Thursday 19 July 2012

Ayah Merah Umi Biru


          

           Saban tahun, hari sukan merupakan antara acara wajib yang dijalankan oleh suamiku. Bagiku, acara sukan itu sentiasa ditunggu-tunggu oleh setiap warga kilang serta keluarga masing-masing. Mana taknya, banyak acara-acara sukan yang dipertandingkan malah hadiah-hadiah  yang ditawarkan juga sangat menarik.
Sebelum upacara sukan bermula, setiap warga kilang serta pasangan masing-masing perlu mencabut undi dahulu. Ha! Di sinilah uniknya. Setiap nama akan dibubuh di dalam kotak dan bagi setiap nama yang dicabut undi, pihak pengurusan akan meletakkan nama tersebut ke dalam rumah merah, biru, kuning dan hijau berseleng seli. Memang tidak ada pilih kasih dalam hal ini. Setelah semua nama dicabut undi, setiap pasangan termasuk aku dan suami akan tertanya-tanya samada kami berada dalam satu rumah yang sama atau tidak. Bagi yang sama, gembiranya bukan main kepalang lagi tetapi bagi yang tidak sama rumah, mulalah kedengaran keluhan atau perasaan tidak puas hati. Namun, suamiku tidak melayan semua itu kerana aku dan suami juga tidak sama rumah. Suamiku terpilih rumah merah manakala aku pula rumah biru.
Balik ke rumah, aku dan suami menceritakan perihal rumah kami masing-masing kepada anak-anak kami. Aku bertanya kepada anak-anakku, “Haikal dan Haziq nak sokong siapa? Ayah ke umi?”. Haikal menjawab dengan teragak-agak “ah..ah….Haikal sokong umilah”. Haziq pula dengan pantas menjawab “Haziq sokong umi juga”. Aku membalas “Eh, tak bolehlah macam tu. Nanti tak ada siapa yang sokong ayah pula. Kesian ayahkan”. “Kalau macam tu, haziq sokong ayahlah,” jawab Haziq. Begitulah keadaannya apabila saban tahun, aku dan suami tidak pernah berkesempatan berada dalam rumah yang sama. Tahun ini pun, aku tak sama rumah dengan suamiku. Aku rumah oren manakala suamiku pula rumah putih. Apa nak buat…Dah nasib…
Bilalah nak sama rumah ni....He he...


Tiba hari sukan, aku, suami dan anak-anak sangat bersemangat untuk mendapatkan mata bagi rumah masing-masing. Antara sukan yang dipertandingkan ialah badminton, bola jarring, sepak takraw, tarik tali, lari dalam guni, lari beruk, boling kelapa, congkak, dart, sahibba dan lain-lain lagi. Tetapi yang menggelikan hatiku dan suami adalah apabila setiap kali aku berlawan dengan suamiku, anak-anakku dah tak ingat dah siapa yang mereka patut sokong tetapi mereka akan sokong kedua-dua sekali!. Sesekali pasti terdengar Haikal dan Haziq melaung “Umi, umi”, kemudian terdengar pula mereka melaungkan “Ayah, ayah”.  Hafiz pula terjerit-jerit sama memanggil “U, Uni dan A…Yah, yah”. Hi..Hi…



Seronoknya Hafiz bila dapat cari gula dalam tepung!! Yeay..Yeay..






Comelkan muka anak-anakku berbedakkan tepung...Tapi puas sebab dapat gula-gula banyak!!





Tahun ni suami aku mencadangkan pertandingan "MasterChef Keresa"..Best..sebab dapat hadiah "Tupperware"..He..He..



Tu dia Lin, isteri assistant suami aku nak cuba golkan bola sebab penalty..Jangan marah..kami wanita pun nak main Futsal..






Oren! Oren! Oren! Memang berhempas pulas betul dorang tarik tali ni..


   
Aku nampak kepuasan pada setiap warga kilang dan keluarga masing-masing kerana pada hari sukan itulah kami semua tidak kira pangkat masing-masing akan bersama-sama turun padang dan bergembira sebagai satu keluarga besar. Pada malamnya pula, kebiasaannya suamiku akan menganjurkan makan barbeku serta berkaroeke. Walaupun penat, jelas kami semua tetap melaksanakan segala aktiviti yang telah dirancangkan.
Hingga kini, aku berharap moga suatu hari nanti aku dan suami akan dapat berada dalam kumpulan rumah yang sama agar anak-anak kami tidak perlu lagi merasa serba salah mahu menyokong umi atau ayah. Ha! Ha!

Monday 9 July 2012

AKU DAH JATUH CINTA DENGAN B COMPLEKS SHAKLEE!!!


