Showing posts with label MY RESEPY. Show all posts
Showing posts with label MY RESEPY. Show all posts

Sunday, 19 April 2015

JOM CUBA NASI AYAM BERIANI YG SEDAP BANGAT NIH!

Alhamdulillah n tq Allah! Sharing one of resepi Kak Azie yg kebaboom! Azie Jaya Nasi Beriani Pakistan yg sgtlah sedapnya. Masak nasi ni saya guna Periuk Ajaib Amway. Masak lauknya atas dapur biasa dulu pastu susun atur semua bahan2 n beras. Lastly tekan masak nasi guna high pressure selama 7 minit. Nampak cam susah tp sebenarnya agak mudah. Cuba ye jgn tak cuba. Ada bubuh yogurt, ada bubuh susu segar n ada bubuh telur rebus, ada bubuh ubi kentang dlm nasi ni tau! Memang sedap bangat resepi Kak Azie ni. Jom lawat blog kak Azie aziejaya.blogspot.com.








Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit

3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave 
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas rebus  
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning


Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.

Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 

Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.


Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.




Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.


Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.



Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.




Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.


Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.


Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.



Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.


Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 

Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.


Monday, 9 June 2014

GLAZED BANANA PAIN PERDU YANG SEDAP!

Alhamdulillah n tq Allah. Petang-petang cuti sekolah ni terfikir nak buat apalah dengan sesisir pisang yang Mr. Hubby bau beli semalam. Belek punyer belek buku resepi yang Mr. Hubby belikan terjumpa resepi ni. Menarik dan kreatif gak pisang dimasak style gini. Rasanya pun just nice. Give it a try on this recipy Glazed Banana Pain Perdu.




RESEPINYER..



Wednesday, 9 October 2013

YUM YUM YUM! IKAN TONGKOL GULAI STAIL KELANTAN TABIK SPRING!

Syukur alhamdulillah..hajat di hati nak masak nasi berlauk yang tertangguh sekian lama terlaksana juga malam tadi...Memang suami aku suka sangat dengan nasi berlauk tapi mesti stail Kelatelah..He..he...Lepas tu kalau ikan tongkol mesti yang isi putih..kalau yang isi hitam tu, keras katanya. So lps aje beli sekor ikan tongkol dari pasar, terus aku bersihkan dan rebuskan ikan tongkol tu dalam air yang berisi asam keping (bnyk gak aku bubuh sb nak kasi masam) dan juga garam. Seterusnya aku pun masaklah ikan tongkol gulai stail Kelantan. Kak As pembantuku bagi idea plak servekan nasi berlauk ni atas banana leaf. Dalam hati moga menjadilah resepi kali ni sb dah lama tak masak. Tup tup malam tadi suami aku makan bertambah. Umi! kali ni umi masak gulai ikan tongkol ni abang tabik spring! yeay yeay yeay..syukur alhamdulillah..bila suami aku kata tabik spring tu memang sedaplah..jom tgk resepinya n selamat mencuba!



Bahan bahan:
Seekor ikan tongkol dipotong kepada beberapa kepingan (direbus dg garam dan asam keping)
4 sudu besar cili kering blender
6 ulas bawang merah
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
Garam dan gula
Timun dan Cili hijau (jika suka)

Bahan bahan:
  1. Seekor ikan tongkol dipotong kepada beberapa kepingan (direbus dg garam dan asam keping)
    4 sudu besar cili kering blender
    6 ulas bawang merah
    4 hiris lengkuas
    1 inci kunyit hidup
    1 keping asam keping
    Garam dan gula
    Timun dan Cili hijau (jika suka)

    1.            Ikan direbus dengan asam keping dan garam terlebih dahulu.
    2.            Kemudian, blendkan bawang merah, lengkuas, kunyit hidup.
    3.            Kesemua bahan yang diblend  termasuk cili kering  ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak.
    4.            Perlu dikacau selalu.
    5.            Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak.
    6.            Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris dan juga cili hijau (aku masukkan cili hijau macam gitu aje)..Tara! dah masak n yum yum yum..  

