Wednesday, 19 September 2012
Kenapa Aku Suka Vitamin C Shaklee?
Aku memang dah biasa dengan Hutchem! Hutchem! Sok Sek! Sok Sek! Lepas dah kedengaran sume tu, mulalah air hidungku mengalir-ngalir..memang sgt menyeksakan...Hu! Hu! Sejak kecil lagi aku memang selalu kalah dengan cuaca sejuk mahupun habuk..Air Cond jangan cakaplah..Sampai dah berkahwin pun, aku selalu tarik comforter bila setiap kali suami aku bukak air cond. Selalu bila suami aku dah tidur, aku akan cepat cepat tutup air cond. Tapi alhamdulillah sejak aku mengamalkan Vitamin C Shaklee, susah aku nak kena selselma malah sekarang ni tidur dalam air cond pun dah ok. Tq Allah. Jom baca mengenai Vitamin C Shaklee.
Secara umumnya, vitamin C adalah antara vitamin yang paling kerap diambil oleh mereka yang perihatin dengan kesihatan. Vitamin C adalah vitamin yang larut air dan tidak disimpan di dalam badan. Oleh itu, adalah penting untuk kita untuk mengambil vitamin C setiap hari. Selain itu, buah-buahan serta sayur-sayuran pada masa kini adalah tidak natural ditambah lagi dengan penggunaan sisa-sisa racun “pesticide” yang sekaligus mengurangkan kandungan vitamin C di dalam buah-buhan dan sayur-sayuran tersebut.
Jom ketahui lebih lanjut kebaikan dan khasiat vitamin C…
1) Vitamin C melindungi tubuh badan dari jangkitan selesema serta meningkatkan sistem imun.
2) Vitamin C mengelakkan dan merawat penyakit ‘scurvy”. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C.
3) Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen. Jadi, vitamin C adalah anti penuaan.
4) Vitamin C melegakan “tension” dan “stress” kerana ia menggalakkan pengeluaran hormone antistress. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah.
5) Vitamin C berupaya mengelakkan keracunan. Vitamin C mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah.
Kenapa anda perlu memilih Vitamin C Shaklee?
Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya di mana ia menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama 5 jam.
Cara penggunaan: Ambil 1 biji sehari selepas makan. Sekiranya anda mengalami selsema atau demam, anda boleh mengambil dua biji sehari iaitu sebiji pagi dan sebiji malam. Selain tu, patahkan vitamin c itu kepada dua agar vitamin c itu merembeskan kesemua vitamin c..
Untuk anak-anak bolehlah mencuba Chewable Vita-C Shaklee…Ambil 1 biji sehari ye selepas makan. Dan kalau tengah selsema, boleh ambil 2 biji. Sebiji pagi dan sebiji malam serta dipatahkan seperti keterangan di atas…
Labels:
MY SHAKLEE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment