Tuesday 25 September 2012

BEST SANGAT MASKER YOGURT dengan ENERGY SOY PROTEIN SHAKLEE!

Tq Allah kerana mempertemukan aku dengan supplement Shaklee...Dahlah Vitamin C nyer boleh dibuat mask, sekarang ni aku dapat ilmu ENERGY SOY PROTEINnyer plak boleh di buat MASKER...Selama dari bulan May 2012, aku dah mula amalkan minum ESP yang bnyk beri khasiat pdku especially berikan aku tenaga selama berjam-jam jam jam.....Tak tahulah nak cakap mcm mana kebaikan ESP ni yang akan aku kongsikan dlm entry aku yang akan datang. JOM TRY MASKER YOGURT with ENERGY SOY PROTEIN. Jommm cubaaa...

Memang BEST...!!! Kalau Vit C buat muka aku tegang, cerah n licin, Masker Yogurt ni pulak buat rasa muka sentiasa lembap..


CARA BUAT MASKER YOGURT with ENERGY SOY PROTEIN
Sapu muka dgn plain yogurt dan biarkan selama 5-10min... Memang best..! Aku campur yogurt tu dgn sesudu kecil ESP. Tepek kat muka sampai rasa kulit muka menegang (sampai yogurt tu kering). Besttt sangat masa ni, kalah masker yg pakai kat saloon tu. .. Lepas dah kering tu terus basuh dgn pencuci muka. Memang lembut jer rasa kulit...

Selamat Mencuba n sharing with sahabat-sahabat di luar sana ye..Sharing is caring!

JOM TRY MASKER VITAMIN C!

JOM TRY MASKER VITAMIN C NI..Alhamdulillah aku dah dua minggu amalkan masker vitamin c ni dan dah nampak perubahan pada kulit wajah..Bukan aku yang perasan tapi sahabat-sahabat di luar sana yang menegur. Dorang tanya apa yang puan pakai pada muka puan ye? Muka puan nampak flawless, tegang n cerah..Tq Allah!

 Cara2:

1) Patahkan vit c pada 3 bahagian ..
2) guna 1 bahagian saja (2 bahagian lagi guna tuk hari lain)
3) hancurkan halus halus 1 bhagian vit c tadi.
4) masukkan 1 sudu air
5) biar vit c tu kembang 3 hingga 5 minit
6) sapu kat muka yg dah dicuci bersih dan kering
 7) sapu seluruh muka dan biar hingga kering (20-30 minit)
8) Bilas air bersih
 9) Walla! cun!!

Kelebihan Masker vit c:

 1) Merangsang penghasilan KOLAGEN dari dalam kulit
 2) Tegangkan kulit muka
 3) Kecutkan jerawat
4) Cerahkan muka
5) Segarkan wajah

 SELAMAT MENCUBA..

Wednesday 19 September 2012

Testimoni Vitamin C Ayah Lin

Alhamdulillah, Lin dah semakin jatuh cinta dengan supplement Shaklee ni..Jom baca pengalaman ayah Lin makan Vitamin C ni..syukur..Tq Allah..

Testimoni B Compleks Lela

Bukan aje mak Lela yg dah jadi "SUPERGRAND" tp Lela pun dah jadi "SUPERMAK"..He He..alhamdulillah...Sejak amalkan B Compleks Shaklee, lela bertenaga sampai malam, beliau juga tidur lena n beliau juga dah lama tak dapat serangan asma..syukur..Tq Allah..

Testimoni B Compleks Mak Lela

Alhamdulillah, Mak Lela dah jadi "SUPERGRAND" sejak mengamalkan B Compleks Shaklee ni..Memang Mak Lela ni kerja dia turun naik bas setiap bulan berjalan jalan umah anak-anaknyer serata Malaysia..Jom baca testimoni Lela mengenai mak beliau..Tq Allah!

Kenapa Aku Suka Vitamin C Shaklee?