6.            






Tuesday, 8 October 2013

SEDAPLAH SOTONG MASAK BUTTER UMI!

Alhamdulillah minggu lepas aku ada terjumpa satu respi sotong yang sangat sedap. Bukan apa klu tak sebelum ni sotong mesti aku buat samada masak sambal, digoreng ataupun dicampur sedikit ke dalam sayur untuk dijadikan rencah. Aku tanya pada maid aku "Ka As, selalu Kak As sotong masak apa ye? ". Kak As membalas "Saya biasa buat kari atau sambal". Itu ajelah resepi saya..Aduh aduh..Tp sebab aku sentiasa pasang niat "To live my best life" so aku pun google2lah..Tup tup..Kuar satu resepi dari Azie Kitchen. Ha! Punyalah sedap bila aku cuba resepi ni. Dlm resepi asal ada cili besar tp aku x bubuh..Hu hu..Sampai anak kedua ku Haziq balik dari sekolah agama bertanya "Umi masak apa ye lunch tadi? Sedap sangat!"..Alhamdulillah, memang berbaloi mencuba resepi Kak Zie ni. Selamat mencuba!


4 keping sotong yang sederhana besar- potong kecil
2 sb butter
1 chili padi – cincang (bubuh 1 aje sb takut anak makan pedas nanti)
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese
Setengah tin susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam
Garam
Serbuk lada hitam

Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Cara cara:
Perap sotong dengan bahan perap selama 1 jam. Masak sotong sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan sotong tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada sotong akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

YUM YUM YUM!

Thursday, 18 October 2012

LOMPAT TIKAM SEDAP!


Alhamdulillah tq Allah. Petang tadi dapat realisasikan hajat anak-anakku Yang nak makan lompat tikam...cuma Kali ni aku Sangat puas hat I sebab resepi lompat tikam Kali ini memang sedap. Klu sebelum ni, aku but lompat tikam gun teknik kukus tap I Kali ni aku gun a tektik masak atas API....memang senang Dan cepat sebenarnya....tq again Allah!


Resepi:


      *Lapisan bawah :-
  • 62 g tepung beras 
  • 660 ml air
  • 62 ml air pandan + 1/2 sk pewarna hijau
  • 1 sk garam
  • 1 sk air kapur

  • *Lapisan atas :-
  • 25 g tepung beras
  • 600 g santan pekat
  • 2 sk garam (aanak-anakku suka masin sikit rasa santannya)
  • *Air gula :-
  • 250 g gula melaka
  • 500 ml air
  • 1 helai daun pandan - di simpul
Atau Air Gula yang beli siap. Aku guna jenama Gula Melaka Pekat brand Dapur Desa (memang sedap)
Cara-cara
  1. Campurkan bahan2 lapisan bawah di dlm periuk,kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat.Matikan api.
  2. Tuang adunan kedlm mangkuk2 kecil yg bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk.Ketepikan.
  3. Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi.Sejukkan pd suhu bilik.
  4. Tuang secukup air gula keatas kuih dan boleh di hidangkan.Jika suka makan sejuk,simpan kuih yg telah diisi air gula di dlm peti sejuk.
  1. *Gula melaka daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.Tapis dan sejukkan.


Selamat Mencuba! Yum Yum! 

Sunday, 12 August 2012

Resepi Canoli

Alhamdulillah dah masuk hari ke 23 dah kita berpuasa...Syukur anak-anak aku dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan tak ada yang tinggal puasa satu hari pun lagi. Tq Allah...Tq so much also pada adik iparku, Ataf yang sanggup datang menemani kami sekeluarga di sini. Pejam celik pejam celik dah 19 hari Ataf duduk di bumi Bintulu ni. Dapatlah Ataf atau paksu menemani aku dan anak2 berterawih di masjid apabila suamiku bekerja di kilang sawit nun jauh di sana... Mcm2 lauk pauk gak yang aku masak bersama Ataf tapi resepi yang aku nak kongsi dlm blog ni sangat menarik.Siapa pernah dengar Canoli? Ha...klu nak tahu Canoli ni berasal dari negara Italy..Masa tengok resepi ni kat internet, rasa cam susah aje tapi aku kata ngan Ataf, let's do it Ataf..sedap tak sedap atau tak jadi belakang kira, yang penting kita cuba..Yeay Yeay...Tak delah susah manapun and rasanya sangatlah SEDAPNYERRRRRR....Tq Ataf dearie! Klu nak tahu, kena cuba buat and rasa...confirm anak2 suka! Selamat mencuba!
Ha! Inilah rupa Canoli!

Cannoli Shells Recipe. 1) 440g tepung 2) ½ tsp garam 3) ½ tsp cinnamon 4) 85g shortening 5) 60g caster sugar 6) 20 tbsp air 7) 1 telur 8) 1 kuning telur (putih telur simpan untuk masa goreng nanti) Campurkan semua bahan sehingga semua menjadi sebati dan menjadi doh. Jangan terlebih menguli doh itu. Apabila semua bahan-bahan itu telah menjadi doh, balutkan ia dengan clear-wrap dan simpan dalam peti sejuk selama satu jam. Sementara itu, bolehlah membuat filling cannoli ini. Setelah satu jam, bahagikan doh itu kepada 4 bahagian. Mulakan dahulu dengan 1 bahagian, yang selebihnya simpan di dalam peti sejuk dahulu. Canai doh itu sehingga menjadi sgt nipis, tetapi jangan lah sampai boleh terkoyak doh itu. Potong doh itu menggunakan pisau atau bulatan besi(yg digunakan untuk membuat doh karipap). Lilitkan doh yg telah dipotong tadi ke atas tiub-tiub besi ini, dan gorengkan dalam minyak yang panas.

Tq anak-anak Umi...Yelah...Umi tak ada anak pompuan so sume kena kerah tolong Umi..he..he..







Adunan yang dah dipotong tadi dibalut pada tiub besi..

Guna kan putih telur untuk gam kan penghujung doh itu. Setelah digoreng, sejukkan di atas tisu dan tarik keluar tibu besi itu (supaya boleh digunakan lagi utk doh yg selebihnya). Piping kan cannoli filling ke dalam cannoli shell ini. Taburkan sedikit icing sugar di atas canoli yang sudah siap dipiping. #tiub-tiub besi ini boleh dibeli di kedai bakery yang terkemuka #alternative kepada tiub-tiub besi ialah tiub-tiub kayu, yang mana tidak akan cair apabila dimasukkan ke dalam minyak yang panas. #jangan biarkan putih telur yg digunakan sbg gam itu, terkena pada tiub-tiub besi ini. Sebab nanti susah utk tarik tiub-tiub besi itu keluar. #best served panas-panas.
Mencabar gak masa nak keluarkan Canoli yang baru digoreng panas panas ni..hati-hati ye...
Tq Haikal for piping the filling for Umi...
Cannoli Filling Recipe. 1) 6 tbsp custard 2) 5 tbsp air panas 3) 215g caster sugar 4) 1 tin susu cair 5) 2 sudu besar vanilla essence Campurkan custard dan air panas di dalam kuali untuk melarutkannya. Non-stick pan selalunya digunakan supaya tiada kesan-kesan hangit pada custard ini nanti. Setelah custard dilarutkan, masukkan susu cair, caster sugar dan vanilla essence. Panaskan ia sehingga menjadi pekat (mcm gula ising yg atas cupcake tu) yang membolehkan kita memasukkan ia ke dalam piping bag untuk dimasukkan ke dalam cannoli. Setelah pekat, biarkan sejuk seketika dan masukkan ke dalam piping bag dan masukkan ke dalam cannoli shell itu.

