Tuesday 26 June 2012

Epilog Sebuah Kehidupan

Berita mengenai arwah mak disahkan menghidap kanser usus pada Disember 2010 benar-benar mengejutkan aku sekeluarga terutamanya abah. Mana taknya, arwah mak tak pernah menunjukkan ada tanda-tanda kanser. Cuma yang aku perhatikan arwah mak kerap demam dan berat badan arwah mak semakin menurun. Doktor mengesahkan bahawa kanser usus arwah mak adalah kanser tahap empat serta perlu menjalani pembedahan dengan segera bagi mengelakkan kanser tersebut dari merebak ke tempat lain. Walaubagaimanapun, sedikit usus besar arwah mak terpaksa dipotong dan arwah mak terpaksa memakai “stoma bag” bagi pembuangan najis arwah mak. Ini bermakna arwah mak tidak dapat membuang air besar seperti sediakala tapi najis akan masuk ke dalam “stoma bag” tersebut.  Doktor pula mengatakan kemungkinan arwah ak terpaksa memakai “stoma bag” untuk seumur hidup.Dengan linangan airmata, arwah mak mengatakan "takpe kak, mak terima semuanya,  ni bahagian mak. Orang lain lagi teruk menderita".
Arwah mak sangat gigih berjuang walaupun terpaksa dibedah sebanyak tiga kali berturut-turut dari Disember 2010. Naik lembik aku tengok arwah mak tapi doktor terpaksa melakukannya sebab arwah mak ada komplikasi lain seperti nanah tak berhenti-henti keluar dari tempat pembedahan. Abah, aku, suamiku, anak-anakku serta adik-adik dan adik ipar tercintaku sentiasa meniupkan kata-kata semangat untuk arwah mak kuat semangat melalui ketiga-tiga pembedahan tersebut. Namun, pembedahan kali ketiga adalah pembedahan yang tak akan dapat kami sekeluarga lupakan kerana pada ketika inilah arwah mak “koma” selama 10 hari serta doktor mengatakan peluang arwah mak hidup 50-50. Hanya Allah yang mengetahui betapa sedihnya perasaan kami. Masih aku ingat lagi, selepas keluar dari wad ICU, aku, abah dan adik beradik aku berpelukan sambil menangis teresak-esak kerana kami seakan terkejut dan tidak bersedia dengan perkhabaran tersebut.
Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah dan berkat semangat mak yang kuat, arwah mak berjaya bangkit dari koma. Berkali-kali arwah mak keluar masuk hospital selepas itu dan aku sangat bersyukur kerana kami sekeluarga sanggup berkorban untuk menjaga arwah mak. Pada waktu siang adik-adik lelakiku serta abah akan menjaga arwah mak manakala adik-adik perempuanku pula akan bermalam bersama dengan arwah mak dihospital. Sememangnya Allah ingin menguji tahap kesabaran serta sejauh mana kasih sayang anak-anak arwah mak. Aku hanya mampu bertanya khabar dari kejauhan saja disebabkan anak-anakku bersekolah di Sarawak ini. Tetapi, yang paling menyentuh hatiku adalah pengorbanan abah. Tak semua suami yang sanggup melakukan sepertimana yang abah lakukan pada arwah mak. Abah, tanpa rasa geli membasuh “stoma bag” arwah mak yang dipenuhi najis dan bau busuk. Pada waktu tengah malam pula, abah akan datang semula ke hospital untuk melihat keadaan arwah mak dan memberi kata-kata semangat pada arwah mak. Abah kata arwah mak seakan mendapat kekuatan untuk menghadapi segala kesakitan apabila setiap kali abah datang melawat.

Alhamdulillah anak-anakku Haikal dan haziq turut bersama-sama membersihkan najis arwah nenek mereka..Terima kasih anak-anak umi..


