Tuesday, 8 October 2013

SEDAPLAH SOTONG MASAK BUTTER UMI!

Alhamdulillah minggu lepas aku ada terjumpa satu respi sotong yang sangat sedap. Bukan apa klu tak sebelum ni sotong mesti aku buat samada masak sambal, digoreng ataupun dicampur sedikit ke dalam sayur untuk dijadikan rencah. Aku tanya pada maid aku "Ka As, selalu Kak As sotong masak apa ye? ". Kak As membalas "Saya biasa buat kari atau sambal". Itu ajelah resepi saya..Aduh aduh..Tp sebab aku sentiasa pasang niat "To live my best life" so aku pun google2lah..Tup tup..Kuar satu resepi dari Azie Kitchen. Ha! Punyalah sedap bila aku cuba resepi ni. Dlm resepi asal ada cili besar tp aku x bubuh..Hu hu..Sampai anak kedua ku Haziq balik dari sekolah agama bertanya "Umi masak apa ye lunch tadi? Sedap sangat!"..Alhamdulillah, memang berbaloi mencuba resepi Kak Zie ni. Selamat mencuba!


4 keping sotong yang sederhana besar- potong kecil
2 sb butter
1 chili padi – cincang (bubuh 1 aje sb takut anak makan pedas nanti)
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese
Setengah tin susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam
Garam
Serbuk lada hitam

Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Cara cara:
Perap sotong dengan bahan perap selama 1 jam. Masak sotong sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan sotong tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada sotong akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

YUM YUM YUM!

2 comments:

  1. Sama-sama. Maaf ye saya lambat balas sebab line kat estet nih sokmo problem.

    ReplyDelete