Sunday, 23 June 2013
KENAPA MEALSHAKE SHAKLEE JADI PILIHANKU?
MEAL SHAKES Shaklee merupakan multivitamin lengkap di dalam bentuk serbuk yang turut mengandungi protein dan serat..sesuai di ambil oleh seisi keluarga. Ia diperkaya dengan rasa vanilla yang amat sedap....
Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan..yang pasti digemari oleh seisi keluarga..
✏ Sarapan segera yang berkhasiat
✏ Lazat, sarapan segera yang mampu dimiliki..
✏ Hidangan segera untuk para atlet
✏ HIdangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium..
Khasiat Meal Shakes...
1)Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk bina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
2) Kaya dengan Protein yang membantu menyihatkan sel-sel.
3) Mengandungi Vitamin A, C, E, Zink, selenium sebagai anti-oksidan.
4) Mengandungi lengkap Vitamin B-Complex, zat besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat.
6) Minuman perisa multivitamin perasa Vanilla yang lengkap, tanpa pewarna dan gula tiruan.
7) Lengkap dengan 24 jenis Vitamin dan Mineral.
Meal Shakes sesuai bagi mereka yang berikut:
➸ Ibu hamil yang tiada selera makan, morning sickness yang teruk.
➸ Ibu menyusu yang ada kekurangan baget untuk mendapatkan Energizing Soy Protein(ESP).
➸ Ibu bapa yang telah berumur yang tidak makan secara sihat dan tidak suka makan vitamin berbentuk pil.
➸ Kanak-kanak dan remaja yang sedang meningkat dewasa.
➸ Anak-anak yang kurang selera makan.
➸ Sesiapa sahaja yang selalu tidak sempat untuk minum pagi-secawan MealShake sudah cukup untuk anda.
Saya sudah mencubanya, anda bila lagi? Tak Rugi Mencubanya...
Saturday, 22 June 2013
AKU DITAKDIRKAN MILIKMU...
BERMULANYA
ceritera seorang aku dari usia remaja sehingga kini. Hayatilah kisahku ini....
“Ya, Allah… aku sudah lambat ke kelas tuisyen!” jerit hatiku. Jam di tangan
sudah menunjukkan pukul sembilan pagi. Sesampainya aku di kelas tuisyen, aku
terus bergegas mencari tempat duduk. Kebetulan rakan-rakanku, Diana dan Julie,
telahpun menyediakan tempat untukku bersebelahan dengan tempat duduk mereka.
“Alia, kau pandang sebelah kanan kau. Itu Anuar ” sapa Diana padaku yang
masih teraba-raba mencari cermin mataku di dalam beg.
Sebaik saja aku mendapat cermin mataku, aku terus memakainya dan memandang
ke sebelah kanan. Entah mengapa, hatiku bagaikan tersentap sebaik sahaja
memandang Anuar. Walau begitu, aku membiarkan sahaja perasaan itu berlalu. Aku
dan rakan-rakanku menumpukan sepenuh perhatian kepada Cikgu Ramli yang sedang
mengajar Kimia di hadapan kelas .
Semasa waktu rehat, Julie dan Diana bertanyakan padaku bagaimana
pandanganku terhadap Anuar. Aku
mengatakan bahawa Anuar semakin putih dan agak kacak bila sudah besar.
Sememangnya aku, Diana, Julie dan Anuar
adalah rakan sebaya dan kami mengaji di tempat yang sama semenjak kami
kecil lagi. Tidak lama kemudian, Anuar melabuhkan punggungnya pula untuk duduk
bersama-sama kami. Anuar bertanyakan khabarku dan aku menjawab dengan nada yang
selamba. Anuar mempelawa aku untuk menumpang kereta ibunya untuk ke kelas tuisyen.
Pada mulanya aku agak keberatan tetapi memandangkan Diana dan Julie turut
menumpang Anuar, maka aku pun bersetuju.
Pada keesokan harinya, seperti biasa aku sebagai kakak yang sulung kepada lima beradik akan membasuh dan
menyidai baju di ampaian. Mak dan abah seawal pagi lagi telah keluar bekerja. Mak
merupakan seorang guru manakala abah pula merupakan seorang anggota polis
trafik. Sebagai anak, aku sangat berbangga serta kagum dengan ketabahan mak dan
abah dalam membesarkan kami enam beradik. Pengorbanan dan titik peluh mak dan
abah inilah yang menjadi azam pendorong buat aku belajar dengan
bersungguh-sungguh. Aku mahu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) kali ini. Alhamdulillah, semasa peperiksaan Sijil
Rendah Pelajaran (SRP) dahulu, aku telah menjaya mendapat 8A1. Kecermelangan
ini aku hadiahkan buat mak dan abah tersayang. Insya-Allah, kali ini aku mahu
mengulangi kejayaan yang sama.
Aku berjalan pantas untuk memastikan aku sampai ke rumah Anuar tepat pada
waktunya. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati kereta ibu Anuar sedang
menuju ke arahku. Anuar yang duduk di tempat duduk di hadapan sedang tersenyum
manis ke arahku.
“Nak perli aku lambatlah tu,” terluah kata-kata itu dari bibirku, perlahan.
Entah kenapa aku membalas senyuman Anuar kembali.
* * *
Setiap kali waktu rehat, aku, Diana, Julie dan Anuar akan duduk bersama.
Anuar banyak bercakap tentang hal-hal berkaitan agama. Maklumlah, dia belajar
di Kolej Islam Klang. Aku pula belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Taiping dan tidak memakai tudung pula tu. Aku buat tidak tahu sahaja setiap
kali Anuar bercerita mengenai hal-hal agama.
