Wednesday 28 March 2012

Bau Duit


Suamiku memasuki industri sawit sebaik sahaja beliau menamatkan pelajaran di Amerika Syarikat di dalam bidang kejuruteraan kimia. Masih aku ingat lagi pada tahun 1997 itu, Malaysia sedang mengalami kemelesetan ekonomi. Dek kerana peluang pekerjaan yang agak terhad, suamiku mencuba nasib untuk bekerja sebagai jurutera kadet di sebuah kilang sawit di Segamat. Pada ketika itu, aku masih lagi dalam tahun akhir pengajianku dalam jurusan perakauanan dan tatkala itu juga kami masih lagi di dalam tempoh pertunangan. “Siti, saya hanya ingin  mencari pengalaman saja di dalam industri sawit ni, insyaallah dua tahun saja ye sebelum saya cari kerja lain, “ kata tunangku kepadaku. Lega sikit aku mendengarnya kerana setahu aku semua kilang-kilang sawit di Malaysia ini agak jauh kedudukannya dari bandar. Kalau tak, macam mana aku nak kerja bila dah kahwin nanti.
Dua tahun sudah berlalu, namun suamiku masih meneruskan kerjayanya di kilang sawit. Aku juga dapat melihat minat suamiku semakin bercambah di dalam industri ini. Masakan tidak, suamiku seakan tidak kisah apabila saban hari tubuh dan pakaiannya dipenuhi dengan calitan minyak hitam. Itu belum ditambah lagi dengan bau kuat dari buah sawit yang juga melekat ditubuhnya. Setiap kali pulang dari bekerja, pasti bau tengit yang mula-mula menusuk ke hidungku. Selalunya aku akan menjauhkan sedikit badanku daripadanya sejurus selepas mencium tangan dan memeluk suamiku. Tak tahulah kalau suami aku berkecil hati apabila melihat perlakuanku itu. He..He..“Abang ni bau busuklah, pergilah mandi cepat, umi tak tahanlah. Umi hairanlah abang, macam mana abang boleh tahan bau buah sawit ni?” usikku. Namun, dengan pantas suamiku cepat-cepat membalas “Isshhhh…kalau umi nak tahu, bau ni bau duit tau!” sambil mendekatkan lagi badannya kepadaku. “Ini belum lagi abang pergi kolam effluent”, sambung suamiku.
Bingung juga aku dibuatnya apabila setiap kali mahu membasuh pakaian suamiku. Minyak hitam yang melekat agak sukar hendak dihilangkan. Naik penat tangan pembantu-pembantuku selama ini iaitu Mak Ani, Kak Mud dan Kak Sam memberus. Namun, pengalaman bekerja bersama pembantu rumahku di Papua New Guinea yang bernama Helen mengubah perpepsiku. Aku lihat Helen dengan tenang dan senang sekali membasuh baju atau seluar suamiku. Naik hairan juga aku dibuatnya, namun aku diamkan saja. Aku fikir entah-entah minyak hitam  kat kilang sawit di Papua New Guinea ini tak sedegil minyak hitam di kilang sawit di Malaysia. Rupa-rupanya Helen menggunakan petua merendam baju atau seluar tersebut dengan air asam jawa! Oh! Patutlah asam jawa di rumahku selalu kehabisan. Ha! Ha!
“Abang, umi ungatkan bila abang dah jadi pengurus, dah tak ada dah calitan minyak hitam dan bau busuk, tapi masih sama juga macam masa mula-mula abang jadi kadet dulu,” sindirku. Memang suamiku suka sangat masuk ke dalam kilang sawitnya. Rutinnya masih sama macam seperti dia bertugas sebagai kadet dulu. Kalau sehari tak masuk, boleh demamlah dibuatnya. Setiap kali bercuti panjang pula, confirm serba tak kena dibuatnya sebab fikiran suamiku masih pada kilang sawitnya. Aku ni dah jadi no 2. He..He..   “Umi rasa abang ni bukannya setakat suka kerja kat kilang sawit ni, tapi abang dah jatuh cinta dengan kilang sawit. Takpelah abang jangan risau, demi cinta abang ni, umi sanggup tahan bau duit ni,” sambungku lagi sambil tergelak mengakhiri bicara kami.

Monday 26 March 2012

Lela "Lopes De Squera"