Syukur selepas detik itu, arwah mak berpeluang menikmati lagi hari-hari mendatang dengan penuh keredhaan dan kesyukuran serta melalui kimoterapi sebanyak enam kali dengan penuh kesabaran. Aku tak pernah dengar arwah mak bersungut kerana terpaksa memakai “stoma bag” tersebut malah arwah mak kuat semangat ke sana ke mari bersama abah menghadiri kenduri kahwin, bercuti, membeli belah, melawat saudara sakit dan sebagainya sampai doktor yang membedah arwah mak yang kebetulan berada di Port Dickson, terkejut apabila melihat arwah mak mandi manda bersama cucu-cucunya di pantai Port Dickson.  Subhanallah! Macam tak percayakan..itulah arwah mak yang gigih dan tak kenal erti putus asa…



Kenangan arwah mak mandi manda bersama kami sekeluarga di Port Dickson..arwah mak masih kuat walaupun masa ni bertarung dengan kanser..

Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya. Hati aku terdetik untuk pulang ke Semenanjung untuk menemui arwah mak pada tanggal 22 April 2012 walaupun abah mengatakan arwah mak sudah sihat. Entah kenapa semasa menjaga arwah mak di hospital, aku terkeluar ucapan terima kasih pada arwah mak yang telah melahirkan aku dan adik-adik serta menjaga anak-anakku Haikal, Haziq dan Hafiz. Aku juga memohon ampun dan maaf sekiranya hati arwah mak terluka di atas keputusanku untuk berhenti kerja dan mengharapkan keredhaan arwah mak. Ketika itu, hati aku berasa sangat sayu tatkala arwah mak memeluk dan menciumku berkali kali serta mengalirkan air matanya. Tangan mak aku pegang erat dan arwah mak memegang-megang dadanya menandakan keredhaannya padaku kerana pada ketika itu arwah mak tidak dapat bercakap sangat disebabkan terpaksa memakai sarung oksigen.
Pada awal pagi tanggal 24 April 2012 semasa giliran adikku Maktam menjaga arwah mak, arwah mak kelihatan tidur sangat lena dan tidak terjaga walaupun dikejutkan oleh Maktam. Lantas, keesokan paginya kami anak beranak bergegas ke hospital untuk melihat keadaan arwah mak. Berderai-derai air mata melihatkan keadaan arwah mak yang tidak memberi sebarang respons pada kami sekeluarga, namun aku dapat melihat airmata arwah mak mengalir-ngalir setiap kali kami bercakap dengan arwah mak. Seorang demi seorang mengambil giliran membacakan kalimah syahadah pada arwah mak dan semasa giliranku, dengan tiga kali tarik nafas, arwah mak pergi  meninggalkan kami semua buat selama-lamanya….kali ini, aku sekeluarga meredhakan pemergian mak ke pangkuan illahi….Semoga roh arwah mak tenang di sana….Al-Fatihah..
Kini, sekali sekala ingatanku melayang kembali kepada arwah mak dan abah yang rela berkorban apa saja untuk aku dan adik adik sehingga kami berjaya sepertimana sekarang. Kekadang apabila sendirian, aku pasti akan terkenang kembali bagaimana pengorbanan arwah mak dan abah pada kami adik beradik. Mereka sanggup melawatku di MRSM Taiping semata2 utk membeli keperluanku di asrama dan sekaligus memberi inspirasi kepadaku untuk terus gigih berjuang untuk mencapai kejayaan. Pada malam yg sama  malam mereka akan kembali semula ke Kuala Lumpur menaiki bas kerana terpaksa bekerja pada keesokan harinya dan lambaian mereka membuatkan aku sangat sayu dan terharu. Dengan itu, aku bertekad untuk merealisasikan impian mereka. Sesekali air mataku jatuh berlinangan kerana terkenangkan pengorbanan arwah mak dan abah. Dek kerana itulah, apabila mak telah disahkan sebagai salah seorang pesakit kanser, aku berusaha sedaya upaya untuk memberi sokongan moral dan fizikal kepada arwah mak. Bertitik tolak dari itulah, aku terpanggil untuk membantu ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan masyarakat diluar sana untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan mengamalkan pengambilan supplemen di dalam diet harian mereka…sekaligus mencegah kanser yang telah meragut nyawa arwah mak…Semoga Allah membantu niat murniku ini..Amin...