Sedar tak sedar, cuti sekolah hanya tinggal tiga hari lagi. Pada hari
terakhir di kelas tuisyen, Anuar memberikan aku sepucuk surat. Terkejut badak
aku dibuatnya. Balik ke rumah, aku menunjukkan isi kandungan surat yang ditulis
oleh Anuar kepada mak. Isi kandungan surat tersebut sangat ringkas. Namun cukup
untuk membuatkan aku diusik rasa. Anuar menerangkan kepadaku bahawa hatinya
bergetar setiap kali bercakap denganku tetapi tidak dengan perempuan lain.
Berdasarkan firasatku, aku dapat merasakan yang Anuar menyukaiku. Entah kenapa,
aku cuma menganggap itu adalah gurauan daripada Anuar. Di mana logiknya seorang
budak sekolah agama akan menyukai gadis sosial yang tidak bertudung sepertiku
ini?
“Mak, akak rasa akak tak sesuai dengan budak sekolah agamalah. Akak tak payah
layanlah budak Anuar ni, ye mak?” Begitu kataku kepada mak. Aku terus
mencampakkan surat itu ke dalam tong sampah.
Setelah membuang surat Anuar ke dalam tong sampah, aku terus mengemas
barang-barang yang hendak dibawa pulang ke asrama. Malam itu juga aku tidur
awal memandangkan esok aku perlu menaiki bas ekspres untuk pulang ke MRSM
Taiping. Perjalanan yang mengambil masa hampir empat jam itu membuatkan
fikiranku melayang-layang kepada isi kandungan surat Anuar. Namun, cepat-cepat
aku menepis fikiranku. Sememangnya ramai jejaka yang ingin menambat hatiku di
MRSM Taiping. Di antara yang ramai itu, ada seorang jejaka bernama Ihsan telah
berjaya menambat hatiku. Biarpun begitu, hubungan kami hanya dapat bertahan
selama dua tahun sahaja.
* * *
Setelah tamat peperiksaan SPM, atas dorongan mak dan abah, aku mengambil
keputusan untuk belajar komputer bagi mengisi masa lapangku. Sekali lagi,
hatiku telah disunting oleh seorang jejaka bernama Amir. Pada satu hari, Anuar
menelefonku. Perasaanku pada ketika itu terkejut bercampur gembira. Aku
bertanyakan kepada Anuar dari mana dia mendapatkan nombor telefonku. Anuar
memberitahuku, dia dapat nombor telefonku melalui buku panduan telefon TELEKOM.
Anuar mencuba satu persatu nombor telefon dengan nama Mohd Izhar. Mohd Izhar adalah nama abahku. Terharu juga
aku dibuatnya. Kami bercakap mengenai perancangan kami setelah mendapat
keputusan SPM nanti. Anuar memberitahuku dia amat meminati Kejuruteraan Kimia
manakala aku pula meminati Perakaunan. Oleh itu, kami berdua memasang cita-cita
untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Setiap hari Anuar akan menelefonku,
bertanyakan apa yang sedang aku buat dan sebagainya. Kemesraan di antara kami
semakin bertaut kembali seperti zaman kami kecil dahulu. Namun, aku mengangap
Anuar hanyalah sebagai rakan biasa kerana pada ketika itu Anuar sendiri telah
mengetahui hubunganku dengan Amir.
Pada satu hari, Anuar menelefonku dan mengatakan bahawa dia telah mendapat
tawaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pelajaran ke
Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Anuar mendapat 12 agregat
dalam peperiksaan SPMnya manakala aku pula mendapat 9 agregat. Aku mengucapkan
tahniah dan berdoa semoga dia maju jaya. Setelah Anuar melanjutkan pelajaran ke
AS, aku pula mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam
bidang Perakaunan. Sebelum ke sana, aku harus menduduki peperiksaan A-Level
selama dua tahun di Malaysia terlebih dulu sebagai syarat sebelum ke UK.
Selama dua tahun itu, Anuar masih menghubungiku. Anuar akan menghubungiku
pada setiap hujung minggu. Hal ini menyebabkan aku berasa serba salah dibuatnya
kerana aku menganggap Anuar hanyalah sebagai rakan biasa sahaja. Mak dan abah
juga risau. Mana tidaknya, bukan murah bil telefon dari AS ke Malaysia. Mereka
risau kalau aku kelihatan seperti mempermainkan perasaan Anuar kepadaku. Setelah
berfikir untuk seketika, aku mengambil keputusan untuk menegur Anuar. Apabila
Anuar menelefonku pada hujung minggu itu, aku memberanikan diri untuk
memberitahunya mengenai isu bil telefon tersebut.
“Anuar, awak telefon sebulan sekali cukuplah. Saya tak nak bil awak
melambung nanti sebab saya,” pintaku pada Anuar. Namun, Anuar tetap mahu
menghubungiku atas dasar persahabatan yang telah sedia terjalin. Aku pula tidak
mampu untuk menolak kata-katanya.
Dengan ketentuan Allah SWT, hubungan percintaanku dengan Amir terputus di tengah
jalan. Anuar yang mengetahui tentang perkara tersebut, tanpa bertangguh terus
meluahkan perasaannya sekali lagi. Anuar menceritakan kepadaku bahawa dia ingin
‘mengikatku’. Katanya, hatinya telah lama terpaut padaku ketika kami tuisyen
bersama-sama lagi. Surat yang diberikan kepadaku semasa hari terakhir kelas tuisyen
itu adalah bukti luahan isi hatinya kepadaku. Anuar juga menyatakan bahawa dia
telah membuat Solat Istikharah selama tujuh hari berturut-turut bagi meminta
petunjuk dari Allah SWT. Dia sendiri juga mempunyai ramai peminat. Sebelum
membuat keputusan, dia mahu meminta restu Allah SWT.
“Alia, saya hanya dapat melihat wajah awak saja selama tujuh hari tersebut,”
kata Anuar kepadaku. “Saya yakin bahawa awaklah jodoh buat saya” sambung Anuar
lagi.
Dengan air mata yang mengalir berterusan di pipiku aku menjawab, “Anuar,
saya tak rasa yang saya layak buat awak...
saya tak boleh menerima awak...”
Tanpa kusangka, Anuar menangis
menyatakan kesedihannya kerana dia merasakan dia boleh menerima aku seadanya,
sedangkan aku sendiri tidak yakin dengan diriku. Biarpun begitu dia tetap yakin
bahawa aku jodohnya kerana dia telah mendapat petunjuk daripada Allah SWT.
Setelah perbualan telefon tersebut, aku merasakan Anuar mungkin tidak akan
menelefonku lagi. Namun, sangkaanku meleset. Anuar tetap menelefon untuk
bertanyakan khabar dan juga mengenai hal pelajaran A-Levelku. Kami tidak
berbicara langsung mengenai hal
jodoh. Selain menelefonku, Anuar
juga kerap menulis surat kepadaku. Apa yang aku tidak boleh dilupakan adalah
kemestian Anuar untuk menulis sepotong ayat al-Quran atau sabda Rasulullah SAW
yang diriwayatkan oleh para sahabat di dalam setiap surat yang dikirimkan
kepadaku. Biarpun begitu, aku masih lagi belum terbuka hati untuk bertudung.
Takdir Allah SWT mengatasi segala-galanya. Pada satu hari, aku telah
menerima hadiah sebuah buku daripada Anuar yang bertajuk ‘Wanita Muslimah
Sejati’. Pada mulanya aku agak skeptikal untuk membaca buku bercorak agama.
“Buku apalah yang dia bagi kat aku ni, mesti tak menarik!” Begitu rungutku.
Aku biarkan saja buku itu di atas meja belajarku.
Setiap kali Anuar bertanya padaku sama ada aku telah membaca buku tersebut,
aku dengan selamba mengatakan aku belum berminat membacanya lagi. Namun, dengan
ketentuan dari Allah SWT, terbuka hatiku untuk membaca buku tersebut.
“Ya Allah, jahilnya aku, Ya Allah! Terlalu banyaknya dosaku padamu, Ya Allah!”
Air mataku tidak berhenti-henti mengalir semasa membaca buku tersebut. Dengan
kuasa Allah SWT juga, aku mendapat mimpi
yang sangat aneh pada malam yang sama.
Aku bermimipi rambutku terbakar dan aku berada di dalam gua keseorangan. Pada
keesokan harinya aku menceritakan mimpi aku kepada mak. Pada saat itu, aku tahu
bahawa sudah tiba masanya untuk aku bertudung.
Rakan-rakan yang lain merasa terkejut melihatkan perubahanku bertudung. Ada
yang berhenti apabila bertembung denganku, ada yang mengangkat tangan
mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT, malah ada juga yang mengirim surat
kepadaku untuk menjadikan aku sebagai teman mereka. Namun, Anuar seorang sahaja
yang masih belum tahu kerana aku mahu memberikan kejutan kepadanya. Hujung
minggu itu seperti biasa, aku menanti panggillan Anuar dari AS dengan penuh
sabar.
“Alhamdulillah, Anuar. Saya sudahpun memakai tudung,” kataku kepada
Anuar.
“Syukur, alhamdulillah. Allah telahpun memakbulkan doa saya dari hari
pertama saya terpikat kepada awak,” balas Anuar.
“Apa maksud awak, Anuar?” tanyaku.
Alangkah terkejut dan terharunya aku apabila mengetahui yang rupa-rupanya
Anuar selalu membuat sembahyang hajat agar Allah SWT membukakan hatiku untuk
memakai tudung dan menerimanya sebagai teman. Namun, kami masih lagi berkawan
baik walaupun aku tahu Anuar masih menaruh hati padaku.
Di akhir tahun pengajian A-Levelku dan sebelum aku berangkat ke UK, aku
telah membuat keputusan untuk menerima Anuar sebagai temanku. Anuar menangis
kegembiraan di saat aku memberitahunya akan perkara itu. Terus terang aku
katakan bahawa aku terharu dengan kesungguhan dan kesabaran Anuar dalam memikat
aku. Di akhir perbualan kami, aku menyatakan kepadanya;
“Anuar, awak mungkin bukan yang pertama dalam hidup saya tapi awak adalah
yang terakhir buat saya. Saya adalah gadis bertuah di dunia ini kerana saya
adalah yang pertama dan terakhir bagi awak.”
Alhamdulillah, percintaan jarak jauh antara kami berdua iaitu AS dan UK
tidak menjadi halangan buat kami, malah menguatkan lagi hubungan kami. ‘Sememangnya
aku ditakdirkan milikmu,’ bisik hatiku pada hari pernikahan kami berdua.
Alhamdulillah, kami terus bahagia melayari kehidupan dengan dikurniakan tiga
orang putera.
Terima kasih, Allah SWT.
Thursday, 20 June 2013
WOW!
ADA
sesuatu yang menarik perhatianku sekembalinya kami sekeluarga ke Semenanjung,
Malaysia. Kali ini, suamiku bertugas di sebuah kilang sawit di Sedenak pula
sebagai pengurus kanan. Alhamdulillah, seperti kebiasaannya, perjumpaan dengan
Persatuan Wanita Kilang Sawit menjadi agenda utamaku.
Ida Fazihan, isteri pengurus memberitahuku, “Kak, petang ni mesyuarat
wanita kita akan diadakan di kandang pada pukul dua setengah petang, ya?”