      
      Bekerja sebagai Pengurus Kilang Sawit sering menuntut suamiku sering berpindah randah dari satu kilang sawit ke satu kilang sawit yang lain. Dek kerana itulah, banyak kenangan dan pengalaman yang telah aku kutip. Mengimbas kembali, fikiranku melayang kepada Lela “Lopes De Squera”. “Puan, you are my angel,” kata seorang wanita muda bertongkat kepadaku sejurus selepas sesi perjumpaan pertama suai kenal Ahli Jawatankuasa Persatuan Wanita Kilang Sawitku. Memang aku perhatikan dari tadi lela begitu asyik mendengarku bercerita mengenai visi dan aktiviti-aktiviti yang bakal aku laksanakan. Aku inginkan Persatuan Wanita Kilang Sawitku memainkan peranan penting dalam menganjakkan paradigma warga kilang terutamanya peranan wanita sebagai pendidik kepada anak-anak mereka. Wanita muda yang sangat ayu itu memperkenalkan dirinya sebagai Lela. Sekilas pandang aku lihat lela ni macam Adibah Noor! Rupa-rupanya Lela bersama suaminya terlibat dalam satu kemalangan suatu ketika dulu yang membuatkan kakinya tidak seimbang. “Mujur Allah masih memanjangkan lagi usia kami berdua, puan”, jelas Lela.   
            Melihat riak mukaku yang masih tergamam dengan kata-katanya tadi, Lela menjelaskan bahawa dia begitu bersemangat dan tidak sabar-sabar mahu mengikuti semua aktiviti-aktiviti yang telah aku rancangkan terutamanya kelas belajar bahasa inggeris. Lela memberitahuku bahawa dia ingin berubah menjadi insan yang lebih baik dan berilmu seperti diriku. “Emm..macamlah bagus sangat aku ni”, bisik hatiku..
            Setiap kali aktiviti yang aku jalankan, pasti kelibat Lela akan muncul bersama-sama sahabat-sahabat lain seperti Kak Yati Seman, Kak Wati Kamal, Kak Nor I, Kak Ida Medan, Kak Ita Sani, Lina, Kak Izan Azlee, Kak Lin Razak, Kak Faezah dan lain-lain. Namun, kedatangan Lela yang berjalan terencot-encot dengan tongkatnya itulah yang membuatkan aku menjadi lebih bersemangat untuk berkongsi ilmu yang aku ada. Lela juga sangat tekun setiap kali aku mengadakan kelas bahasa inggeris. Malah kelas bahasa inggerisku bukan berhenti setakat di kelas saja malah Lela sering menghantarku mesej ringkas atau “sms” dalam bahasa inggeris untuk belajar bahasa inggeris dengan lebih banyak lagi supaya aku dapat memberikan komen dan memperbetulkan apa-apa perkataan yang tidak betul. Dari situ, lela dapat memperbaiki dan menguasai bahasa inggeris dengan lebih baik. Selain Lela, ramai juga sahabat-sahabat lain dari kilang sawit yang lain yang belajar bahasa inggeris denganku melalui sms ini. Antaranya Kak Imah Sahak dan Kak Efa.
            Sebagai membalas budiku Lela sering memberiku kuih. Di antara kuih-kuih yang diberi oleh lela, anak-anakku paling menyukai kuih lopes. Dek kerana kuih lopes itu jugalah, sehingga kini aku menggelarnya Lela “Lopes De Squera”. Perkenalan yang bermula dengan ringkas itu berpanjangan hingga ke hari ini menjadi sahabat baik dan Lela sentiasa bersamaku tidak kira susah mahupun senang.  Akuu bersyukur kini penguasaan bahasa inggeris Lela semakin baik malah boleh sedikit sebanyak boleh mengajar anaknya, Min serta anak-anak jiran yang lain belajar bahasa inggeris. Alhamdulillah, Min yang juga merupakan anak didikku, yang dahulunya seorang yang pendiam telah menunjukkan penguasaan bahasa inggeris yang sangat baik malah kini mendapat tempat yang baik di dalam peperiksaan serta sering kali mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan.
Kini, apabila aku bersendirian, aku pasti akan merenung kembali sajak ciptaan Lela yang telah dihadiahkan kepadaku yang tersimpan rapi di dalam simpananku ini. Tatkala aku meninggalkan daerah kenangan itu, aku telah menjadikan sajak itu sebagai sumber inspirasiku..
Di sini, aku titipkan sajak istimewa ini buat tatapan semua…..
           
Temanku…
                                    Kau insan berhati mulia
                                    Sanggup berkorban apa sahaja
                                    Untuk Memajukan anak bangsa

Temanku…
                                    Terima kasih setinggi gunung
                                    Atas didikan dan bimbingan
                                    Akanku kenang segala jasamu
                                    Selagi hayat dikandung badan

Tuhanku…
                                    Terima kasih kerana telah
                                    Memperkenalkan aku dengan seorang
                                    Insan yang bernama
                                    “Siti Norkiah Bte Mohd Ishak”
                                    Akanku kenang segala epilog indah ini
                                    Di dalam diari hatiku…..


Sunday 25 March 2012

Pengorbanan Buat Suamiku

TANPAKU sedar, masa berlalu begitu pantas sekali. Kehidupanku sebagai suri rumah sepenuh masa sudahpun masuk tujuh tahun. Namun, sebenarnya berhenti dari pekerjaan yang disukai setelah penat lelah belajar bukanlah satu keputusan yang mudah untukku ambil. Sekembali menuntut di United Kingdom, aku mendapat peluang bekerja sebagai juruaudit di KPMG Peat Marwick.
Sentiasa sibuk dan sentiasa perlu ke luar daerah selalu membuatkan aku berfikir dua kali sama ada adakah pekerjaan ini sesuai bagiku. Kemudian, aku mendapat peluang bekerja di Bank Negara Malaysia sebagai eksekutif kanan. Empat tahun bekerja di Bank Negara Malaysia berlalu begitu cepat dan aku suami isteri masih meneruskan kehidupan kami sebagai weekend husband and wife. Kadang-kadang jiwaku sebak tatkala melihat suami-suami menjemput isteri masing-masing pulang dari bekerja. Namun, aku tabahkan hatiku demi mengenangkan pengorbanan mak dan abah tersayang yang telah membesarkan aku serta menghantar aku belajar sehingga ke luar negara.
Tanpa kuduga, pada suatu hari suamiku meluahkan isi hatinya kepadaku dan meminta agar aku berhenti kerja dan mengikutnya tinggal di kilang sawit. Masihku ingat lagi kata-katanya.
“Umi, sampai bila kita anak-beranak nak tinggal begini? Abang tak nak terlepas lagi tengok anak-anak kita membesar. Ini tidak, balik-balik anak dah boleh berjalan, bercakap dan lain-lain’” jelas suamiku sambil menitiskan airmatanya. “Abang teringin makan dan minum hasil air tangan umi,” sambungnya lagi.
Luluh betul hatiku tatkala mendengarkan permintaannya itu. Apatah lagi apabila melihat suamiku menangis depanku. Pelbagai persoalan bermain di dalam kepalaku. Antaranya bolehkah aku duduk di dalam estet ‘tu? Apa aku nak buat setiap hari? Macam mana dengan persekolahan anak-anakku nanti? Ada ke klinik swasta di sana? Cukup ke suami aku seorang saja nak menampung kehidupan kami anak-beranak? Bermacam-macam lagi.
Aku berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan. Sungguh, ia memang sukar. Ditambah lagi dengan suara-suara yang mengatakan kalau aku tidak bekerja, aku tak ada duit sendiri. Susah nak minta duit suamilah, rugi dah belajar lama-lama dan jauh pula ‘tu. Kemudian, aku terfikir pula pasal mak dan abah.
‘Apa pula kata mak dan abah nanti?’ bisik hatiku. ‘Mesti mak dan abah tak setuju,’ fikirku lagi.
Memang tepat sangkaanku kerana mak dan abah tidak setuju dan tidak merestui langsung keputusanku untuk berhenti kerja. Aku sedar yang aku ini memang anak yang menjadi kebanggaan mereka sejak dari dulu lagi. Abah batul-betul marah dengan keputusanku untuk berhenti kerja.
“Kalau macam ni, abah nak panggil semua adik-adik kau yang tengah belajar kat universiti sekarang ni. Penat-penat belajar lepas tu jadi surirumah,” tempelak abahku.
Aku menangis teresak-esak mengharapkan suatu pengertian dari mak dan abahku tercinta. Aku membalas dengan nada lembut, “Abah, mak, insya-Allah Cheteh dan Maktam tak jadi macam akak. Insya-Allah suami mereka nanti akan sama kerja. Akak yakin kalau akak tinggal bersama-sama Ad di bandar, mustahil Ad akan suruh akak berhenti kerja.” Tangisanku semakin kuat dan aku berasa sangat tertekan.
Setelah memohon kepada Yang Maha Esa, aku pun membuat keputusan untuk berkorban demi suamiku tercinta walaupun hatiku dirobek-robek kerana terpaksa memilih antara keluarga atau kerjaya. Aku tahu mustahil bagiku untuk memilih kedua-duanya sekali. Walaupun keputusan untuk berhenti kerja ini amat berat untuk diambil, namun aku reda demi menjalankan tanggungjawab demi suami tercinta.
Reda? Rupa-rupanya pada hakikatnya aku belum sepenuhnya reda untuk berhenti kerja. Aku hanya mengetahuinya setelah aku didiagnos mengalami post partum depression selepas beberapa bulan aku melahirkan anak ketigaku. Pertemuan dengan physciatarist menyelongkar beberapa isu. Bermacam-macam soalan yang dia tanyakan kepadaku. Senang cerita, dia ingin tahu root causes yang membuatkan aku jatuh saki. Antaranya adalah seperti berikut:

1.      Kesakitan emosiku bermula bila aku terpaksa membuat keputusan untuk mengikut suamiku bekerja di kilang sawit. Pada ketika ini, hatiku sakit bagai ditoreh-toreh dengan benda yang tajam dan terasa seakan-akan dibelah kerana memikirkan tentang pengorbanan arwah mak dan abah yang telah bertungkus lumus membesarkan aku serta menghantar aku belajar sehingga ke luar begara.
2.      Aku tidak sepenuh hati reda dengan keputusanku berhenti kerja menjadi surirumah sepenuh masa. Aku berasa sangat susah dan malu untuk menyatakan “aku seorang surirumah” setiapkali orang bertanyakan pekerjaanku.
3.      Semasa kandunganku berumur lapan bulan, aku mula risau   melampau apabila suamiku membuat keputusan untuk bekerja di Papua New Guinea. Mana taknya, maklumat dalam internet ada mengatakan orang-orang di sana masih lagi mengalamalkan budaya makan orang. Aku risaukan keselamatan suamiku serta siapalah yang hendak menjaga makan minum suamiku yang jauh di perantauan sana.
4.      Setelah bersalin, kesemua anak-anakku selalu sakit disebabkan rindu pada ayah mereka. Kalau tak demam, selesemalah. Kalau tak seleselma, batuklah dan macam-macam lagi. Ditambah lagi dengan anak ketigaku menghidapi prolonged jaundis dan anak keduaku menghidapi kencing tak lawas. Jadi, aku berasa stres sebenarnya apabila melihatkan kesakitan anak-anakku. Huhuhu.