Aku memang dah biasa dengan Hutchem! Hutchem! Sok Sek! Sok Sek! Lepas dah kedengaran sume tu, mulalah air hidungku mengalir-ngalir..memang sgt menyeksakan...Hu! Hu! Sejak kecil lagi aku memang selalu kalah dengan cuaca sejuk mahupun habuk..Air Cond jangan cakaplah..Sampai dah berkahwin pun, aku selalu tarik comforter bila setiap kali suami aku bukak air cond. Selalu bila suami aku dah tidur, aku akan cepat cepat tutup air cond. Tapi alhamdulillah sejak aku mengamalkan Vitamin C Shaklee, susah aku nak kena selselma malah sekarang ni tidur dalam air cond pun dah ok. Tq Allah. Jom baca mengenai Vitamin C Shaklee.
Secara umumnya, vitamin C adalah antara vitamin yang paling kerap diambil oleh mereka yang perihatin dengan kesihatan. Vitamin C adalah vitamin yang larut air dan tidak disimpan di dalam badan. Oleh itu, adalah penting untuk kita untuk mengambil vitamin C setiap hari. Selain itu, buah-buahan serta sayur-sayuran pada masa kini adalah tidak natural ditambah lagi dengan penggunaan sisa-sisa racun “pesticide” yang sekaligus mengurangkan kandungan vitamin C di dalam buah-buhan dan sayur-sayuran tersebut. Jom ketahui lebih lanjut kebaikan dan khasiat vitamin C… 1) Vitamin C melindungi tubuh badan dari jangkitan selesema serta meningkatkan sistem imun. 2) Vitamin C mengelakkan dan merawat penyakit ‘scurvy”. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. 3) Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen. Jadi, vitamin C adalah anti penuaan. 4) Vitamin C melegakan “tension” dan “stress” kerana ia menggalakkan pengeluaran hormone antistress. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah. 5) Vitamin C berupaya mengelakkan keracunan. Vitamin C mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Kenapa anda perlu memilih Vitamin C Shaklee? Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya di mana ia menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama 5 jam. Cara penggunaan: Ambil 1 biji sehari selepas makan. Sekiranya anda mengalami selsema atau demam, anda boleh mengambil dua biji sehari iaitu sebiji pagi dan sebiji malam. Selain tu, patahkan vitamin c itu kepada dua agar vitamin c itu merembeskan kesemua vitamin c.. Untuk anak-anak bolehlah mencuba Chewable Vita-C Shaklee…Ambil 1 biji sehari ye selepas makan. Dan kalau tengah selsema, boleh ambil 2 biji. Sebiji pagi dan sebiji malam serta dipatahkan seperti keterangan di atas…