Dengan kehairanan, aku bertanyakan sekali lagi untuk kepastian “Ida, kita meeting kat kandang? First time akak dengar pasal kandang ni”.
Ida dengan gelihatinya menjelaskan bahawa kandang itu adalah gelaran kepada
pusat penjagaan kanak-kanak di estet.
“Tapi sekarang kandang tu kita
jadikan pusat sumber sekaligus tempat berkumpulnya perkumpulan wanita kita, kak,”
sambung Ida lagi. “Walaupun kita dah tukar
dengan nama Pusat Sumber, tapi masyarakat di sini masih lagi memanggilnya
kandang,” Ida langsung ketawa.
Iyalah, bagiku mungkin mereka semua sudah sinonim dengan gelaran kandang.
Aku dimaklumkan oleh Kak Mas Sedenak bahawa setiap pusat penjagaan kanak-kanak
di mana-mana estet digelar kandang.
Sesampainya aku di kandang, WOW! Itulah perkataan pertama yang terkeluar
dari mulutku. Bukannya aku tidak biasa mempengerusikan mesyuarat Persatuan
Wanitaku namun kali ini memang berbeza. Agaknya apa yang bezanya, ya? Seorang
demi seorang ahli jawatankuasa (AJK) memperkenalkan diri masing-masing. Bermula
dengan pengerusi, Kak Pah Sedenak. Kak Pah memaklumkan bahawa dia adalah isteri
Hospital Assistance yang bekerja di estet. Begitu juga dengan naib pengerusi,
Kak Mas Sedenak yang suaminya bekerja dengan estet. Setiausaha pula, Aina Mus yang
merupakan penolong pengurus kilang suamiku. Walaupun terkejut, namun aku
diamkan sahaja dan membiarkan seorang demi seorang AJK habis memperkenalkan diri mereka. Apa yang
dapat aku rangkumkan ketika itu adalah, AJK-AJKku kali ini terdiri daripada
orang-orang estet dan juga kilang. Gabungan lima estet dan kilang sawit suamiku
kini dipanggil KOMPLEKS. Hmm... menarik, bukan? Jadi, memang patutlah tadi aku
terkeluar perkataan WOW!
Sejurus selepas semuanya memperkenalkan diri,
Kak Pah meneruskan mesyuarat dengan memaklumkan kepadaku status terkini
mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Antaranya adalah aktiviti
meminjamkan buku kepada warga kilang dan estet Sedenak, kelas memasak, sukaneka,
kelas bina insan, gotong-royong, tadarus, marhaban dan sebagainya.
Kak Pah memulakan laporannya dengan memberitahu, “Tahun lepas, puan,
Perkumpulan Wanita kita telah memenangi Anugerah WOW Terbaik kerana kumpulan
kita sangat aktif dan banyak
melaksanakan aktiviti.”
Sekali lagi aku terkeluar perkataan WOW! Pada masa ni, hanya Allah SWT
sahaja yang tahu betapa aku ini nampak seolah-olah katak yang baru keluar dari
tempurungnya. Huhuhu. Aku meminta Kak Pah menerangkan apa yang dimaksudkan
dengan WOW tersebut. Rupa-rupanya, ianya merupakan singkatan kepada perkataan Woman Onwards yang ditubuhkan oleh
syarikat suamiku bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan kaum
wanita sama ada di dalam bidang kerjaya atau keusahawanan. Selain itu, dengan
tertubuhnya persatuan tersebut, kaum wanita lebih mudah untuk menyalurkan
sebarang ketidakpuashatian terhadap sesuatu perkara kepada pihak atasan
syarikat.
Karnival WOW pertama yang aku hadiri adalah semasa acara pertandingan sukan
antara kompleks-kompleks di bawah syarikat suamiku dijalankan. Di sinilah aku
dapat melihat peranan WOW. Aku lihat pelbagai gerai menjual barangan mereka
sendiri seperti hiasan manik, kerepek, nasi ayam, roti, kek, makanan sejuk beku
serta sayuran-sayuran dan ulam-ulaman yang ditanam sendiri. Riuh-rendah betul
dibuatnya pada ketika itu dek kerana kompleks masing-masing sibuk mempromosi
barangan mereka bagi memikat hati pengunjung yang datang.
Kompleksku menjual nasi ayam manakala gerai mentorku, Kak Siti Che Din,
menjual cup cake. Sahabatku, Lela
Lopes De Squera dan Kak Yati Seman, juga tidak melepaskan peluang untuk
menambahkan pendapatan dengan menjual roti buatan mereka sendiri. Sesekali kedengaran
“nasi ayam, nasi ayam”, diikuti pula “roti, roti” , “air, air” dan sebagainya.
Memang meriah sehinggakan aku serta anak-anak rambang mata hendak memilih
barangan yang hendak dibeli.
Nak dijadikan cerita, aku dan anak-anakku tidak berhenti-henti mengunyah
hingga aku merasakan perutku seperti rojak. Masakan tidak, nasi ayam, laksa,
roti, ayam goreng, keropok lekor, kerepek dan pelbagai air telah aku dan
anak-anakku belasah. Anak kecilku, Hafiz, sahaja telah memakan habis empat biji
cupcake yang dibuat oleh Kak Siti Che
Din! Huhuhu.
Isteri pengarah suamiku, Kak Pah, turut memberi sokongan
dengan membeli nasi ayam kompleksku. Terima kasih, Kak Pah!
Mari-mari beli! Ada manik, ada ayam goreng, ada dodol.
Mari-mari!