Seterusnya doktor mengatakan bahawa aku perlu mengambil ubat anti depressant yang telah menyebabkan berat badanku bertambah sebanyak 20kg! Namun, apa yang mengejutkan doktor adalah proses penyembuhanku yang agak cepat iaitu sembilan bulan berbanding dengan dengan pesakit-pesakitnya yang lain. Masih terngiang-ngaiang kata-kata doktor;
Siti, now you can throw all your anti depressant medicine because you have fully recovered”.
Alhamdulillah, pada ketika itu aku merasakan seolah-olah aku mendapat peluang hidup kedua. Aku berkongsi dengan doktor apa yang aku lakukan selama tempoh tersebut. Sebenarnya, dalam proses penyembuhanku itu, aku banyak meniupkan kata-kata semangat buat diriku dan menulisnya setiap hari di dalam diari yang masih aku simpan sehingga kini. Setiap hari, aku akan menulis ayat-ayat seperti “Aku ingin hidup”, “Aku ingin sihat”, “ Aku kuat untuk melawan segala cabaran dan dugaan”, “Aku ingin terus menyusukan anakku”, “Aku ingin membesarkan anak-anakku bersama-sama dengan suamiku”, “Aku tak akan menyerah kalah, Ya Allah!” dan lain-lain kata semangat.
Aku sentiasa percaya setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Setelah pengalaman sakitku yang teruk itu, aku mula belajar untuk melepaskan segala-galanya kepada Allah SWT. Aku juga belajar untuk stop worrying and start living. Aku kini lebih tenang berhadapan dengan segala perkara.
Sebagai contoh, aku mampu hidup sendirian dengan anak-anak di bandar Bintulu kerana suamiku bekerja di kilang sawit di pendalaman sana. Aku juga tenang menghadapi berita mak disahkan kanser dan kuat semangat memberikan arwah mak semangat untuk berlawan dengan penyakit yang meragut banyak nyawa itu. Aku betul-betul menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT. Surah Al-Imran Ayat 173 iaitu “Hasbunallah Huwanikmal Wakil” sentiasa membasahi bibirku tatkala aku berhadapan dengan sebarang masalah. Terima kasih, Allah SWT! Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segalanya.
Buat sesiapa di luar sana, janganlah berputus asa walau apa jgua penyakit atau masalah yang anda sedang hadapi. Insya-Allah, there is a light at the end of a tunnel dan sentiasalah berdoa kepada Allah SWT yang Maha Esa.
Kini, apabila aku kenangkan kembali, aku bersyukur dengan kehidupan yang sedang aku lalui sekarang. Aku memikirkan tentang tahun-tahun yang aku dapat habiskan bersama suami dan anak-anakku serta bagaimana setiap hariku menjadi amat indah dan bermakna. Alhamdulillah, aku dan suami dapat bermain-main dengan anak-anak, aku dapat membacakan buku cerita setiap malam kepada anak-anakku, aku dapat menemani mereka disetiap aktiviti sekolah mereka dan juga membuat bermacam-macam perkara bersama. Aku berasa lebih puas dan gembira melihat perkembangan ketiga-tiga puteraku.
Alhamdulillah, rezeki tidak pernah putus selepas berhenti kerja. Selain menjadi surirumah sepenuh masa, aku juga membuat perniagaan secara kecil-kecilan menjual froezen food buatan mak mertuaku, menjual suplemen dan mengajar secara sambilan. Aku juga telah menemui satu bakat baru iaitu, menulis! Alhamdulillah beberapa hasil tulisanku telah diterbitkan dibeberapa majalah seperti Personal Money, Mingguan Wanita, Nur dan Harian Metro. Aku yakin ramai wanita di luar sana yang berasa ragu-ragu seperti diriku untuk mengambil keputusan berhenti kerja untuk bersama suami dan keluarga tercinta, namun, sentiasalah berdoa agar Allah SWT memberikan petunjuk. Insya-Allah rezeki yang datang apabila berkorban untuk bersama suami bukan dari bentuk duit sahaja tetapi kebahagiaan rumahtangga, ilmu bertambah, anak bertambah dan lain-lain.

Selagi kita patuh perintah suami selagi itu ada keberkatannya. Apa yang paling penting adalah reda sepenuhnya sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Semoga pengorbanan buat suamiku ini akan terus dihargai oleh suamiku dan mendapat keredhaan dari Allah SWT. Amin. 

Friday 23 March 2012

Letter To Jessie Chung

Alhamdulillah, setelah hampir setahun, finally one of my dreams have came through. Dah lama sebenarnya nak tulis surat pd Jessie Chung ni tuk ucap tima kasih to her for changing my life...

Dear Jessie,    
I was born and grew up in Kuala Lumpur. Currently, I am staying in Bintulu. I am a fulltime housewife with a loving husband and three wonderful sons. For as long as I can remember, running nose and allergies were my constant health challenge. As time went on, after I gave birth to my third son, my doctor diagnosed me having acute bronchitis and prescribed me with several antibiotics and steroid medicine. I was in and out from hospital several times due to the sickness. To make thing worse, my husband just started his new job at Papua New Guinea shortly before I deliver my baby, which only put more stress on me and my immune system. I felt so sad because he was not around leaving me with my kids here in Malaysia. In addition to that, my baby also got prolonged jaundice and this makes me really worry. After I finished my confinement period, out of a bloom I had memory loss of many things amongst them was  I don’t remember where I put my baby, my body getting skinner and skinner because I lost my appetite and the worst thing was I couldn’t sleep for several nights because I had several nightmares being strangled by something. My physiatrist told me that I fell into post partum depression which he then prescribed me with anti depressant medicine that lasted for 9 months, from which I gained 20 kgs!
Then, I started to read more books to know what is happening to me. After months of searching, I came across one book title “The Postpartum Survival Guide” and I understood now that my post partum depression was likely brought on by stress emotionally and physically during the confinement period. During my recovery process also, I started to write my feelings and my daily improvement in my diaries as to give motivational support to me. Words like “I am stronger”, “I am feeling good”, “I want to be healthy”, “I want to continue breastfeeding my baby”, “I will not give up”, “I want to raise my children together with my husband” makes me better and better and had resulted to my speed recovery. I was so happy when my doctor had totally stopped all the anti depressant medicine upon my recovery.
            After that, I started my own quest for health because I knew that I had to be well for my husband and children. I am thankful that God lead me to various books, television shows, magazine and health journal relating to my condition.  Based on my readings, I found one interesting topic on “sea salt” and how “sea salt” can improve and recover lots of health problem including depression. It has been a blessing to me that I “discovered” you in November 2010 after my long searching for “sea salt”. In fact, I jumped happily after I accidentally found sea salt in your store. Ha! Ha!
Here is where I met with your lovely “angel” named Vanessa and we talked about my health problems which include prolonged coughing due to acute bronchitis. Ever since, she had become a great source of information and guidance to me. Vanessa is a very special and caring person who always smile saying “siti, don’t worry, be happy”. He..He.. Besides Vanessa, I also thanks to your other angels namely Alice, Chris, Perry, Mavies, Pearl, Francine, Berryl and others who had helped me as well as other people to regain back our health. Vanessa advised me on healthy eating plan and use natural alternatives to build up my immune system. She recommended vitamin supplements that could help my conditions and gradually my strength returned. So, I used your detoxification program as to get rid all the drugs medicine that I have been consuming for quite a long time. I began supplementing my body afterward with bio organix, probiotic, chlorophyll, multivitamin, b complex, omega 3, evening primrose oil, vitamin e, co enzyme q10, vitamin c, calcium, sea salt, seasoning and all created a perfect balance for me.
It has been two and half years that I have stopped taking anti depressant and I have rebuilt my health back with no longer coughing. As an added bonus, I have lost 10kgs! And now I have seen an improvement in my skin as well as my face. The most important thing of all is that I am happy and healthier now, my memory had improved tremendously, I can make better decision, I am no longer feeling depressed, I can take care of my children all by myself and I am able to cope with my daily stressful activity. If before this, I am afraid to have another baby due to my post partum depression experience, I am now no longer afraid to become pregnant again. Jessie, your journey towards recovery from dark depression really gave me strength and motivation. I believed God allowed me to experience my sickness so that I can learn from it and help others by what I learned. I am so happy that so far, I have helped others to start eat healthily by first changing to your sea salt and seasoning. I also advise others start taking supplements especially omega3 for those who had experience depression and prevent depression. Guess what, seeing my condition right now, no one believed when I told them that I was so sick before.  I am so grateful for this.  

