Tuesday 28 August 2012

The Marvellous Vitamin E with Selenium


Alhamdulillah, aku bersyukur sekali lagi kepada Allah s.w.t. kerana menemukan aku dengan this Vitamin e with Selenium Shaklee. Marvellous is all that I can say especially point no 2 di bawah..Sebelum ni, mcm2 produk tuk point no 2 tu kat pasaran. sebut ajelah, insyaallah aku akan cuba..tp lps dah makan Vitamin E with Selenium Shaklee ni, aku dah jatuh cinta terus dengannya..Siapa yang dah cuba pasti akan rasa apa yang aku dan suami aku rasa..He he...







Bila sebut saja pasal parut, pasti kita teringat tentang vitamin E. Namun, vitamin E mengandungi pelbagai khasiat seperti berikut:
1)      Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.
2)      Bagi wanita yang mengalami masalah kedinginan selepas melahirkan anak, vitamin E membantu dengan menstabilkan hormon. Juga dikenali sebagai “vitamin seks” atau “vitamin malam Jumaat. (kena cuba dulu baru tahu)
3)      Vitamin e mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.
4)      Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan aerola iaitu kawasan putting susu akan menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Namun, pengambilan vitamin e secara berterusan amat membantu mencerahkan kawasan aerola tersebut.
5)      Vitamin E merupakan antioksida yang penting untuk membantu pencegahan kanser dan penyakit kardivaskular.
6)      Vitamin E mengelakkan “blood clotting” atau pembekuan darah dan mempercepatkan penyembuhan luka dan parut.
7)      Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancer dan seterusnya membaikpulih tisu. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.
8)      Vitamin E mampu menambahkan kesuburan pada wanita mahupun lelaki.
9)      Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual. 

Kenapa anda perlu memilih Vitamin E  Shaklee?
Vitamin E Shaklee mengandungi keperluan lengkap tubuh badan iaitu 400 iu dan beserta selenium, sejenis antioksidan. Kombinasi vitamin E dan selenium apabila digabungkan memberikan kesan antioksidan yang lebih baik.

Cara penggunaan: Ambil 1 biji sehari selepas makan.
(sila ambil vit e dan GLA Complex Shaklee secara berasingan – contoh GLA pagi dan vitamin e malam- kerana di dalam GLA terdapat juga vitamin e tetapi dalam kandungan yang sedikit). Boleh juga mengambil GLA complex dan Vitamin E secara berselang seli setiap hari- contoh hari Isnin ambil GLA Complex, hari Selasa ambil vitamin e, Hari Rabu ambil GLA dan seteruanya..)

Wednesday 15 August 2012

THE KEY TO LIVING THE LAW OF ATTRACTION BY JACK CANFIELD

Alhamdulillah and Tq Ya Allah, is all I can say.  Aku tak pasti sama ada ramai yang tahu pasal “Law of Attraction” ni..I first came across about this Law of Attraction” concept when I watched Oprah Winfrey menemuramah Rhonda Byrne, penulis buku “The Secret”. Masa ni aku duduk kat Papua New Guinea. Aku terus jatuh cinta pandang pertama on this “Law of Attraction” concept. If you are into the law of attraction and looking for a quick and easy read book,



 

 I would recommend buku by Jack Canfield yang bertajuk “THE KEY TO LIVING THE LAW OF ATTRACTION: THE SECRET TO CREATING THE LIFE OF YOUR DREAMS”. This is REALLY your book. Pada pendapat aku, buku, buku ni holds everything you need to know dan you need to get started NOW. Envision the future you desire. Create the life of your dreams (page 4) Aku suka cara Jack Canfield menerangkan betapa pentingnya kita semua “FOCUS ON THE POSITIVE”. Focus only on what it is that you do want!. Instead of thinking “I don’t want to be late,” think ‘I want to be on time”, Say positive words like "I am brave", "I am energetic", "I am caring", "I am happy" dan lain-lain lagi. "LIKE ATTRACT LIKE". You are what you think you are. Buku Jack Canfiled ni will help us to find our life purpose, because “when you are living your life “on purpose” you will find greater fulfillment and joy in all that you do” (page 49).