               Alhamdulillah, aku berasa sangat teruja menguruskan sendiri segala urusan pengubahsuaian rumah baruku di Bintulu. Setiap hari pasti kelibatku akan kelihatan di mana-mana. Hatta di kedai elektrik, kedai simen, kedai tiles mahupun kedai perabot. Di tambah lagi dengan kesibukanku menghantar dan mengambil anak-anakku pergi dan balik dari sekolah kebangsaan dan agama serta lain-lain urusan lagi. Melihatkan keadaanku kini, pasti timbul perasaan tidak percaya di hati mereka-mereka yang pernah mengetahui sejarah silamku jatuh sakit teruk pada suatu ketika dahulu (please refer to entry bertajuk “Letter To Jessie Chung”).
                Dalam kesibukanku menguruskan segala persiapa tersebut, tiba-tiba aku perasan “every muscle in my body was so tense”. Aku juga mula merasakan “shoulder pain” yang teramat sangat serta tanganku sudah mula menggeletar. Seminggu berlalu, namun keadaanku masih sama tetapi kali ini aku lebih panik kerana aku berasa seolah-olah mengalami “mental block”. Aku bermohon kepada Allah untuk mengetahui apa yang sebenarnya yang berlaku? “What caused that”? “Will it continue to happen for the rest of my life”? “Ya Allah, berilah hambamu ini kekuatan fizikal dan mental yang kuat untuk aku tabah hadapi segala cabaran dan dugaanmu. Kalau aku sakit, siapa yang nak uruskan makan minum anak-anakku, siapa yang nak hantar mereka ke sekolah, siapa yang nak uruskan rumah baruku. Aku tiada saudara-mara di sini Ya Allah. Suamiku pula hendak mencari rezeki. Ya Allah, aku berserah sepenuhnya padamu ya Allah. Bantulah aku mencari jalan penyelesaian kepada apa yang sedang berlaku padaku ketika ini”.
                Aku bingung apabila memikirkannya. Tambahan pula, aku sememangnya sudah mengambil pelbagai supplement seperti spirulina, vitamin c, multivitamin dan Omega3. Allah sememangnya maha mendengar doa hambanya. Kebetulan buku Janet Maccaro, Phd, CNC bertajuk “Brain Boosting Food” dan “Change Your Food Change Your Mood” yang aku order dari amazon.com tiba tepat pada masanya or should I say “the book found me”.
                Tara! Rupa-rupanya apa yang aku alami ini adalah kesan dari stress yang agak berpanjangan..Janet Maccaro menerangkan dengan “detail” betapa pentingnya seseorang itu mengambil “A GOOD TOTAL B COMPLEX” supplement in times of stress. Menurut Janet Maccaro lagi, B Complex sangat penting untuk menjaga “nervous system” seseorang. Aku seraya berfikir “What does she mean with a good total B Complex?” Rupa2nya bila aku belek-belek B complex yang ada di farmasi2, bukan semua B Complex yang berada di pasaran itu lengkap. Tanpa berlengah, aku pun memulakan pencarian B Complex yang “GOOD” dan “TOTAL”. He..He..Subhanallah! Sekali lagi Allah menunjukkan jalannya kepadaku sekali lagi kepada “B COMPLEX SHAKLEE”.




 
                Alhamdulillah, phew! Leganya aku! Baru hari pertama makan B Compleks Shaklee tersebut, aku dapat merasakan kelainan kepada tubuh badanku terutamanya mindaku. Aku berasa sangat relaks dan tenang walaupun dalam keadaan stress yang amat sangat. “By one week time”, tanganku sudah tidak menggeletar lagi. Tubuh badanku juga semakin bertenaga dan aku semakin fokus!. Syukur….
                Yang paling aku bersyukur sangat-sangat adalah bagaimana aku dengan tenang dapat “cope” dengan keadaan arwah mak yang melalui pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang tempoh arwah mak bertarung dengan kanser (Please refer to entry Epilog Sebuah Kehidupan). So for those people out there, please do not hesitate to sms me or call me at 012-8055373 or email me at wanadlinwanmahmood@yahoo.com.my  to try vitamin B Complex Shaklee yang mengandungi pelbagai khasiat seperti di bawah:




Akhir kata, “The BIG B is now my Best friend, my Beauty and my Brain food. Tq Allah for the gift of health that is keeping me alive”……