Friday, 22 June 2012

Nasi Mandi Manda

                           
                    Alhamdulillah permintaan untuk buat kelas masakan nasi mandi manda telah dapat aku realisasikan bersama warga kilang sawit suamiku di Sarawak ni. Aku bersama-sama dgn keluargaku mula-mula makan nasi mandi manda ni di sebuah restoran arab di Ampang. Alhamdulillah arwah mak tercinta sempat merasa nasi mandi manda kat restoran ni and also nasi manda yang aku buat sendiri. Punyalah sedap n ingatkan susahlah nak buat...Tapi rupa-rupannya senang ajer..Tq so much kepada mak mertua tersayang di atas resepi ni. Selamat mencuba!

Selalunyer aku ada serve ngan salad sekali tapi masa ni salad takdelah plak..


NASI MANDI-MANDA                     info: 1kg beras basmathi untuk 10 orang   

Bahan-bahan:
3 ekor                  ayam
3 kg                    beras basmathi (direndam selama 20 minit)
10 ulas                 bawang merah
10 biji                 bawang putih     dikisar
2 cm                    halia
10 biji                 tomato
10 biji                 cilibesarmerah
Secukup rasa            cuka, garam, gula
1 bungkus besar         rempah beriani
6 sudu makan            jintan putih
6 sudu makan            jintan manis
3 biji                  bawang besar (dipotong dadu)
2 biji                  timun (dihiris)
4 biji                  kiubayam
1 bungkus kecil         kayu manis dan bunga lawang
1/2 biji                bawang besar (dipotong dadu)
sedikit                 daun parsley
beberapa batang         timun
beberapa helai          daun salad


Cara-caramembuat:
  1. Rebus ayam yang telah dipotong di dalam periuk. Biarkan sampai mendidih.
  2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar, bunga lawang, rempah beriani, jintan putih, jintan manis, seosoning, garam laut dan gula.Biarkan hingga masak.
  3. Sementara itu, untuk sos tomato, potong tomato kepada 4 bahagian, kemudian dikisar bersama cili merah tadi. Campur bahan-bahan kisar dengan gula, cuka dan garam. Ketepikan.
  4. Toskan beras yang direndam tadi dan gaul dengan serbuk kunyit.
  5. letak sedikit minyak jagung dlam periuk nasi, kemudian tumiskan bawang besar yang telah dipotong dadu-dadu dan tumis hingga agak layu.
  6. Kemudian, susun ketul-ketul ayam yang sudah masak tadi di dalam periuk nasi, kemudian masukkan beras yang sudah direndam tadi. Tuangkan air rebusan ayam tadi ke dalam periuk nasi dan campakkan sedikit daun parsley ke dalam periuk tersebut. Sedia untuk dimasak.
  7. Setelah nasi masak, telungkupkan permukaan periuk tadi supaya nasi tadi menjadi bentuk kon dan taburkan dengan bawang goreng. 
  8. Sedia untuk dimakan bersama sos tomato, daun salad dan timun. Selamat mencuba!!!!!!


Info : 1 cawan beras dicampur dengan 1 1/2 cawan air rebusan ayam..





                















Saturday, 14 April 2012

Kek Lapis Facebook

               Semenjak aku berhijrah ke bumi kenyalang ini, aku sentiasa tertarik dengan kecantikan kek lapis Sarawaknya yang cantik lagi menarik dengan pelbagai lapisan warna. Rasanya pula…Ummppph!! Sedap tak terkata….Ada kek lapis oreo, kek lapis cadburry, kek lapis masam-masam manis dan bermacam-macam lagi. Selalu jugalah aku belikan ole-ole kek lapis Sarawak ini buat keluargaku tercinta di Semenanjung sana. Aku berazam satu hari nanti aku mesti mengambil peluang untuk belajar macam mana nak buat kek lapis Sarawak. Kalau tak, memang rugi! He..he..