In addition to that reading all your diaries really inspired me. I was so motivated to read all your stories. You know what Jessie, after I bought each of your diary, I always pray to God to let the traffic light turns to red so that I can read your diaries during the red light. So every time the light turns red, I will read your stories. I always believed that “everything happens for a reason”. Tears kept running from my eyes as I read your diaries “The Race of My Life”. You inspired me to realize that God had me on purpose in this life. As a full time housewife who had resigned from my good job to follow my husband being a mill manager in palm oil mill who travels a lot makes I finally realized that God wants me to help other people especially woman and children to succeed in their life. I am happy being able to teach the women and their children to learn English and also do lectures on various topics such as parenting, personal finance with them as to enhance their knowledge. Now, I am no longer felt ‘shy” for becoming a fulltime housewife or felt the ‘guilty” burden for letting down my parents who had sent me study abroad. Thank you Jessie!
You also inspired me to cherish everything in my life in your diary “The Power of Love”. I have learnt to let go everything to God. By doing that, I am no longer worry of everything and start to treasure everything that I have in my life. I have stopped worrying and start living my life to the fullest. There are lots of other people who are not as fortunate as I am. I am so touched with your kindness towards orphanage. I always believed “the more we give, the more we received” and I have already experiencing it throughout my life. God didn’t repay me back with money or material things that I gave instead god give me with a second chance to live after my post partum depression experience, more loving marriage, all my children performed really well in their studies, my husband climbed his career ladder quite fast, my mum was also given second chance to live after being coma in icu due to colon cancer, finding true friends  and lots of other things. Meanwhile, your story about “a tailor and his scissor” really changed me 360 degree. Since then, I will make sure that I ate my supplement first and now I have started to go to yoga class and do things that I like such as go to facial, massage, singing karaoke as to rejuvenate myself. I learnt to pamper myself first before I can pamper others. Just to let you know that before this, I will do my work until finish and then only I will take my supplements. What a wrong concept! Now, I am happy and eagerly sharing this with others who happen to implementing the same wrong concept like me before..Thank you again Jessie!

In my religion also, we believed that ‘kata-kata adalah doa” or “words are prayer” and you highlighted it very clearly in your third diary “Hearing a Blessed Voice”. It is like a reminder to me to continue to speak positively towards my children and also touch them with more love. The one thing that impacts me the most was how I learnt to understand my husband better. I have started to ask my husband what he likes and dislikes about me. I have finally accepted my husband for who he is. Since then, our marriage becomes more lively and meaningful. I am also impressed with how you manage your time wisely. Jessie, I always envy your achievement. You were so busy yet you still have time to pursue your degree and certificates in various field. Whenever I complain about not having enough time, I will think of you. Thanks to God, I already achieved some of my many dreams due to your motto “make every single second count”. Life is short and we do not know when God will take our life so I decided to just pursue all my dreams one by one and let the rest to God. If I succeed or not succeed, at least I have tried. Not trying is already a failure. One thing for sure is that I will keep on taking a good care of myself and my family. I will dedicatedly inspire people to look after themselves by eating healthily and start taking supplements. Thank you so much Jessie! You have made such a difference in my life. May God will keep on blessing you with all your lovely angels with more love and happiness.