Monday 25 June 2012

Malaria Oh Malaria




            Perjalanan dari Lapangan Terbang Gurney ke rumah hanya mengambil masa lima minit. Aku sekeluarga menyusuri kawasan perumahan dan aku dapati kesemua rumah di Alotau ini diperbuat daripada kayu beserta tangga. Teringat aku pula pada rumah arwah nenek di kampung. Aku sungguh gembira apabila sudah sampai ke rumah kerana suasananya sungguh nyaman, penuh dengan pohon menghijau serta bunga-bungaan yang tumbur dengan subur. Sesekali angin bertiup sepoi-sepoi bahasa ke dalam rumah kami. Memang terasa sejuk sedikit walaupun pada waktu siang namun pada waktu malam pula sejuknya terasa sampai ke tulang dan aku sekeluarga terpaksa menutup kipas dan memasang “comforter”. Buat pengetahuan semua, Alotau mengalami musim panas pada bulan November hingga Mac manakala berangin dan hujan pada bulan Mei hingga September.
           





Semua rumah di PNG lebih kurang macam rumah aku ni..



Melihatkan kawasan sekeliling rumahku yang dikelilingi banyak pokok-pokok, hatiku berasa agak gelisah sedikit. Sebelum aku sekeluarga berangkat ke Papua new Guinea, kami telah dimaklumkan bahawa demam malaria dan penyakit batuk kering atau tb adalah penyakit yang sering menimpa penduduk Papua New Guinea. “Insyaallah tak ada apa-apa. Lagipun aku sekeluarga dah ambil suntikan Japanese Encephalitis serta Hepatitis A & B,” bisik hatiku sekaligus melegakan perasaanku.
            Oleh itu, setiap hari terutamanya pada waktu petang aku akan memastikan aku anak beranak memakai “mosquito repellant” di bahagian tangan dan kaki. Sememangnya aku dan anak-anak sering meluangkan masa bermain bola, badminton malah berjalan-jalan mengelilingi kawasan perumahan kami. Kadang-kadang aku anak beranak hanya berbaring di atas rumput dan menikmati langit yang terbentang luas.
            Namun, pada suati hari, aku ingatkan aku demam biasa saja lantas aku hanya mengambil ubat panadol saja. Tetapi apabila badan aku menggigil kesejukan walaupun diselimuti beberapa lapis “comforter” serta seluruh tubuh badanku berasa lemah longlai dan tidak berdaya, aku terus dikejarkan ke klinik kesihatan yang berdekatan. Masih aku ingat macam mana paniknya suami aku bila melihatkan keadaanku yang terhoyong hayang serta pucat lesi. Mana taknya sebab banyak kes kematian di Papua ni adalah disebabkan oleh demam malaria. Pegawai kesihatan yang aku panggil Doktor Ray telah mengesahkan aku menghidapi demam malaria dan aku terus diberikan rawatan yang sewajarnya. Kalau nak tahu, masa Dr Ray nak sahkan aku menghidap malaria ni, darah aku perlu diambil. Ingatkan Dr. Ray pakai jarum tapi dia pakai sejenis alat macam pisau!!! dan Dr. ray perlu menoreh sedikit hujung jariku. Ya Allah! lagilah lemah aku dibuatnya, namun suamiku menenangkan aku. Dr. ray menerangkan dengan nada seloroh "Mrs Wan, this is Papua New Guinea and not Malaysia, so we are much lacking behind..but don't worry we will treat you very well until you recover fully, okay". Aku berdoa kepada Allah agar suami dan anak-anakku tidak dijangkiti demam malaria juga.
           

