambut panjang yang berterbangan…Kalau makhluk berambut panjang aku tak pernah bertembung tapi kalau makhluk berambut pendek yang terbaring di tengah-tengah laluan kami ada bertembung..Namun, suami aku tidak langsung memberhentikan kereta kerana makhlukyang satu ini ada niat yang tidak baik kepada sesiapa yang memberikan pertolongan kepada mereka. Itulah sebabnya abah dan arwah mak selalu memberi pesan kepada aku sekeluarga agar selalu memeriksa keadaan kereta serta menghantar kereta pergi servis setiap kali tiba waktunya bagi menghindari kereta aku rosak di tengah-tengah hutan belantara ini apatah lagi di waktu tengah malam..Terima kasih abah dan arwah mak..Akak akan selalu ingat pesanan arwah mak dan abah!
Di samping itu juga, aku sekeluarga turut dilanda kebimbangan setiap kali mahu keluar masuk estet tatkala kisah “Big Foot” atau “Orang Mawas” yang heboh diperkatakan berkeliaran di kawasan Kota Tinggi oleh media tempatan pada tahun 2006. Hampir setiap hari aku berdoa agar “Big Foot” tersebut janganlah menghampiri kawasan kediaman kami kerana tempat yang didakwa terlihatnya kelibat “Big Foot” betul betul berada dalam kawasan laluan kami…Terbayang-bayang macam manalah rupa “Big Foot” tersebut. Ada yang mengatakan ianya adalah haiwan gergasi menyerupai monyet yang berbulu lebat dan sangat tinggi. Perlu ke aku sekeluarga menghentikan kereta sekiranya kami bertembung dengan “Big Foot”? Allah sahaja yang tahu betapa bimbangnya aku sekeluarga pada ketika ini..Perkhabaran “Big Foot” telah beralih ke kawasan hutan simpan lain benar-benar telah melegakan hati aku sekeluarga.
Sehingga kini, apabila setiap kali tibanya aku sekeluarga di selekoh nak masuk ke estet, semua ahli keluargaku diam seribu bahasa dan hanya alunan ayat Al-Quran kedengaran dalam kereta kami. Mulut aku pula terkumat kamit membaca ayat Qursi sesekali diikuti suami dan anak-anakku….Syukur Alhamdulillah tiada satu kejadian yang tidak diingini berlaku kepada aku sekeluarga walaupun dalam laluan ke estet kilang sawit ni “MACAM-MACAM ADA”….He..he.. Terima kasih Allah kerana melindungi aku sekeluarga serta warga-warga kilang selama ini dan selamanya…Amin…
Subscribe to:
Posts (Atom)