Selain karnival, terdapat banyak lagi aktiviti yang dijalankan oleh WOW
seperti mengadakan bengkel masakan tradisional serta western, bengkel roti dan pastri, jahitan tudung dan manik. Di samping
itu juga, pertandingan gubahan kraf tangan dan pertandingan masakan seringkali
dianjurkan oleh WOW yang mana ianya turut melibatkan kesemua kompleks. Setiap
kompleks wajib menghantar wakil dan pada ketika ini, kebetulan kompeks suamiku
baru sahaja selesai membuat pertandingan menggubah sirih junjung, menghias kek
pengantin, perlawanan congkak dan bowling padang. Pemenang bagi setiap kategori
akan seterusnya berlawan di ibu pejabat syarikat suamiku. Dengan
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh WOW, ianya dapat merapatkan silaturrahim
sesama ahli di samping dapat memberi pendedahan kepada mereka bagaimana untuk
menjana pendapatan sendiri.
Peserta-peserta dari kompleksku sedang khusyuk menghias
kek pengantin mereka.
Akhir kata, aku ucapkan tahniah dan WOW! kepada usaha syarikat suamiku.
Semoga ianya akan menjadi tonggak kepada pembangunan wanita di Malaysia
sekaligus menyahut seruan kerajaan dalam memartabatkan peranan wanita di dalam bidang
keusahawanan. Bukan sahaja Malaysia Boleh! tetapi Wanita Boleh! Amin.
Wednesday, 20 February 2013
"HOLE IN ONE"
APABILA
suamiku ditawarkan untuk bekerja di kilang sawit di Ulu Tiram, peluang bermain
golf datang tanpa disangka-sangka. Hatiku gembira bukan kepalang kerana aku
selalu membayangkan bagaimana bergayanya suamiku jika dapat bermain golf di
samping Tiger Wood, setiap kali aku menonton Tiger Wood bertanding di kejohanan
golf. Kebetulan syarikat yang suamiku bekerja pada kali ini seringkali
menganjurkan pertandingan golf.
Rata-rata mereka yang berjawatan pengurus dan ke atas pandai bermain golf. Di
sinilah suamiku mula berjinak-jinak dengan sukan golf. Aku sendiri memberikan
galakan kepada suamiku untuk berlatih memukul bola golf di driving range selepas waktu bekerja.
“Balik nanti, umi urut badan abang, ya?” kataku kepada suami pada setiap
latihan di driving range tersebut.
Begitulah kebiasaannya selepas suamiku pulang dari bermain golf. Lama kelamaan aku dan anak-anak turut ‘turun
padang’ sekali bersama suamiku berlatih memukul bola golf. Fuh! Penat betul aku
berlatih memukul 100 bola golf tetapi bila melihatkan gelagat anak-anakku yang
bersemangat memukul bola golf satu demi satu, penat aku terus hilang.
Apabila suamiku ditugaskan berpindah ke kilang sawit di Kota Tinggi, dia
tidak lagi berpeluang untuk ke driving
range kerana lokasi kilang sawit kami agak jauh ke dalam. Jadi, untuk
memastikan bakat suamiku dalam golf terus bersinar, aku sekeluarga sepakat
untuk berlatih memukul bola golf di luar halaman rumah kami. Aku awal-awal lagi
sudah memberi amaran kepada suamiku supaya memukul bola golf dengan perlahan
dan berhati-hati kerana bimbang terkena atap rumah staf-staf yang berdekatan.
Alhamdulillah, latihan memukul bola golf kami berjalan dengan lancar
sehinggalah berlakunya trajedi yang tidak disangka-sangka.
Ala-ala ‘Tragedi Oktober’ kononnya! Huhuhu. Parut yang kekal di dahi putera
keduaku, Haziq, menjelaskan segala-galanya.
Parut Haziq di atas kening kirinya…Takpe..anak umi masih handsome..
Seperti biasa aku akan menjadi pengadil di tepi halaman rumah kami untuk
memastikan seorang demi seorang mengambil giliran memukul bola golf
masing-masing. Ini bertujuan mengelakkan sebarang kecederaan berlaku. Apabila
tiba giliran putera pertamaku, Haikal, memukul, secara tiba-tiba Haziq meluru
ke arah abangnya dan selepas itu kedengaran Haziq menjerit sambil menangis.
Aku dan suamiku yang berdiri di tepi halaman melepaskan club masing-masing dan berlari ke arah
anak-anak kami untuk melihat apa yang sedang berlaku. Masya-Allah! Darah
berlumuran membasahi seluruh muka Haziq dan aku mula menangis melihat keadaan
Haziq yang agak parah.
“Abang, darah dari mana ni, bang? Mata Haziq kena ke?”
Dengan nada serius suamiku mengarahkan aku mengambil kain tuala di dalam
rumah untuk mengelap darah yang berlumuran. “Cepat sikit, umi,” arah suamiku.
Selesai mengelap darah yang berlumuran tersebut, aku berasa sungguh lega.
Haziq bernasib baik kerana hanya cedera di dahi sahaja dan bukannya di mata.
Terima kasih, Allah! Syukur, alhamdulillah. Namun aku melihat agak teruk juga dahi
Haziq terkoyak dan darah tidak berhenti-henti mengalir. Suamiku dengan pantas
membawa Haziq ke Klinik Estet yang memang terletak berdekatan dengan rumah
kami. Terus terang aku katakan, aku berasa ragu-ragu juga pada mulanya dengan
kemampuan Hospital Assistance (HA)
Yassin yang bertugas di sana. Maklumlah aku sudah terbiasa mendapat rawatan di
klinik swasta sewaktu aku bekerja dahulu.
HA Yassin mencadangkan agar luka di dahi Haziq perlu dijahit dengan segera
bagi mengelakkan Haziq kehilangan lebih banyak darah lagi. Sebelum HA Yassin
menjahit dahi Haziq yang terkoyak tersebut, dia perlu membius sekitar dahi
Haziq. Ya, Allah! Meronta jugalah Haziq apabila dibiuskan. Sebak betul dan
berlinangan air mataku melihatkan Haziq meronta kesakitan di atas katil sambil
memelukku erat.