Dr Ray yang sangat peramah dan caring..Tengok anak aku Hafiz pun dah jadi macam orang Papua sebab dia memang tak suka berkasut..Ha! Ha!



Sikap Doktor Ray dan pembantu klinik yang sangat mengambil berat mempercepatkan lagi tempoh penyembuhanku. Aku dinasihatkan agar tidak keluar rumah dari pukul lima petang hingga tujuh petang kerana pada ketika itulah nyamuk malaria aktif berterbangan. Namun, ianya tidak mematahkan semangatku sekeluarga untuk terus hidup menikmati hari-hari mendatang di Papua New Guinea kerana hidup di mana-mana pasti terdapat cabaran dan dugaan…Walau beribu batu aku meninggalkan tanah air tercinta,  Malaysia tetap dihatiku. Bak kata pepatah "hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri"..He..He..

Friday 22 June 2012

Nasi Mandi Manda

                           
                    Alhamdulillah permintaan untuk buat kelas masakan nasi mandi manda telah dapat aku realisasikan bersama warga kilang sawit suamiku di Sarawak ni. Aku bersama-sama dgn keluargaku mula-mula makan nasi mandi manda ni di sebuah restoran arab di Ampang. Alhamdulillah arwah mak tercinta sempat merasa nasi mandi manda kat restoran ni and also nasi manda yang aku buat sendiri. Punyalah sedap n ingatkan susahlah nak buat...Tapi rupa-rupannya senang ajer..Tq so much kepada mak mertua tersayang di atas resepi ni. Selamat mencuba!

Selalunyer aku ada serve ngan salad sekali tapi masa ni salad takdelah plak..


NASI MANDI-MANDA                     info: 1kg beras basmathi untuk 10 orang   

Bahan-bahan:
3 ekor                  ayam
3 kg                    beras basmathi (direndam selama 20 minit)
10 ulas                 bawang merah
10 biji                 bawang putih     dikisar
2 cm                    halia
10 biji                 tomato
10 biji                 cilibesarmerah
Secukup rasa            cuka, garam, gula
1 bungkus besar         rempah beriani
6 sudu makan            jintan putih
6 sudu makan            jintan manis
3 biji                  bawang besar (dipotong dadu)
2 biji                  timun (dihiris)
4 biji                  kiubayam
1 bungkus kecil         kayu manis dan bunga lawang
1/2 biji                bawang besar (dipotong dadu)
sedikit                 daun parsley
beberapa batang         timun
beberapa helai          daun salad


Cara-caramembuat:
  1. Rebus ayam yang telah dipotong di dalam periuk. Biarkan sampai mendidih.
  2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar, bunga lawang, rempah beriani, jintan putih, jintan manis, seosoning, garam laut dan gula.Biarkan hingga masak.
  3. Sementara itu, untuk sos tomato, potong tomato kepada 4 bahagian, kemudian dikisar bersama cili merah tadi. Campur bahan-bahan kisar dengan gula, cuka dan garam. Ketepikan.
  4. Toskan beras yang direndam tadi dan gaul dengan serbuk kunyit.
  5. letak sedikit minyak jagung dlam periuk nasi, kemudian tumiskan bawang besar yang telah dipotong dadu-dadu dan tumis hingga agak layu.
  6. Kemudian, susun ketul-ketul ayam yang sudah masak tadi di dalam periuk nasi, kemudian masukkan beras yang sudah direndam tadi. Tuangkan air rebusan ayam tadi ke dalam periuk nasi dan campakkan sedikit daun parsley ke dalam periuk tersebut. Sedia untuk dimasak.
  7. Setelah nasi masak, telungkupkan permukaan periuk tadi supaya nasi tadi menjadi bentuk kon dan taburkan dengan bawang goreng. 
  8. Sedia untuk dimakan bersama sos tomato, daun salad dan timun. Selamat mencuba!!!!!!