Thursday 6 September 2012

Macam-Macam Ada

Bedebush! Bedebush! Bedebush! Bunyi bedilan tembakan bertalu-talu mengejutkan aku terkejut dari tidurku yang lena. Dengan pantas, aku mengejutkan suamiku “ Abang, abang bangun! Umi rasa ada musuh nak serang kawasan kilang kita ni”.. Bunyi bedilan bertalu-talu kedengaran di kawasan perumahan rumahku. Pada ketika ini, suamiku bertugas di kilang sawit di Kota Tinggi. Bunyi tersebut sekaligus memecahkan kesunyian pada malam itu. Bukan main terkejut aku mendengarkan bedilan meriam tersebut. Yang aku peliknya suami aku relaks aje dengan situasi yang mencemaskan tersebut. Suamiku menjelaskan “Umi, ni bukan ada serangan pengganas atau musuh nak menyerang tapi gajah nak menyerang estet kita adalah”. Masyaallah! Rupa-rupanya jaga yang berkawal di bahagian pos melancarkam bedilan meriam bertalu-talu untuk menghalau gajar-gajah liar tersebut dan memastikan gajah-gajah tersebut tidak akan memusnahkan tanaman pokok kelapa sawit dan juga mengancam keselamatan penduduk kilang dan estet kelapa sawit kami. Aku rasa kemungkinan gajah-gajah ini keluar menyerang tanaman kelapa sawit kerana habitatnya terancam dek kerana pembangunan yang semakin giat dibangunkan. Lepas kejadian bedialan meriam malam tu, dalam perjalanan keluar ke bandar, aku sekeluarga dapat melihat najis gajah bertaburan merata-rata. Nak dekat dua minggu juga kami mencuba sedaya upaya kami untuk mengusir kawanan gajah tersebut dengan bedilan meriam. Syukur alhamdulillah, setelah dua minggu, aku tidak lagi mendengar bedilan meriam tersebut dan suamiku mengatakan bahawa kawanan gajah tersebut telah beralih ke kawasan lain. Barulah aku dapat merasakan betapa sukarnya menghadapi masalah ancaman gajah liar ini… Selain gajah, bermacam-macam peristiwa juga yang telah kami berdepan. Antaranya ialah berhadapan dengan sekumpulan babi hutan liar yang cuba menyeberang jalan. Kami memberhentikan kereta kami sambil melihat kumpulan babi liar tersebut berlalu. Betullah orang kata babi liar ni jalan semberono dan laju saja ke depan. Tu yang ada yang boleh mati kalau disondol babi liar. Selain itu, aku sekeluarga juga pernah bertembung dengan ular sawa yang sangat panjang. Nasib baiklah suami aku sempat brek.Kalau tidak, tak tahulah apa nak jadi pada aku sekeluarga kerana ular tersebut sangat besar. Teringatkan kata-kata orang tua-tua, kalau kita melihat sebarang binatang melintas di hadapan kita, kita hendaklah memberhentikan kereta bagi memberi laluan kepada makhluk Allah tersebut. Selain itu, naik cuak juga aku sekeluarga setiap kali nak masuk ke dalam kawasan estet yang sejauh 17km tu sebab ada yang pernah bertembung dengan makhluk berambut panjang yang berterbangan…Kalau makhluk berambut panjang aku tak pernah bertembung tapi kalau makhluk berambut pendek yang terbaring di tengah-tengah laluan kami ada bertembung..Namun, suami aku tidak langsung memberhentikan kereta kerana makhlukyang satu ini ada niat yang tidak baik kepada sesiapa yang memberikan pertolongan kepada mereka. Itulah sebabnya abah dan arwah mak selalu memberi pesan kepada aku sekeluarga agar selalu memeriksa keadaan kereta serta menghantar kereta pergi servis setiap kali tiba waktunya bagi menghindari kereta aku rosak di tengah-tengah hutan belantara ini apatah lagi di waktu tengah malam..Terima kasih abah dan arwah mak..Akak akan selalu ingat pesanan arwah mak dan abah! Di samping itu juga, aku sekeluarga turut dilanda kebimbangan setiap kali mahu keluar masuk estet tatkala kisah “Big Foot” atau “Orang Mawas” yang heboh diperkatakan berkeliaran di kawasan Kota Tinggi oleh media tempatan pada tahun 2006. Hampir setiap hari aku berdoa agar “Big Foot” tersebut janganlah menghampiri kawasan kediaman kami kerana tempat yang didakwa terlihatnya kelibat “Big Foot” betul betul berada dalam kawasan laluan kami…Terbayang-bayang macam manalah rupa “Big Foot” tersebut. Ada yang mengatakan ianya adalah haiwan gergasi menyerupai monyet yang berbulu lebat dan sangat tinggi. Perlu ke aku sekeluarga menghentikan kereta sekiranya kami bertembung dengan “Big Foot”? Allah sahaja yang tahu betapa bimbangnya aku sekeluarga pada ketika ini..Perkhabaran “Big Foot” telah beralih ke kawasan hutan simpan lain benar-benar telah melegakan hati aku sekeluarga. Sehingga kini, apabila setiap kali tibanya aku sekeluarga di selekoh nak masuk ke estet, semua ahli keluargaku diam seribu bahasa dan hanya alunan ayat Al-Quran kedengaran dalam kereta kami. Mulut aku pula terkumat kamit membaca ayat Qursi sesekali diikuti suami dan anak-anakku….Syukur Alhamdulillah tiada satu kejadian yang tidak diingini berlaku kepada aku sekeluarga walaupun dalam laluan ke estet kilang sawit ni “MACAM-MACAM ADA”….He..he.. Terima kasih Allah kerana melindungi aku sekeluarga serta warga-warga kilang selama ini dan selamanya…Amin…