Dengan nada yang sedih, aku memujuk, “Haziq, Haziq anak umi dan ayah yang
kuat, kan? Umi nak Haziq bayangkan kita mandi swimming pool. Seronokkan Haziq berenang?”
Tidak lama kemudian, HA Yassin menjalankan tugasnya dan Haziq dikenakan
lima jahitan serta parutnya kekal sehingga kini.
Tak semena-mena, boleh terkeluar pula dari mulut Haziq, “Umi, boleh tak
Haziq main golf lagi?”
Suasana cemas di dalam bilik rawatan bertukar menjadi geli hati apabila
kami semua mendengarnya.
HA Yassin membalas, “Dah kena macam ‘ni pun, Haziq ada hati nak main golf
lagi ke?”
Haikal pula yang dari tadinya senyap mungkin kerana berasa bersalah turut
menangis melihatkan adiknya Haziq yang mengerang kesakitan. Haikal memujuk, “Haziq,
nanti kita main golf sama-sama lagi ya? Haziq tahan sikit, ya?”
Alhamdulillah! Aku sangat mengagumi semangat kental anak-anakku. Alhamdulillah,
aku juga berasa sangat kagum dengan kepantasan dan kebolehan HA Yassin menjahit
luka di dahi Haziq. Terus hilang segala keraguan di dalam hatiku. Semenjak dari
kejadian tersebut, aku telah mula yakin dengan semua HA yang bertugas di setiap
kilang sawit suamiku bertugas.
Selain itu, kami sekeluarga turut berhadapan dengan perkara yang
mencemaskan yang masih lagi melibatkan golf. Parut yang kekal di dahi Haziq
tidak mematahkan semangat kami untuk terus berlatih bermain golf. Seperti
biasa, aku, suami dan anak-anak berlatih memukul bola golf di luar halaman
rumah kami. Selalunya suamiku akan memukul bola secara leret atau putting, namun kali ini suamiku ingin
mencuba gaya pitching atau dalam erti
kata lain memukul bola seperti bermain di padang golf.
Sekali dua tu bola melantun cantiklah tapi malang tak berbau apabila bola
yang suamiku pukul terhayun sehingga menepati sliding door rumah kami dan retak teruk dibuatnya. Aku pun naik anginlah dengan suamiku kerana
telah memungkiri janji. Seperti kata pepatah, sudah bagi betis nak paha pula. Huhuhu.
Nak tak nak, kenalah kami mengganti balik sliding
door yang baru.
Dek kerana selalu berlatih golf di luar halaman rumah kami, aku sekeluarga
terpanggil untuk menyelitkan aktiviti memukul bola golf secara putting dan bukannya pitching kepada anak-anak warga kilang
sawit kami bagi menggalakkan mereka berminat untuk bermain golf. Manalah tahu
ada antara anak-anak warga kilang suamiku yang berjaya menempa nama menjadi
pemain golf terkemuka suatu hati nanti. Suami aku telah membeli golf putting carpet bagi tujuan
tersebut. Setiap anak-anak tersebut diberi tiga kali peluang memukul bola golf
ke dalam lubang golf putting carpet. Sesiapa
di antara mereka yang dapat memasukkan bola golf yang paling banyak ke dalam
lubang tersebut akan dikira sebagai pemenang. Seronok, kan? Rasa-rasanya anak
siapa yang menang, ya? Huhuhu.
Ada gaya tak anak-anak warga kilang sawit suamiku untuk menjadi bintang golf ternama satu hari nanti…
Sehingga kini, kami sekeluarga masih meneruskan berlatih bermain golf di
luar halaman rumah kami. Semoga suatu hari nanti kami dapat bersama-sama
bermain di padang golf. Manalah tahu ada di antara kami anak-beranak berjaya
mendapat Hole In One yang bermaksud,
sekali pukul sahaja bola golf tersebut terus masuk ke dalam lubang. Amin.
Tuesday, 22 January 2013
TERBANG...
BETULLAH
kata orang, lain padang, lain belalang. Kalau di Alotau, Papua New Guinea,
angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, lain pula anginnya di kilang sawit di Kluang
ini. Pada ketika itu, suamiku baru sahaja ditukarkan bertugas ke daerah ini.
Sesekali kedengaran siulan angin menyusup ke telingaku. Terkadang anginnya
bertiup sepoi-sepoi bahasa dan kadang-kala anginnya seperti ribut. Fiu! Fiu!
Fiu! Begitulah bunyi angin tersebut. Apabila aku terdengar bunyi angin, aku
akan mencuri pandang untuk melihat apa yang sedang berlaku di luar kawasan
rumahku. Subhanallah! Allah Maha Besar! Rupa-rupanya bukan angin biasa yang
bertiup namun ribut kecil seakan-akan puting beliung. Aku tergamam seketika
apabila memerhatikan dedaunan kering yang tadinya berselerak tiba-tiba berpusar
membentuk pusaran puting beliung.
Sekembalinya suamiku dari kerja, aku pun menceritakan pengalaman pertamaku
berhadapan dengan situasi angin puting beliung tersebut. Dengan selamba suamiku
menjawab;
“La, biasalah tu. Kan pokok-pokok sawit estet ni semua baru ditebang!”
Menurut suamiku, pokok-pokok sedia ada telah tua dan perlu ditebang.
Pokok-pokok ini akan ditanam semula dengan benih anak-anak pokok kelapa sawit
yang baru untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Kalau nak tahu, inilah proses
yang dikenali dengan nama replanting.