Info : 1 cawan beras dicampur dengan 1 1/2 cawan air rebusan ayam..





                















Monday 18 June 2012

Supernanny Approach

Menghadapi karenah anak-anak yang semuanya lelaki sememangnya sangat menguji kesabaran aku dan suami. Baru aje nak relaks lepas mengemas rumah, memasak, basuh baju dan lain-lain, dah berserepah balik..Belum lagi cerita anak-anak aku berkelahi sesame sendiri..”Umi, Abang Haikal tu yang buat Haziq,” kata Haziq. Tak sempat aku nak bercakap, Abang Haikal dah membalas “Tak Umi, Haziq yang start dulu”. Kerap kali aku membasahkan bibirku dengan kalimah “Hasbunallahuwanikmalwakil” dan syukur selepas itu, aku mendapat ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi segala-galanya...Di kesempatan ini, aku juga ingin berkongsi satu ceramah yang aku buat bersama warga kilang sawit suamiku. Ceramah ini bertajuk “Anak-Anak: Tips dan Menghadapi Karenah” yang mana Ilmu tersebut aku perolehi dari J. Frost atau lebih dikenali Supernanny dan Dato’ Fadzilah Kamsah. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan ilmu yang aku perolehi ini yang ternyata banyak membantu aku dalam menangani karenah anak-anakku. Semoga Allah mengurniakan rahmat kepada kita semua dalam usaha kita mendidik anak-anak..Happy Reading.. name="wmode" value="transparent"/>
View more presentations from sitihafiz.

Friday 15 June 2012

The Magic of Saving Small Amount

                            Selama ini, aku selalu menyimpan impian untuk menjadi seorang penulis. Tak kiralah samada penulis dalam majalah ke, newspaper ke dan yang paling penting menjadi penulis buku. Namun, aku biarkan impian tersebut terkubur begitu saja kerana aku rasa aku tak ada bakat menulis langsung. Namun, ceng ceng ceng....cubaan pertamaku menghantar hasil penulisanku terpublish pulak kat Personal Money Magazine.Syukur alhamdulillah!  Sejak tu, aku terus menulis menulis dan menulis....So, to all readers, selamat membaca!






















Thursday 14 June 2012

Disambut Penduduk Bergigi Merah






     
           
           