Sikit-sikit Lama-Lama Jadi Bukit

Beberapa tahun yang lalu, kedudukan kewanganku tidak berapa stabil. Mana taknya, semasa aku masih bekerja, aku hanya akan menyimpan dalam akaun sekiranya aku ada minimum RM50. Sekiranya kurang, aku tidak akan menyimpan. Bukan apa, aku berasa sngat malu berhadapan dengan pegawai-pegawai di bank atau pejabat pos sekiranya aku menyimpan dalam jumlah yang sedikit, katakanlah RM10. Disebabkan itu, aku tidak banyak berkesempatan menyimpan banyak kerana selalunya duit dalam tanganku selalu akan kurang dari RM50. Tabiat tersebut masih berterusan walaupun aku sudah berhenti bekerja mengikut suamiku tinggal di kilang kelapa sawit. Terus terang aku katakana, aku amat mencemburui suamiku, yang bagiku adalah seorang pelabur yang sangat bijak. Hingga kini, beliau telah pun membeli beberapa buah rumah dan melabur dalam beberapa unit saham amanah serta membeli saham. Sememangnya suamiku seorang yang sangat suka membaca. Beliau banyak menimba ilmu kewangan dari pakar kewangan seperti Wong Boon Choy, salah seorang penulis buku “Financial Freedom”. Beliau menasihatkan agar aku mula membaca buku-buku kewangan pada masa lapangku. Dari banyak-banyak buku yang aku baca, buku tulisan Dr. Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Libenar-benar memberi kesan kepadaku. Tanpa melengahkan masa, aku terus mempraktikkan salah satu ilmu yang aku dapat dari Chef Li, iaitu “Biar kecil Asalkan Berhasil”. Allah saja yang tahu betapa aku menggigil dan menggelabah bila aku ingin masukkan RM10 dalam unit saham amanahku. Bermacam-macam benda yang bermain dalam fikiranku ini. AKu takut ditertawakan dan dipandang rendah oleh pegawai di pejabat pos. tetapi pandanganku meleset sama sekali kerana mereka tidak sedikitpun menggelakkan aku sama sekali malah bertanyakan samada aku sihat atau tidak apabila melihat mukaku yang pucat lesi. Aku pun menerangkan kepada mereka mengenai perasaan Maluku kepada mereka. Dengan tenang, pegawai di pejabat pos tersebut menjelaskan bahawa tiada apa yang perlu dimalukan. Pegawai tersebut memberitahuku bahawa terdapat seorang lelaki yang setiap bulan akan memasukkan RM5 ke dalam akaunnya sejak usia mudanya sehingga sekarang. Mendengarkan itu, hatiku berasa sangat lega dan tenang. Alhamdulillah hingga kini, aku masih lagi meneruskan tabiatku setiap bulan menyimpan dalam jumlah yang sedikit. Bak kata pepatah orang putih "It is not how much you earn that matters but how much you SAVE that matters". Syukur Alhamdulillah, kedudukan kewanganku semakin stabil. Aku bersyukur kerana telah menyedari kepentingan menyimpan walaupun sedikit. Melihatkan keadaan kewanganku yang semakin stabil, aku berbincang dengan suami untuk berkongsi ilmu perancangan kewangan peribadi yang aku perolehi ini dengan isteri-isteri staf dan pekerja di kilang sawit suamiku bekerja. Apa yang memeranjatkan aku adalah mereka turut sama juga mempunyai perasaan malu sepertiku sekiranya mereka ingin menyimpan dalam jumlah yang sedikit. Jadi, aku pun memulakan program “menabung sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit” dengan menolong mereka menyimpan sekurang-kurangnya RM5 sebulan dalam akaun amanah saham mereka. Setiap bulan aku akan ke Bandar dengan membawa buku bersama-sama wang RM5 mereka untuk disimpan. Akhir kata, aku berasa sangat terharu dan berbangga melihat kedudukan kewangan isteri-isteri staf dan pekerja semakin bertambah hasil daripada menabung sedikit-demi sedikit!. Semoga wang yang dikumpul serba sedikit tersebut dapat membantu mereka di saat mereka memerlukan. Bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”!