Selalunya jangka hayat bagi sebatang pokok kelapa sawit adalah 25 tahun sebelum
ditebang dan ditanam dengan anak pokok yang baru. Memang semasa tempoh replanting ini, pemandangan estet sangat
cantik. Seluas saujana mata memandang dek kerana kehijauan anak-anak pokok
sawit yang tumbuh renek itu. Kalau tidak, semuanya tumbuh tegak meninggi!
Selain berhadapan dengan puting beliung yang mencemaskan, aku juga turut
berhadapan dengan peristiwa lain yang menggelikan hati. Sedang suamiku asyik
memandu pulang dari bercuti di kampung, suamiku terus memandu dan terus
memandu. Sudahlah malam pula pada waktu tu! Aku kehairanan kerana selalunya
kami telah sampai tetapi pada kali ini agak pelik. Rupa-rupanya kami telah terlajak
dari jalan yang sepatutnya kami lalui. Huhuhu. Semasa dalam proses replanting ini, semua pokok kelihatan
sama sahaja. Maka, tidak hairanlah apabila suamiku boleh terlajak. Itu belum
lagi kalau aku yang memandu kereta. Kalau tidak, tak tahulah langsung sampai ke
mana. Huhuhu.
Pengalaman-pengalaman yang aku tempuhi ketika replanting ini tidaklah seteruk pengalaman sahabat-sahabatku di
kilang sawit di Segamat. Ketika aku mengikuti suamiku bekerja di Sarawak, aku
menerima mesej pesanan ringkas dari sahabatku, Kak Yati Seman.
“Salam, puan. Puan tak dengar apa-apa
cerita yang berlaku di kilang sawit kami ni? Habis teruk, puan. Banyak pokok
yang tumbang, atap rumah berterbangan, siling pecah dan yang paling mengerikan,
apabila terdapat segelintir pekerja yang menyaksikan beberapa pokok tercabut
dengan akar-akarnya sekali.”
Kebetulan pada ketika itu, sahabat baikku, Lela ‘Lopes De Squera’, berada
bersamaku ketika ini. Dia datang ke Sarawak bersama abah dan adik-adikku. Apa
lagi, Lela pun turut berasa cemas memikirkan suaminya yang sedang bekerja di
kilang sawit di sana. Lantas, kami semua segera melayari internet dan dapat
melihat situasi sebenar yang sedang melanda melalui gambar-gambar yang dimuat
naik oleh sahabat-sahabat kami di laman muka buku atau “Facebook”.
Kami juga dimaklumkan bahawa ketika semua orang dalam keadaan kelam-kabut
menghadapi puting beliung tersebut, sayup-sayup kedengaran suara azan dari
sebuah rumah pekerja. Subhanallah! Kak Yati juga ada menerangkan kepadaku
bahawa sebelum kejadian, dia terlihat seperti ada sesuatu berpusing seakan-akan
puting beliung yang berwarna hitam di atas.
Memang jelas kelihatan walaupun dari kejauhan kerana estet di tempatnya
juga sedang melakukan proses replanting.
Pada ketika itu, hanya Allah SWT yang mengetahui betapa sedih dan sayunya aku apabila
mengenangkan nasib yang melanda sahabat-sahabatku di sana. Maklumlah suamiku
juga dulu pernah bekerja di kilang sawit di sana. Aku hanya mampu berdoa dari
kejauhan sahaja agar segalanya selamat. Mujurlah selain pihak syarikat, pihak
UMNO juga ada datang membantu untuk menghulurkan bantuan.
Aku bersyukur kerana tiada nyawa yang terbang-melayang seperti terbangnya
atap-atap rumah sahabat-sahabatku. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT di
atas pengalaman menyaksikan puting beliung. Semoga aku dan sahabat-sahabat akan
lebih bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan terjadinya puting
beliung yang lain dalam masa 25 tahun lagi semasa proses replanting yang akan datang. Amin.
Sunday, 20 January 2013
PROSEDUR IMPORT EKSPORT PERMIT KITTY DAN APRIL
Alhamdulillah Kitty dan April dah selamat landing ke Semenanjung pada 27 October 2012 kerana mengikuti seuamiku berpindah ke Kilang Sawit di Sedenak pula. Pelbagai dugaan yang aku lalui semasa dalam proses nak membawa Kitty dan April ke Semenanjung. Aku ingat lagi, masa mula2 suami aku dapat offer untuk kembali bekerja di Semenanjung, perkara pertama yang terlintas di suamiku, macam mana nak bawa Kitty dan April balik? Mesti dorang naik kapal terbang sama dengan aku sekeluarga,kan! So, aku pun pergilah Tanya pada staff MAS kat airport Bintulu. Pegawai tu kata, “Puan, Cuma bawa kucing puan, latest vaccination record dia, pastikan cage dia elok dan puan perlu sediakan semangkuk makanan dan semangkuk air”. Bila dengar pegawai tu cakap macam tu, aku pun menarik nafas lega..Dalam hati aku berbisik “Eh..senangnya nak bawa kucing balik”..Yeay Yeay…
Nak dijadikan cerita, aku tergerak hati nak pergi berjumpa dengan Dr Cheng, the only doctor haiwan kat Bintulu tu..Tup tup. Doktor kata “You kena apply import permit dulu dan Kitty dan April kena buat microchip dulu’ Kalau tak ada import permit, bye2 aje Kitty dan April dekat Airport ye”. Allah! Mulalah aku menggelabah sebab tinggal berapa hari aje lagi sebelum aku fly ke Semenanjung. Doktor Cheng kata “Cuba you pergi ke Jabatan Veterinar Bintulu untuk minta form import”. Pergi-pergi, pegawai incharge cakap “Puan, kami tak keluarkan borang import puan, kami hanya keluarkan borang eksport permit saja”. Puan boleh print dari laman rasmi Jabatar Verterinar. Memang mas atu naik angin juga sebab prosedur tak clear.