Yours sincerely,
Siti Norkiah Mohd Ishak

Tuesday 6 March 2012

Cikgu 20 sen

            Aku sentiasa percaya bahawa setiap perkara yang berlaku di dalam hidup manusia ada hikmah di sebaliknya. Pengorbananku berhenti kerja pada tahun 2007 mempunyai hikmah yang cukup besar sebenarnya. Rupa-rupanya Allah mahu aku menggunakan ilmu serta kepakaran yang ada untuk berbakti dan menolong orang lain yang lebih memerlukan. Dari situ, aku seolah-olah mendapat sinar baru dalam kehidupanku sebagai surirumah. Aku mahu menjadi surirumah yang berilmu, berpelajaran serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Azam, harapan dan cita-citaku kini adalah untuk membantu orang lain hidup dengan lebih baik dari sebelumnya.
            Sememangnya sejak dari kecil lagi, aku telah dididik oleh mak dan abahku supaya selalu bersedekah dan menolong mereka yang lebih memerlukan. Membiasakan rutin baru sebagai suri rumah sepenuh masa membuatkan aku berasa agak bosan dan janggal kerana aku sudah biasa memegang status wanita bekerjaya. Justeru itu, aku mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan masyarakat setempat. Sebagai langkah pertama, aku turun padang bergaul dengan isteri-isteri staf dan pekerja suamiku. Melihatkan keadaan mereka yang tinggal di kawasan kilang sawit ini agak jauh dari bandar, sukar mendapat kemudahan serta pendedahan terkini membuatkan aku terpanggil untuk memulakan program mengajar bahasa inggeris kepada anak-anak staf dan pekerja dengan mengenakan yuran 20 sen setiap kali mengajar. Aku tidak nafikan bahawa penguasaan bahasa inggeris mereka agak lemah.  
Melihatkan penguasaan bahasa inggeris anak muridku semakin baik, aku memberanikan diri untuk memulakan program mengajar bahasa inggeris kepada golongan ibu pula dan aku mengenakan yuran yang sama sehingga aku digelar “Cikgu 20 sen” ke mana saja aku pergi. Ha! Ha! Aku berharap golongan ibu-ibu ini akan dapat mengajar anak-anak mereka di rumah pula. Kelas pertama ibu-ibu menyaksikan beberapa kenangan lucu. Bayangkanlah betapa berbelit-belit lidah ibu-ibu ini apabila mereka belajar menyebut beberapa perkataan inggeris. Sebagai contoh ada yang menyebut “congratulation” sebagai “contolation” malah ada yang menyebut “I” sebagai air. Memang kelas kami sentiasa riuh rendah dibuatnya. He..he..
Setiap hujung tahun, aku akan membawa anak-anak didikku termasuk golongan ibu ke Bandar bagi sesi makan dan bermain boling dengan hasil tabungan yuran 20 sen yang aku kutip sejak awal tahun. Kini, aku meneruskan azam, harapan dan cita-citaku dengan memberi pengajaran kepada anak-anak murid sekolah rendah yang masih tidak tahu membaca. Terima kasih kepada Guru Besar Helen Chai kerana telah memberi peluang kepada aku untuk terus berbakti mengajar secara sukarela di sekolahnya. Terima kasih juga kepada Cikgu Reezal yang banyak membantuku mengajar anak-anak murid tersebut. Aku berharap agar semua anak-anak didikku akan menjadi insan berguna dan mendapat pekerjaan yang lebih baik setelah dewasa kelak..,..Amin.. Tiba-tiba fikiranku melayang kepada sambutan meriah yang kuterima sepanjang aku menjadi “guru” bahasa inggeris. Ibubapa anak didikku ada yang datang membawa pulut kuning, buah-buahan serta lauk pauk. Antara ungkapan yang seringku dengar dari ibubapa yang datang berjumpaku adalah “Puan ajarlah anak saya dengan apa jua cara sekalipun, asalkan tak patah tangan dan kaki anak saya”. Besar juga “kuasa” yang diberikan oleh ibubapa anak didikku..He..He..

Selain program mengajar bahasa inggeris tersebut, suamiku juga mencadangkan agar aku mula membaca buku di masa lapangku. Aku akui dulu aku hanya membaca sebab hendak menduduki peperiksaan ataupun tuntutan kerja. Aku memang tabik habis pada suamiku yang suka membaca. Telah menjadi kebiasaan suamiku untuk membaca buku sebelum tidur malam. Jadi suamiku telah memaksa aku membaca dua buku sebulan walaupun sebelumnya alu tidak suka. Allah saja yang tahu bagaimana susahnya aku hendak menghabiskan walaupun satu muka surat.
            Tetapi lama kelamaan, kini setelah menjadi kebiasaan, aku tidak boleh tidur tanpa membaca dua atau tiga muka surat setiap malam. Aku semacam sudah  menjadi “ulat buku” kerana ke mana pun aku pergi, pasti aku tidak lupa membawa sebuah buku bersamaku untuk dibaca. Dek kerana menjadi “ulat buku” ini, timbul pula semangatku untuk menyebarkan ilmu yang ada di dada walaupun hanya seayat dua. Aku selalu mengadakan sesi berkongsi ilmu pelbagai topik dengan isteri-isteri staf dan pekerja suamiku kerana aku tahu keadaan mereka yang tinggal jauh dari bandar dan sukar mendapat kemudahan dan pendedahan terkini. Aku berharap mereka akan menjadi surirumah berilmu seperti diriku.
            Perkongsian ilmu pertamaku adalah mengenai perancangan kewangan peribadi. Tidakku sangka, penyampaian ceramahku yang julung kalinya berjaya mengetuk hati isteri-isteri staf dan pekerja suamiku. Kami sepakat merealisasikan budaya menyimpan “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”. Melihatkan kejayaanku itu, aku berbincang dengan suamiku untuk memanjangkan lagi  topik ceramahku. Ternyata ideaku mendapat sokongan daripada seluruh warga kilang sawit yang ingin menimba ilmu daripadaku.
Alhamdulillah topik ceramahku berkembang dari semasa ke semasa meliputi topik keluargaan atau “parenting” dan juga topik kecemerlangan pelajar. Allah itu maha mendengar, doaku untuk menyampaikan ilmu yang ada terus dimakbulkan olehnya. Kini ceramahku bukan sahaja dikongsi dengan warga kilang malah aku turut dijemput memberikan ceramah di kampung-kampung dan di sekolah-sekolah. Aku berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi ilmu yang diperolehi. Sekurang-kurangnya dapat juga aku memanfaatkan masaku yang terluang ini.
Kalau Dato’ Fadzilah Kamsah dan Ustazah Siti Norbahyah merupakan penceramah tersohor di luar sana yang sangat aku minati dan sanjungi, biarlah aku pula menjadi “penceramah bidang terjun” di kilang sawit dan kampung-kampung. He…He…
Aku berterima kasih kepada suamiku yang telah menjadi sumber inspirasiku dan bertanggungjawab menjadikan aku seperti hari ini…Terima kasih abang! Aku ingin menjadi seperti kata pepatah “kalau campak ke darat boleh jadi gunung, kalau campak ke laut boleh jadi pulau……..