Testimoni Vitamin C dari Nor Hazwana

Alhamdulillah, Nor Hazwana adik bongsu aku ni dah makin sembuh selsema dia sejak amalkan vit c shaklee ni...Dari kecik hingus dia x habis habis meleleh n asyik sok sek sok sek cam aku...Syukur alhamdulilah..

Saturday 1 September 2012

Testimoni B Compleks Oniey dari Kuantan Pahang

Alhamdulillah..Ini ada lagi satu testimonial dari Oniey..Percubaan mengambil B Compleks selama sebulan terus buatkan Onie jatuh cinta dengan produk Shaklee..Syukur alhamdulillah..Bukan B Compleks aje, sekarang dia dah borong ngan aku Vitamin C, Vitamin E..bila nak habis stok aje, mula dia menggelabah "Kak Siti, stok Oni dah nak habis ni, nanti pos ye"..He he..itulah ayat yg selalu aku dapat dari customer2 aku...Memang betul..beza rasa bila makan supplement Shaklee dan tak makan supplement Shaklee terutamanya B Compleks yg banyak membantu aku cope dengan sebarang stress...Alhamdulillah, Tq Allah..

Testimoni Lecithin dari Lin (Lia Na) dan Reen (Nuay Surenz) dari Kilang Sawit Keresa, Bintulu

Syukur alhamdulillah Lecithin makin meletup..Bulan Ogos lepas, aku terima order 23 botol lecithin! ramai yg dah nampak keberkesanan Lecithin ni..Ari ni aje aku terima order 6 botol lecithin lagi...Tq Allah for all the money that I have received throughout my entire life..Jom kita tengok testimoni dari my close friend Lin dan staff aku Reen  yg duduk kat Kilang Sawit Keresa Mill, Bintulu...

Testimoni Lecithin, Vitamin C, Vitamin E, GLA dan B Compleks Lela from Kilang Sawit Palong Cocoa, Segamat

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t. Aku sangat sangat gembira dengan perkembangan terbaru my BFF, Lela. Lela yang dulunya berisi sangat2 dan selalu kepenatan kini tidak lagi mengeluh kepenatan malah sentiasa bertenaga dan kini semakin slim dan glowing berkat pengambilan supplement Shaklee. Memang menjadi kelaziman aku untuk berkongsi apa yang baik dengan semua orang terutamanya yang rapat dengan akulah. Selepas aku merasa perubahan makan B Compleks Shaklee (refer to my post entry "The Big B and Me", aku terus memberi 15 biji B Compleks kepada Lela sebagai percubaan. Yelah, kalau aku bagi banyak-banyak nanti takut tak serasi pulak dengan Lela. Alhamdulillah tak payah tunggu hari ke 15, tapi hari pertama saja Lela dah rasa kehebatan B Compleks Shaklee..Kalau dulu, nak masuk maghrib aje, Lela mula rasa mengantuk dan kepenatan, tapi sejak mengambil B Compleks, Lela rasa sangat bertenaga dari bangun subuh sampai malam...Selepas itu, terus Lela order 1 botol B Compleks dengan aku. Dari B Compleks, Lela meneruskan pengambilan Vitamin C Shaklee, Vitamin E with Selenium Shaklee, GLA Shaklee dan kini Lecithin. Jom tengok Lela sekarang... Tq Allah for everything.