Thursday 5 July 2012

Mentin Si Ratu Ulam


   
            Tawaran kepada suamiku untuk bekerja di Bintulu, Sarawak membawa aku kepada perkenalan dengan Mentin. Pada pertemuan pertama, aku menggagak umur Mentin dalam sekitar 40 an. Aku menghulurkan salam perkenalan dan bertanya lanjut mengenai Mentin. “Mentin berasal dari mana ye?” soalku. “Saya berasal dari Bintulu, puan,” balas Mentin. Aku meneruskan soalanku, “Bagaimana dengan suami Mentin?” Dengan nada suara yang perlahan, Mentin memulakan bicara, “Puan, suami saya sudah meninggal pada tahun 2003 kerana kemalangan di Papua New Guinea. Saya hanya tinggal empat beranak saja,” sambil air matanya mengalir perlahan.
            “Ya Allah! Adakah ini satu kebetulan?” bisik hatiku. “Mentin, saya bersimpati dengan kematian suami Mentin. Kebetulan Mentin, saya baru balik dari Papua New Guinea. Mungkin ini adalah takdir tuhan yang ingin mempertemukan kita,” balasku lagi. Mentin tinggal denganku dan hanya balik ke rumahnya pada hari minggu. Sepanjang tinggal bersamaku, aku perhatikan Mentin tidak pernah sakit dan kuat bekerja. Berbanding dengan diriku yang mudah menghidapi selsema. Rupa-rupanya Mentin sangat suka makan sayur. Setiap kali waktu makan, pasti sayur yang menjadi hidangan utama Mentin. Aku pula, sayur bukanlah menjadi hidangan utama setiap kali waktu makan. Kalau ada, adalah, kalau tak ada pun takpe. Sayur pahit jangan cakaplah. Memang tidak termasuk dalam “list” aku. He..he…
            Namun, semua itu berubah sejak kedatangan Mentin ke rumahku. Aku sekeluarga telah mula makan pelbagai jenis sayur-sayuran. Walaupun tak banyak anak-anakku makan sayur yang terhidang tapi aku bersyukur mereka tetap mengambil juadah sayur-sayuran tersebut. Antaranya ialah terung iban, cangkuk manis, daun sabung, ulam raja, pucuk pegaga, petola air, labu, kacang botol, terung, petai dan sebagainya. Sebelum ini, sayur-sayuran tersebut terlalu asing pada kami tetapi kini, ia telah menjadi sebahagian dari kehidupan kami. Aku dapat merasakan perubahan kepada diriku. Aku dapat merasakan kesihatan tubuhku dan anak-anak semakin baik berkat amalan memakan sayur-sayuran setiap hari. Ada juga antara kenalan-kenalanku yang mengatakan mukaku kini nampak licin dan berseri-seri. Ha! Ha! Syukur Alhamdulillah.
            Kini, aku bukan saja memastikan terdapat sayur pada setiap kali hidangan, malah aku telah mula menjinak-jinakkan diri dengan bercucuk tanam pelbagai jenis sayuran seperti ulam raja, pegaga, daun bawang, “parsley”, “thyme”, “peppermint” dan lain-lain lagi di sekitar kawasan rumahku. Mentinlah yang mengajarku cara-cara yang betul untuk menanam sayur. Rupa-rupanya, sangkaanku terhadap umur Mentin meleset sama sekali kerana Mentin sebenarnyta sudah berumur 52 tahun. Memang tidak percaya kerana kedutan pada muka Mentin sedikit pun aku tak Nampak.
Aku juga bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan dengan seorang jiran baru yang sangat baik, Jacynta namanya. Sekali lagi aku terpesona dengan kecantikan rupa Jacynta kerana mukanya sangat licin dan nampak muda. Kalau nak tahu, umur Jacynta muda setahun dari Mentin. Tanpa segan silu aku bertanyakan rahsia awet muda Jacynta. “Saya banyak makan sayur Siti, terang Jacynta. Semua sayur saya tanam sendiri dan saya buat baja organik sendiri. Jadi lebih sihat ma!”, sambung Jacynta lagi. Memang aku perhatikan halaman belakang rumah Jacynta dipenuhi dengan pelbagai jenis sayur-sayuran. “Ermm…baja organik! Menarik ni”, fikirku..Kini, aku dan anak-anak membantu Jacynta membuat baja organik sendiri. Sisa bahan mentah dan makanan seperti kulit bawang, kulit ayam, lebihan nasi, kulit buah-buahan kami asingkan ke dalam satu bekas manakala Jacynta pula akan memasukkan bahan buangan ini ke dalam lubang yang telah dikorek serta akan menutupnya dengan tanah. Menurut Jacynta, tanah yang digunakan untuk menutup bahan-bahan buangan tersebut perlulah agak banyak sedikit untuk mengelakkan binatang-binatang terutamanya lalat dari terhidu dan singgah ke tempat baja organik tersebut. Bahan-bahan buangan untuk keesokan hari akan dikambus ke dalam lubang yang lain pula dan begitulah seterusnya. Akhirnya baja organik akan terhasil selepas tiga bulan adunan tadi ditanam. Senang dan selamatkan!
Ini menambahkan lagi semangatku untuk terus menjadikan amalan memakan sayur-sayuran dan membuat baja organik ini berkekalan selagi hayat dikandung badan. Terima kasih daun keladi ku ucapkan kepada Mentin “Si Ratu Ulam” dan Jacynta jiran organikku…