Sunday 4 March 2012

Banjir Besar

                        Aku tidak pernah bermimpi bahawa aku dan suami akan berhadapan dengan satu bencana yang tidak akan dapat kami lupakan sehingga ke hari ini. Siapa yang mahukan bencana berlaku? Tiada siapa yang mampu mengelak dari bencara itu terjadi. Ianya boleh datang secara tiba-tiba samada kita sedang tidur, bertugas atau apa saja yang kita sedang lakukan. Siapa sangka hujan yang tidak lebat selama beberapa hari telah mengundang banjir besar dan ianya telah mendapat perhatian meluas seluruh media di tanahair kita pada sekitar tahun 2006 hingga 2007. Malah, ianya menjadi pengajaran berguna kepada kami sekeluarga mengenai kekuasaan Allah s.w.t. Sehingga kini, setiap kali hujan turun tak berhenti-henti walaupun renyai, kami sekeluarga pasti akan bersiap sedia fizikal dan mental untuk menghadapi kemungkinan berlakunya banjir besar.
            Seingat akulah, kami sekeluarga telah berhadapan dengan dua kali banjir besar. Pengalaman banjir pertama kami adalah ketika suamiku bertugas di kilang sawit di sekitar Kota Tinggi pada tahun 2006 manakala yang kedua pula adalah pada tahun 2007 iaitu sewaktu suamiku bertugas di kilang sawit di sekitar Segamat. Pengalaman banjir besar pertama dimulai dengan hujan renyai-renyai selama beberapa hari. Cuaca yang sejuk tersebut telah membuatkan anakku Haikal tiba-tiba diserang asma. Sememangnya anak-anakku sudah lama tidak diserang asma. Suamiku bertanya padaku samada boleh ke anak kami bertahan sehingga awal pagi esok memandangkan hujan turun tak berhenti-henti dan jam telah menunjukkan pukul satu pagi. Suamiku takutkan jambatan besar untuk ke bandar telah pun ditelengami air. Menurut cerita dari orang-orang lama di sini, pernah beberapa kali air banjir di sini naik sehingga ke paras pelepah pokok kelapa sawit dan hubungan terputus sama sekali. Subhanallah!.
            Aku melekapkan telingaku pada belakang badan anakku Haikal seperti yang di ajar oleh Dr. Ruzini, Pakar Kanak-Kanak di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, untuk mendengar sebarang “wheezing” dan ternyata aku mendengar seperti plastic yang direnyukkan.  Dengan bertawakal sepenuhnya kepada Allah, kami anak beranak membuat keputusan untuk ke bandar bagi mendapatkan rawatan “nibuliser”. Sesampainya di jambatan besar, aku dapati air telahpun naik sehingga ke paras menutupi sedikit jambatan tersebut. “Ya Allah, mana mungkin jip suamiku lepas jambatan ni? bisik hatiku. Tidak dapat aku gambarkan perasaan kami anak beranak pada ketika itu. Melihatkan dada Haikal yang tengelam timbul tengelam timbul, suamiku nekad untuk meredahi jambatan yang telah dipenuhi air itu. Syukur alhamdulillah, kami berjaya melepasi jambatan tersebut dan terus mendapatkan rawatan yang sewajarnya untuk Haikal di poliklinik berdekatan. Doktor membekalkan kami dengan bekalan ubat yang secukupnya untuk Haikal. Kami membuat keputusan untuk menunggu sehingga esok pagi dan kebetulan hujan reda sedikit walaupun masih renyai-renyai. Namun, suamiku dimaklumkan bahawa jambatan yang kami lalui malam tadi sudah tidak boleh digunakan lagi kerana air telahpun menengelamkan seluruh jambatan tersebut.
Naik panik juga aku dibuatnya. Dahlah kami ke bandar dengan sehelai sepinggang! “Umi, relakslah, ada staf abang bagitahu kita boleh balik ikut jalan alternatif tapi jauh sikitlah,” terang suamiku. Alhamdulillah kami selamat kembali semula ke rumah kami di dalam estet menggunakan laluan alternative tersebut. Terima kasih Ya Allah! Namun, hujan renyai-renyai masih tidak berhenti turun beberapa hari sehinggalah kami diberitahu bukan sahaja jambatan tapi jalan alternatif juga tidak boleh digunakan kerana telahpun ditengelami air. Siaran TV pula menyiarkan bandar Kota Tinggi lumpuh. Mujur pihak UMNO menghulurkan bantuan makanan seperti minyak, biskut, roti, sardin serta makanan lain-lain dengan menggunakan bot.
Suamiku berpesan kepada seluruh warga kilang agar berjimat cermat dengan bekalan makanan yang ada. Oleh itu setiap hari semua kaum isteri akan turun padang bergotong royong ke surau berdekatan untuk memasak beramai-ramai serta mengagihkan bekalan makanan secara bijaksana agar mencukupi untuk seluruh warga kilang. Aku rasa dekat dua minggu juga kami berkurung di dalam kilang sawit tersebut.
Pengalaman banjir ketika di Kota Tinggi membuatkan kami lebih bersedia ketika banjir melanda Segamat. Aku dan suami berkesempatan membawa anak-anak kami melihat mangsa banjir di kawasan Kota Tinggi dan Segamat. Inilah kesempatan terbaik untuk menunjukkan kesusahan orang lain kepada anak-anakku. Kami dapat melihat terdapat rumah yang tengelam keseluruhannya dinaiki air dan ada penduduk yang terpaksa menaiki sampan untuk ke tempat perlindungan yang disediakan oleh kerajaan. Memikirkan kembali pengalaman-pengalaman kami menhadapi banjir besar di Kota Tinggi dan Segamat, aku dapat lihat hikmah banjir yang berlaku ini adalah untuk menjadikan aku sekeluarga agar menjadi lebih tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup di dalam estet manakala pula gotong royong semasa banjir pula membuatkan kami seluruh warga kilang menjadi lebih rapat dan memahami antara satu sama lain. Yang pasti, sehingga kini, kami perlu sentiasa bersiap sedia dengan bekalan makan seperti sardin, roti, biskut, susu dan lain-lain lagi yang lebih daripada biasa supaya mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan…Namun, sekiranya kita telah berusaha untuk mengelak agar bencana banjir tidak menimpa kita tetapi bencana itu datang juga, maka itulah dinamakan “takdir’…..

