Thursday, 6 September 2012
Macam-Macam Ada
Bedebush! Bedebush! Bedebush! Bunyi bedilan tembakan bertalu-talu mengejutkan aku terkejut dari tidurku yang lena. Dengan pantas, aku mengejutkan suamiku “ Abang, abang bangun! Umi rasa ada musuh nak serang kawasan kilang kita ni”.. Bunyi bedilan bertalu-talu kedengaran di kawasan perumahan rumahku. Pada ketika ini, suamiku bertugas di kilang sawit di Kota Tinggi. Bunyi tersebut sekaligus memecahkan kesunyian pada malam itu. Bukan main terkejut aku mendengarkan bedilan meriam tersebut. Yang aku peliknya suami aku relaks aje dengan situasi yang mencemaskan tersebut. Suamiku menjelaskan “Umi, ni bukan ada serangan pengganas atau musuh nak menyerang tapi gajah nak menyerang estet kita adalah”. Masyaallah! Rupa-rupanya jaga yang berkawal di bahagian pos melancarkam bedilan meriam bertalu-talu untuk menghalau gajar-gajah liar tersebut dan memastikan gajah-gajah tersebut tidak akan memusnahkan tanaman pokok kelapa sawit dan juga mengancam keselamatan penduduk kilang dan estet kelapa sawit kami.
Aku rasa kemungkinan gajah-gajah ini keluar menyerang tanaman kelapa sawit kerana habitatnya terancam dek kerana pembangunan yang semakin giat dibangunkan. Lepas kejadian bedialan meriam malam tu, dalam perjalanan keluar ke bandar, aku sekeluarga dapat melihat najis gajah bertaburan merata-rata. Nak dekat dua minggu juga kami mencuba sedaya upaya kami untuk mengusir kawanan gajah tersebut dengan bedilan meriam. Syukur alhamdulillah, setelah dua minggu, aku tidak lagi mendengar bedilan meriam tersebut dan suamiku mengatakan bahawa kawanan gajah tersebut telah beralih ke kawasan lain. Barulah aku dapat merasakan betapa sukarnya menghadapi masalah ancaman gajah liar ini…
Selain gajah, bermacam-macam peristiwa juga yang telah kami berdepan. Antaranya ialah berhadapan dengan sekumpulan babi hutan liar yang cuba menyeberang jalan. Kami memberhentikan kereta kami sambil melihat kumpulan babi liar tersebut berlalu. Betullah orang kata babi liar ni jalan semberono dan laju saja ke depan. Tu yang ada yang boleh mati kalau disondol babi liar. Selain itu, aku sekeluarga juga pernah bertembung dengan ular sawa yang sangat panjang. Nasib baiklah suami aku sempat brek.Kalau tidak, tak tahulah apa nak jadi pada aku sekeluarga kerana ular tersebut sangat besar. Teringatkan kata-kata orang tua-tua, kalau kita melihat sebarang binatang melintas di hadapan kita, kita hendaklah memberhentikan kereta bagi memberi laluan kepada makhluk Allah tersebut. Selain itu, naik cuak juga aku sekeluarga setiap kali nak masuk ke dalam kawasan estet yang sejauh 17km tu sebab ada yang pernah bertembung dengan makhluk berambut panjang yang berterbangan…Kalau makhluk berambut panjang aku tak pernah bertembung tapi kalau makhluk berambut pendek yang terbaring di tengah-tengah laluan kami ada bertembung..Namun, suami aku tidak langsung memberhentikan kereta kerana makhlukyang satu ini ada niat yang tidak baik kepada sesiapa yang memberikan pertolongan kepada mereka. Itulah sebabnya abah dan arwah mak selalu memberi pesan kepada aku sekeluarga agar selalu memeriksa keadaan kereta serta menghantar kereta pergi servis setiap kali tiba waktunya bagi menghindari kereta aku rosak di tengah-tengah hutan belantara ini apatah lagi di waktu tengah malam..Terima kasih abah dan arwah mak..Akak akan selalu ingat pesanan arwah mak dan abah!
Di samping itu juga, aku sekeluarga turut dilanda kebimbangan setiap kali mahu keluar masuk estet tatkala kisah “Big Foot” atau “Orang Mawas” yang heboh diperkatakan berkeliaran di kawasan Kota Tinggi oleh media tempatan pada tahun 2006. Hampir setiap hari aku berdoa agar “Big Foot” tersebut janganlah menghampiri kawasan kediaman kami kerana tempat yang didakwa terlihatnya kelibat “Big Foot” betul betul berada dalam kawasan laluan kami…Terbayang-bayang macam manalah rupa “Big Foot” tersebut. Ada yang mengatakan ianya adalah haiwan gergasi menyerupai monyet yang berbulu lebat dan sangat tinggi. Perlu ke aku sekeluarga menghentikan kereta sekiranya kami bertembung dengan “Big Foot”? Allah sahaja yang tahu betapa bimbangnya aku sekeluarga pada ketika ini..Perkhabaran “Big Foot” telah beralih ke kawasan hutan simpan lain benar-benar telah melegakan hati aku sekeluarga.
Sehingga kini, apabila setiap kali tibanya aku sekeluarga di selekoh nak masuk ke estet, semua ahli keluargaku diam seribu bahasa dan hanya alunan ayat Al-Quran kedengaran dalam kereta kami. Mulut aku pula terkumat kamit membaca ayat Qursi sesekali diikuti suami dan anak-anakku….Syukur Alhamdulillah tiada satu kejadian yang tidak diingini berlaku kepada aku sekeluarga walaupun dalam laluan ke estet kilang sawit ni “MACAM-MACAM ADA”….He..he.. Terima kasih Allah kerana melindungi aku sekeluarga serta warga-warga kilang selama ini dan selamanya…Amin…
Labels:
MY LIFE JOURNEY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mencabar betul kan kak tp pengalaman bernilai nie sbb tak semua org lalui keadaan nie semua. Bunyik macam kat Pasir Panjang jer..he2..
ReplyDeleteAh AH my dear..jln nak ke pasir panjang n tunjuk lautkan gini..hooorooooorrrr..he he....betul kata lin x semua org lalui pengalaman bernilai nie..hidup ini hanya sekali..let's "LIVE OUR BEST LIFE"..yeay yeay...
ReplyDelete