Thursday 10 October 2013

TESTIMONI MINYAK IKAN SHAKLEE OMEGA GUARD OLEH KAK PAH SEDENAK

Alhamdulillah n TQ Allah. Terharu baca testimoni terbaru mengenai minyak ikan Omega Guard Shaklee oleh salah seorang sahabatku Kak Pah Sedenak. SO, jangan tunggu lama lagi untuk mencuba minyak ikan Shaklee ini yang terbukti keberkesanannya.


Wednesday 9 October 2013

YUM YUM YUM! IKAN TONGKOL GULAI STAIL KELANTAN TABIK SPRING!

Syukur alhamdulillah..hajat di hati nak masak nasi berlauk yang tertangguh sekian lama terlaksana juga malam tadi...Memang suami aku suka sangat dengan nasi berlauk tapi mesti stail Kelatelah..He..he...Lepas tu kalau ikan tongkol mesti yang isi putih..kalau yang isi hitam tu, keras katanya. So lps aje beli sekor ikan tongkol dari pasar, terus aku bersihkan dan rebuskan ikan tongkol tu dalam air yang berisi asam keping (bnyk gak aku bubuh sb nak kasi masam) dan juga garam. Seterusnya aku pun masaklah ikan tongkol gulai stail Kelantan. Kak As pembantuku bagi idea plak servekan nasi berlauk ni atas banana leaf. Dalam hati moga menjadilah resepi kali ni sb dah lama tak masak. Tup tup malam tadi suami aku makan bertambah. Umi! kali ni umi masak gulai ikan tongkol ni abang tabik spring! yeay yeay yeay..syukur alhamdulillah..bila suami aku kata tabik spring tu memang sedaplah..jom tgk resepinya n selamat mencuba!



Bahan bahan:
Seekor ikan tongkol dipotong kepada beberapa kepingan (direbus dg garam dan asam keping)
4 sudu besar cili kering blender
6 ulas bawang merah
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
Garam dan gula
Timun dan Cili hijau (jika suka)

Bahan bahan:
  1. Seekor ikan tongkol dipotong kepada beberapa kepingan (direbus dg garam dan asam keping)
    4 sudu besar cili kering blender
    6 ulas bawang merah
    4 hiris lengkuas
    1 inci kunyit hidup
    1 keping asam keping
    Garam dan gula
    Timun dan Cili hijau (jika suka)

    1.            Ikan direbus dengan asam keping dan garam terlebih dahulu.
    2.            Kemudian, blendkan bawang merah, lengkuas, kunyit hidup.
    3.            Kesemua bahan yang diblend  termasuk cili kering  ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak.
    4.            Perlu dikacau selalu.
    5.            Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak.
    6.            Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris dan juga cili hijau (aku masukkan cili hijau macam gitu aje)..Tara! dah masak n yum yum yum..  

6.            






Tuesday 8 October 2013

SEDAPLAH SOTONG MASAK BUTTER UMI!

Alhamdulillah minggu lepas aku ada terjumpa satu respi sotong yang sangat sedap. Bukan apa klu tak sebelum ni sotong mesti aku buat samada masak sambal, digoreng ataupun dicampur sedikit ke dalam sayur untuk dijadikan rencah. Aku tanya pada maid aku "Ka As, selalu Kak As sotong masak apa ye? ". Kak As membalas "Saya biasa buat kari atau sambal". Itu ajelah resepi saya..Aduh aduh..Tp sebab aku sentiasa pasang niat "To live my best life" so aku pun google2lah..Tup tup..Kuar satu resepi dari Azie Kitchen. Ha! Punyalah sedap bila aku cuba resepi ni. Dlm resepi asal ada cili besar tp aku x bubuh..Hu hu..Sampai anak kedua ku Haziq balik dari sekolah agama bertanya "Umi masak apa ye lunch tadi? Sedap sangat!"..Alhamdulillah, memang berbaloi mencuba resepi Kak Zie ni. Selamat mencuba!


4 keping sotong yang sederhana besar- potong kecil
2 sb butter
1 chili padi – cincang (bubuh 1 aje sb takut anak makan pedas nanti)
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese
Setengah tin susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam
Garam
Serbuk lada hitam

Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Cara cara:
Perap sotong dengan bahan perap selama 1 jam. Masak sotong sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan sotong tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada sotong akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

YUM YUM YUM!