Showing posts with label TIPS PARENTING. Show all posts
Showing posts with label TIPS PARENTING. Show all posts

Monday, 1 October 2012

Mari Sama Sama Menuju Puncak!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mengizinkan diri ini untuk terus berkongsi ilmu yang ada. kali ini, aku berpeluang untuk berkongsi ilmu bersama2 anak2 murid di sekolah anak2ku bersekolah di Sekolah kebangsaan Kampung Baru..Moga aku akan terus istiqamah dengan usaha yang murni ini..Amin..Selamat Membaca!

Monday, 18 June 2012

Supernanny Approach

Menghadapi karenah anak-anak yang semuanya lelaki sememangnya sangat menguji kesabaran aku dan suami. Baru aje nak relaks lepas mengemas rumah, memasak, basuh baju dan lain-lain, dah berserepah balik..Belum lagi cerita anak-anak aku berkelahi sesame sendiri..”Umi, Abang Haikal tu yang buat Haziq,” kata Haziq. Tak sempat aku nak bercakap, Abang Haikal dah membalas “Tak Umi, Haziq yang start dulu”. Kerap kali aku membasahkan bibirku dengan kalimah “Hasbunallahuwanikmalwakil” dan syukur selepas itu, aku mendapat ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi segala-galanya...Di kesempatan ini, aku juga ingin berkongsi satu ceramah yang aku buat bersama warga kilang sawit suamiku. Ceramah ini bertajuk “Anak-Anak: Tips dan Menghadapi Karenah” yang mana Ilmu tersebut aku perolehi dari J. Frost atau lebih dikenali Supernanny dan Dato’ Fadzilah Kamsah. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan ilmu yang aku perolehi ini yang ternyata banyak membantu aku dalam menangani karenah anak-anakku. Semoga Allah mengurniakan rahmat kepada kita semua dalam usaha kita mendidik anak-anak..Happy Reading.. name="wmode" value="transparent"/>
View more presentations from sitihafiz.