Saturday 3 March 2012

Ular Tedung

Sememangnya semenjak dari kecil lagi, aku memang takut dengan cacing apatah lagi ular. Tapi yang peliknya anak-anakku sangat sukakan binatang terutamanya ular dan buku-buku pilihan mereka pula kebanyakannya adalah buku binatang. Manakala, antara permainan binatang yang mereka kumpulkan termasuklah permainan ular plastik. Kadang-kadang aku sampai terjerit jerit terperanjat dibuatnya apabila terpijak ular mainan anakku kerana menyangkakan ada ular masuk ke dalam rumah. Yang paling aku kesian sekali adalah ibu mertuaku. Mana taknya, setiap kali datang bertandang ke rumah kami, pasti pucat lesi mukanya kerana selalu bertembung dengan ular mainan anak-anakku. Maafkanlah cucu-cucu mak ye…Ha! Ha!
            Namun, peristiwa berhadapan dengan ular tedung masih kekal diingatanku hingga ke hari ini. Pada ketika itu, suamiku bertugas di sebuah kilang sawit di Kota Tinggi. Seperti biasa, setiap hari, aku dan anak-anakku bermain di luar rumah. Mak Ani, pembantu rumahku pula sedang sibuk membersihkan longkang rumahku. Penat bermain, aku berpesan pada Mak Ani untuk menjaga anak-anakku sebentar kerana aku ingin meminum seteguk air di dapur. Sedang aku menikmati air minumanku, tiba-tiba aku terdengar suara anak-anakku terlompat-lompat kegembiraan memanggil “Umi, Umi, cepat, ada ular”. “Best umi”, sambung anakku lagi.
            Dengan segera, aku ke ruang tamu dan sebaik tiba, aku terlihat seekor ular tedung yang sangat besar dan sedang mengembangkan tengkuknya. Ular tedung itu berada betul betul berdekatan rumahku. Anakku pula masih berada di luar rumah terlompat-lompat kegembiraan. Melihatkan ular tedung tersebut, aku terus menjadi kaku. Aku cuba mengambil anak-anakku masuk ke dalam rumah namun kakiku berdiri diam tanpa bergerak ketika itu dek kerana panik dan terperanjat. Kalaulah ada yang melihat aku ketika itu, sudah tentu dia juga dapat melihat betapa pucat lesinya wajah aku ketika itu.
            Pada masa yang sama, Mak Ani menjerit kepadaku, “Ti, tolong ambilkan garam sekarang!”. Aku pula membalas, “Mak Ani, macam mana saya nak gerak ni sebab kaki saya kaku”. Melihatkan aku panik, Mak Ani segera meluru ke dapur dan mendapatklan beberapa bungkus garam. Dengan mulut terkumat kamit membaca selawat, Mak Ani melemparkan garam tersebut sedikit demi sedikit ke arah ular tersebut. Melihat dari kejauhan, aku dapati badan ular tedung tersebut menjadi lemah longlai dan tengkuknya menguncup sebaik sahaja badannya terkena garam yang dilemparkan Mak Ani. Dengan izin Allah, kakiku yang kaku tadi sudah boleh bergerak dan dengan pantas, aku merangkul anak-anakku Haikal dan Haziq masuk ke dalam rumah.
            Pertarungan melempar garam antara Mak Ani dan ular tedung tersebut berlanjutan agak lama sehinggalah ular tedung tersebut betul betul tidak bermaya dan pada ketika itulah Mak Ani memukul ular tedung tersebut dengan kayu sehingga mati. Rupa-rupanya Mak Ani memang sudah terkenal di kalangan penduduk kilang sawit suamiku sebagai penghalau ular. Menurut mereka, Mak Ani dengan mudah menghalau sebarang jenis ular tidak kiralah dimana ular tersebut berada samada di ruang tamu, di dalam tandas mahupun di dalam bilik tidur.
Ketika suamiku diarahkan bertugas di sebuah kilang sawit di Segamat pula, sekali lagi ada ular bertandang ke halaman rumahku. Nasib baik bukan ular tedung tapi ular yang menyinggah ke halaman rumahku kali ini ialah ular bersaiz kecil yang berwarna merah. Melihatkan ular tersebut, pembantuku Kak Mud bukan main terkejut lalu lari bersembunyi ke belakangku. He..he..Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dari Mak Ani dulu, aku telah berjaya menghalau ular tersebut dan aku tidak pasti berapa bungkus garam yang telah kuhabiskan untuk melemahkan sekaligus menghalau ular tersebut.
            Semasa di Papua New Guinea pula, pembantuku Helen telah mengingatkan aku mengenai hal ular ini. Helen mengatakan bahawa selama tiga tahun dia berkerja dengan majikan sebelum suamiku, ular sangat kerap bertandang ke rumah yang kami diami sekarang. Bukan saja ular akan berlingkaran di lantai bawah rumah kami, malah ada juga yang melepak di atas tangga dan tidur di celah “sliding door”. Naik meremang juga bulu roma aku bila mendengar cerita Helen itu apatah lagi pada ketika itu, cahayamataku ketiga, Hafiz baru berumur lapan bulan dan sedang belajar merangkak. Namun dengan tenang aku berkongsi ceritaku kepada Helen. Setiap seminggu sekali, pasti aku dan Helen akan menabur garam pada sekeliling rumah kami dan alhamdulillah sepanjang dua tahun di sana, tiada seekor ular pun yang datang menyinggah ke rumah kami. Sehingga kini, setiap kali aku pergi membeli belah, garam kasar atau halus pasti akan berada di dalam senarai teratasku sekali. Ha! Ha! Aku sangat bersyukur dengan ilmu yang telah aku perolehi dari Mak Ani ini. Terima kasih Mak Ani!....

Thursday 1 March 2012

salam ukhwah


Salam ukhwah to all blogges. Alhamdulillah ari ni first time dpt buat blog sendiri. orang lain buat blog sekejap aje tp aku buat blog berjam2...Tq to my dearest BFF lela Lopes De Squera and close friend lin yg keep on bagi semangat. Not forgetting my dearest hubby who wants me to keep WRITING! and achieved my dream to publish my own book...Amin...

Published with Blogger-droid v2.0.4