 Alhamdulillah, semasa aktiviti Persatuan Wanita Kilang Sawit suamiku bekerja baru-baru ini, aku berkesempatan belajar buat kek lapis Sarawak yang simple. Maksud aku yang takde patern-patern yang canggih tu. Terima kasih tak terhingga kepada Reen, isteri kepada staf suamiku yang memberi tunjuk ajar kepada kami semua…Emmm…ingatkan senang aje nak buat kek lapis Sarawak ni, tapi rupa-rupanya pembikinan kek lapis Sarawak ini memerlukan masa dan kesabaran yang cukup tinggi..Mana taknya, sebiji kek lapis mengambil masa hampir 4 jam!  So, aku tabik habislah dengan mereka-mereka yang ada masa dan kesabaran untuk membuat beberapa jenis kek lapis. Buat semua, aku kongsikan di sini, resepi kek lapis Sarawak yang diberi nama “Kek Lapis Facebook”… Alahai.... memang nyaman(orang Sarawak cakap sedap as nyaman) sungguh!! Memang berbaloi la mencuba. 


                             



Bahan-Bahan :

10 biji                    telur
1 gelas                  gula halus
1 gelas                  tepung gandum
1 gelas                  tepung roti marie (diramas hingga menjadi serbuk/diblend)
1 gelas                  horlick
1 tin kecil              susu pekat manis
500 g                     mentega/butter
1 tin kecil              serikaya
2 sudu teh             esen vanilla
1 botol kecil          ovalette
Pewarna hijau

Cara membuatnya :

           Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan mentega/butter dan ovalette. Pukul lagi hingga kembang.




           Masukkan susu, esen vanilla, serikaya, horlick, tepung gandum dan tepung roti marie. Gaul hingga sebati.

           Bahagikan kepada 2 bahagian :
1.       Warna asal (plain color)
2.       Warna hijau




Rupa2nya ini teknik yang Reen guna untuk make sure kek lapis tu sama rata ketinggian dia antara satu lapis ngan satu lapis yang lain. Bagi setiap lapis, Reen ukur takat setengah cawan tu aje...


    Bakar secara berlapis-lapis (selang-selikan warna hijau dan warna asal) di bawah suhu 180° selama 1 jam menggunakan loyang empat segi 7 x 8 inci nyer. Bakar dengan menggunakan api atas sahaja. Sebelum letak lapisan kek lapis yang pertama, alas dulu menggunakan kertas minyak...



Reen bakar  setiap lapis lebih kurang 2 ke 3 minit. Memang x leh wat kerja lainlah klu wat kek lapis ni..Klu tak, alamatnya hanguslah! Ha..Ha.. Cuba perhartikan betul-betul..Sebelum nak letak kek lapis ke dua, kita kena tekan tekan sikit pakai alat yang direka khas tuk buat kek lapis. Reen kata kita boleh beli kat kedai kek....

          
               Ceng..Ceng...Ceng..inilah hasilnya kek lapis facebook. Bila pikir-pikir balik, kalau aku nak buat kek lapis ni, aku nak guna setengah adunan ajelah! So, dari 4 jam, aku bolehlah buat 2 jam aje...Ha Ha! So, sekarang, cuba tanya diri sendiri, adakah anda penyabar atau tidak nak wat kek lapis sarawak ni...Hu hu hu...Apapun, selamat mencuba!