AKu pun mulalah google kat internet laman web rasmi Jabatan Veterinar. Alhamdulillah bila dah dapat no telefon pegawai incharge aku pun telefonlah Mr Kandippan di talian 03-88702383. Seriously, memang best giler bercakap dengan Mr Kandipan ni. So untuk ringkaskan ceita aku buat dalam point form ye:
1) Print Import Permit form dari laman web Jabatan Veterinar di www.dvs.gov.my.
2) Print Form A iaitu APPLICATION FOR PERMIT TO IMPORT/EXPORT *LIVE ANIMALS
3) Sebelum isi boring tersebut, aku perlu membawa Kitty dan April untuk mendapatkan suntikan vaksin yang the latest punyer untuk memastikan mereka sihat sebelum terbang. Kemudian, doctor akan menanam MICROCHIP ke dalam badan Kitty dan April. MICROCHIP ini akan tertanam seumur hiduo Kitty dan April. Microchip ni sebenarnya adalah untuk tujuan pengesahan Kitty dan April kepunyaan anak2ku Haikal dan Haziq. Manalah tahu kalau ada orang lain mengaku Kitty dan April kepunyaan dorang. MAklumlah Kitty dan April kan cantik dan gebu..Ha Ha!
4) Isi FORM A termasuklah nombor microchip seperti dalam gambar. Kat sini Mr KAndipan bagi tahu aku, date of Import/Export (kat no 3 form tu) adalah sangat penting ye. Make sure tarikh penerbangan dah confirm baru tulis.
5) Lepas tu, aku diberitahu oleh Mr Kandippan, urusan Import Permit perlu diuruskan oleh relative aku kat Semenanjung. Pulak dah! Nasib baik ayah mertua aku tolong aku uruskan. So, ayah mertua aku kena bawa beberapa dokumen ke JAbatan Veterinar di Putrajaya sebab ni yang paling dekat dengan rumah ayah mertua aku (Setiap negeri ada Jabatan Veterinarnyer sendiri, jadi kalau yang kat Melaka, so pergilah ke JAbatan Veterinar Melaka dan sebagainya). Dokumen dokumen ni aku scan dan email pada ayah mertua aku.
Dokumen yang perlu dibawa oleh ayah mertua aku:
1) Scan buku vaccination record Kitty dan April (depan dan belakang). Dalam buku vaccination record ni Dr Cheng dah siap siap lekatkan nombor microchip Kitty dan April.
2) Scan Form A.
6) Lepas dah lulus application IMPORT PERMIT dengan bayaran RM17 (RM& untuk bayaran system e dagang dan RM10 untuk bayaran Import Permit), Jabatan Veterinar akan mengeluarkan LESEN BAGI MENGIMPORT BINATANG BINATANG berwarna oren.
· Perlu diingatkan bahawa LESEN MEN GIMPORT BINATANG BINATANG hanya VALID selama SEBULAN atau 30 hari sahaja.
7) Surat kelulusan LESEN MENGIMPORT BINATANG BINATANG tersebut pelu di bawa ke Jabatan Verterinar negeri masing masing bagi tujuan mendapatkan EKSPORT PERMIT pula (boleh dipos kepada empunya binatang ataupun email scan surat kelulusan tersebut). PAda ketika ini, aku perlu membawa Kitty dan April sekali supaya doctor vet kerajaan pula yang akan memeriksa Kitty dan April sekaligus mengeluarkan Health certificate untuk mengesahkan Kitty dan April selamat di bawa balik ke Semenanjung. Yeay Yeay…tamat sudah!
· Perlu diingatkan disini bahawa sebelum membawa kucing peliharaan masing masing, perlulah menelefon Jabatan Veterinar negeri masing masing bagi memastikan doctor vet ada untuk memeriksa kucing peliharaan masing masing. Kalau tak, Nampak gaya kita kena pergi dua tiga kali kerana selalunya doctor vet kerjaan ini akan keluar daerah. So telefon dulu ye!
8) Semasa hari penerbangan, Haikal dan Haziq memastikan Kitty dan April tak makan apa2 sebab takut dorang muntah dalam cage dorang. Kalau nak tahu, Kitty dan Aprril kena timbang mcm beg beg kita! MAS akan charge satu kilo RM20….
9) Lepas dah landing, aku sekeluarga tak bole keluar saja saja. Aku sekeluarga kena pergi ke bahagian KUARANTIN di airport dan di sana sekali lagi aku kena bayar lagi sebanyak RM60 seekor kepada bahagian kuarantin KLIA. Takpelah bayar pun bayarlah. Yang penting, Kitty n April selamat..Yeay yeay yeay…
So, selamat terbang ye PET PET di luar sana bersama owner masing masing!
![]() |
| Ni, borang A yang aku print dari laman web rasmi jabatan veterinar |

![]() |
| vaccination record Kitty April (nampak tak microchip nombor yang panjang nombor tu) |
![]() |
| Resit IMPORT PERMIT |
![]() |
| Surat kelulusan lesen IMPORT PERMIT |
![]() |
| Yang ni pulak surat kelulusan EKSPORT PERMIT |
![]() |
| Duit lagi kena bayar dekat KLIA..Hu Hu |

Wednesday, 16 January 2013
CIKGU 20 SEN IS BACK!
| Ha! Tu dia cikgu 20 sen tengah mengajar anak anak muridnyer..Ramai gak dtg nak belajar bahasa inggeris. Tq ALlah! |
| Syokkan tengok anak-anak muridku sedang kyusyuk mentelaah pelajaran |
Subscribe to:
Posts (Atom)