 
          Alhamdulillah sehingga ke hari ini, aku sekeluarga sudah dapat menyesuaikan diri tinggal di kawasan pendalaman. Namun, peluang merantau ke luar negara iaitu Papua New Guinea memberikan kami sekeluarga pengalaman yang unik dan berbeza. Malah berbeza dari pengalaman aku semasa melanjutkan pelajaran di United Kingdom dahulu. Semasa suamiku ditawarkan bekerja di Alotau, Papua New Guinea, bermacam-macam perkara yang bermain di fikiran kami berdua. Apatah lagi, kebanyakan maklumat di internet mengenai Papua New Guinea banyak menceritakan mengenai perkara-perkara negatif. Menambahkan lagi keriasauanku adalah pada waktu itu aku sedang sarat mengandung lapan bulan dan tinggal sebulan sahaja lagi sebelum aku melahirkan zuriat ketiga kami. Sambil mengalir airmata, aku berfikir bolehkah aku lalui saat-saat genting nanti tanpa suamiku di sisi untuk membantu secara moral dan fizikal? Sebelum ini, suamiku sering menemaniku setiap kali aku melahirkan zuriat-zuriat kami. Malah, tangan suamiku akan menjadi mangsa gigitanku dek kerana tak tahan dengan sakit bersalin. Selain itu, berita penawaran kerja tersebut benar-benar mengejutkan anak-anakku. “Apa? Pindah Papua New Guinea? Kenapa? tanya Haikal bertalu-talu. “Alah ayah, tidak seronok pindahlah. Haikal sudah ramai kawan di sini. Rasa sedih pula nak tinggalkan kawan-kawan, cikgu, sekolah dan macam-macam lagi,” kata Haikal dengan nada sayu. Namun, peluang yang datang ini mungkin sekali dalam hidup kami dan suamiku tidak ingin melepaskan peluang keemasan tersebut. Berbekalkan semangat untuk menimba pengalaman hidup dan kerja yang lebih mencabar dalam diari hidup kami, aku sekeluarga pun berangkat ke Papua New Guinea. Port Morseby, ibu Negara Papua New Guinea merupakan perhentian pertama kami. Sebaik menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Port Morseby, hati aku berdebar-debar melihat keadaan sekeliling. Lapangan terbangnya menurut perkiraanku adalah sebesar lapangan terbang di Kelantan. Aku tidak nampak banyak bangunan mencakar langit di Bandar Port Morseby. Namun, terdapat beberapa pasaraya seperti Papindo, JJ Wholesale serta beberapa buah hotel iaitu Lamana Hotel dan Airway Hotel. Walaubagaimanapun, apa yang paling membuatkan aku terharu adalah apabila terlihat sebuah masjid tersergam indah di tengah-tengah Bandar Port Morseby. Allahu Akbar!.
            Aku juga tidak dapat menahan perasaan terharuku apabila terlihat sebuah bank berlambangkan harimau iaitu  Maybank. Oh! Allah saja yang tahu bagaimana perasaan teruja aku ketika itu kerana teringatkan slogan “Malaysia Boleh”. Selain itu, aku juga terkejut apabila melihat rupa penduduk Papua New Guinea. Mereka merupakan  bangsa yang berkulit hitam dan tubuh badan mereka tidak asing seperti tubuh badan orang Asia. Sekali lagi aku terkejut apabila aku disapa oleh penduduk di Port Morseby terutamanya apabila mereka tersenyum kerana gigi dan bibir mereka kelihatan merah!. Rasa hendak ketawapun ada apabila melihatkan keadaan mereka itu. Namun, aku pendamkan saja perasaan itu kerana aku takut ianya akan menyinggung perasaan mereka.
           

Kecik ajekan orang2 Papua New Guinea nikan...Cuba tengok dorang sume memang berkaki ayam saja ke mana-mana







                      Aku bertanya pada diriku “Adakah penduduk di Papua New Guinea ini semuanya bergigi merah?” “Takpe, sebentar lagi aku akan tiba ke tempat kediaman kami dan tengok macam mana pula rupa penduduk di sana,” bisik hatiku. Untuk pengetahuan semua, pengangkutan udara yang menggunakan kapal terbang kecil seperti “fokker” merupakan pengangkutan utama di Papua New Guinea. Perjalanan dari Port Morseby ke Alotau mengambil masa selama hampir satu jam. Apabila aku mendengar isyarat mendarat ke Lapangan Terbang Gurney, sekali lagi aku tidak dapat membayangkan bagaimana pula rupa tempat yang aku sekeluarga akan tinggal serta penduduknya.  “Ya Allah! Kecilnya lapangan terbang kat sini”, itulah perkataan pertama yang terkeluar dari mulutku sejurus mendarat.



          





Reyna dan Johny sekeluarga yang menjadi teman baik kami semasa di Papua New Guinea...Rindu sangat sama mereka


       
           Aku juga turut di sambut oleh staf dan pekerja suamiku yang kesemuanya bergigi merah! Ha..Ha..Rupa-rupanya penduduk di Papua New Guinea ini semuanya suka makan pinang atau lebih dikenali “bittlenut” di sini. Pada ketika ini, ingatanku melayang-layang pada nenek saudaraku di kampong halaman yang suka sangat makan sirih dan bergigi merah. He..he…


Ini adalah driver suami aku, Solomon..Solomon ni kalau satu hari tak makan bittlenut boleh tak keruan..He He..Mulut Solomon memang merah giler!