Tuesday, 3 April 2012

Nasi Kukus Berlaukkan Ayam Goreng Berempah dan Ayam Masak Kerutuk



            Alhamdulillah, setelah sekian lama baru aku dapat merealisasikan impian aku untuk membuat nasi kukus. Selalunya bila balik Semenanjung, memang aku sekeluarga tak pernah miss makan nasi kukus berlaukkan ayam goreng berempah dan kuah kerutuk bersama cili. Memang nasi kukus kat depan Greewood Park tu betul2 terangkat. Sedap betul. Tiap2 hari org ramai beratur sampai tak cukup tempat nak beratur lagi dah. Emmmm...Kat Bintulu ni, tak ada lagi peniaga yang jual nasi kukus ni. Suami aku kata, apa kata umi berniaga nasi kukus kat depan umah? Ha ha..aduhai..macam manalah nak berniaganya sebab ngan hafiz masih kecik lagi. Bukan nasi kukus aje, tapi nasi lemak pun dia nak suruh aku berniaga..Konon-kononnya aku nyer nasi lemak paling sedap di Bintulu...He..he..So aku postkan resepi nasi kukus bersama ayam goreng berempah dan kerutuk ayam untuk tatapan semua. Selamat Mencuba....



NASI KUKUS

Bahan
2 cawan beras panjang
3 cawan air
1 helai daun pandan


Cara
1. Basuh beras dan rendamkan 30 minit ke 40 minit
2. Masukkan beras, air serta daun pandan (untuk mewangikan beras) ke dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan nasi masak. [lebih kurang 30 minit]

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 senduk besar atau 3 sudu besar kari ayam/daging
1 senduk besar atau 3 sudu besar cili serbuk
1 senduk besar atau 3 sudu besar serbuk kunyit
½ senduk besar atau 1 ½ sudu besar garam laut (Natural Health Farm Sea Salt)
½ senduk besar atau 1 ½ sudu besar serbuk ayam Knor  
2 ulas bawang putih  
6 inci halia
3 batang serai
2 tangkai daun kari

Cara
1. Blend bawang putih, serai dan halia hingga halus.
2. Gaulkan bahan yang telah diblend tadi bersama2 serbuk kari, cili serbuk, serbuk kunyit, garam laut dan serbuk ayam ke dalam ayam dan perap selama beberapa jam.
3. Gorengkan dalam minyak yg banyak. Semasa ayam sudah hendak garing sedikit, baru taburkan daun kari kedalam minyak tersebut dan tunggu sehingga ayam betul2 garing. (mak mertua kata bila daun kari masuk masa ayam nak garing, baru aroma ayam akan lebih menyerlah!)



AYAM MASAK KERUTUK

Bahan
3 ketul ayam dipotong kecil-kecil (saya guna 3 ketul saja sebab menu utama ayam goreng berempah)
4 sudu besar rempah kerutuk
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1 keping gula manisan (beli kat Kelantan yg bulat leper-leper)
2 sudu besar kerisik
Garam laut (Natural Health Farm Sea Salt)

Bahan menumis
½ bawang besar
½ inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
Sedikit minyak untuk menumis

Cara
1. Ayam yang telah dipotong kecil-kecil dibersihkan dan ditoskan.
2. Kisar bahan menumis iaitu bawang besar, bawang putih dan halia dan kemudian campurkan dengan rempah kerutuk.
3. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih sehingga naik wangi.
4. Kemudian, masukkan campuran rempah kerutuk tadi hingga pecah minyak. (Jangan terlalu lama sangat menumis campuran rempah kerutuk ini kerana rempah kerutuk yang dibuat dari Kelantan ini telah ditumis sedikit sebelum ini semasa dalam proses membuatnya- menurut kata mak mertua tersayang. He he..)
5. Masukkan ayam dan santan. Masak hingga kuah betul2 pekat.
6. Akhir sekali masukkan kicap, garam laut, gula manisan dan juga kerisik.
7. Sedia untuk dihidangkan.


SAMBAL

Bahan
5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi (kalau tak nak pedas, boleh kurangkan ciliapi nilah ye)
2 biji limau nipis [ambil jusnya]
garam laut secukup rasa
gula secukup rasa

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.
2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.
3. Rasakan masam dan masinnya.