Sebelum aku dapat mencari life purpose aku, aku devotekan masa aku untuk jawab beberapa soalan Jack Canfiled. Soalan soalan yang perlu aku jawab adalah seperti berikut:
1. Start by making list of all the times you can remember in your life that have made you feel the most truly alive and joyful.
2. What are my natural gifts?
3. What are my skills and talents?
4. What do I love to do?
5. When do I feel most alive?
6. What am I passionate about?
7. What brings me the greatest joy in my life?
 8. When do I feel the best about myself?
9. What are my personal strengths and characteristics?
10. What have others always said that I am really good at?
 11. How do I most enjoy interacting with other people?
 12. What would I change in the world if I could?

Ha..Ni dia soalan2 yg dah aku jawab..









 

 Lepas aku dah jawab sume sume soalan tu, Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah kerana menemukan aku dengan my life purpose. Masa tu aku tulis “To inspire other people to live their best life”, “To inculcate healthy food and supplement into my family and other people and lastly “To inspire women especially about life in palm oil mill”..

 Melalui buku ini juga aku telah start create 101 goals or dreams that represent what I want to be, do, have, and achieve in all areas in my life. Alhamdulillah bit by bit most of my goals have came through and is coming through. Tq Allah…Antara goals2 aku yang dah tercapai are to write in magazine (article aku dah publish dlm personal money magazine, mingguan wanita n majalah nur), to plant fruit and veges at home (Alhamdulillah aku dah tanam beberapa jenis sayur2an kat belakang umah aku), to write in newspaper (harian metro publish citer cikgu 20 sen aku), to give talk to parent (aku dah bnyk bagi ceramah pd warga kilang di setiap kilang sawit suami kau terajui), to be frozen food dealer to help mak mertua (skg aku delaer frozen food kecil2an kat Bintulu ni), to have business cards (tak sangka aku dah buat business card SHAKLEE!), to eat organic food (alhamdulillah aku dipertemukan dengan Mentin Si Ratu Ulam dan Jacinta jiran organikku), to have own website (Alhamdulillah aku buat BLOG! Syukur sgt2), to own my own house (tak sangka suami bagi kejutan belikan rumah untuk aku di Bintulu ni), to be like Jack Canfiled (rasanya aku sedang menghala ke arah itu) dan panjang lagi goals aku yang dah tercapai, sedang mencapai dan belum tercapai..

JUST WRITE YOUR DREAMS and BELIEVE IN IT! Create positive and goal affirmations to read daily because “your subconscious mind cannot tell the difference between a real experience and a vividly imagined experience” (page 117). Aku selalu cakap “Iam grateful for my perfect health’, “I am happy watching my children laugh and love each other”, “I am happily step into my dream house”, “I am thrilled to see cheque coming in for my SHAKLEE business” and other positive affirmations. Seperti yang diajar Jack Canfield, kita perlu create our own "VISION BOARD". Carilah gambar2 yang kita tangkap, gambar dari majalah, gambar dari internet untuk attract apa yang kita nak dalam hidup kita. So, contoh kalau sesiapa ada dream nak kete brand apa, so tampal gambar kete tu kat vision board dan BAYANGKAN SETIAP HARI SEOLAH OLAH ANDA SEDANG MENAIKI KETE TERSEBUT. Ini yang Jack Canfield kata the power of "VISUALISATION". "Formulate and stamp indelibly on your mind a mental picture of yourelf as succeeding. Hold this picture tenaciously. Never permit it to fade.You mind will seek to develop the picture." (page 122)

.Macam Jack Canfield dalam filem "The Secret", dia kata dia tulis USD100,000 kat duit kertas dan dia tampal kat atas katil dia. So setiap hari, dia akan tengok dan visualise seolah-olah dia dah dapat duit tu..Aku rasa itu yang Irfan Khairy buat. Dia tulis cheque pada diri dia sendiri sebanyak rm1 juta and alhamdulillah he is now a millionaire. The most important thing to remember is “being truly grateful for what is already present in your life will automatically and effortlessly attract more good into your life” (page 137). I am experiencing it right now…”

What I encourage you to do is TAKE A MOMENT and think of what truly makes you happy, gives you that passion that if you could you would do it every day, and ask yourself what is holding me back? If you dream it, you can do it! Tq Allah for everything…

Tuesday 14 August 2012

COACH CARTER

Alhamdulillah and Tq Allah. Pagi ni aku nak share another inspirational speech from one of my favorite movies, COACH CARTER. Dah berkali kali aku sekeluarga tengok. This is a TRUE STORY about a coach who cared and dared to make a difference in the lives of kids that had little or no future. What he did for those students was incomparable, as he basically gave them a chance for a better life. This movie shows you that you can do anything if you believe in yourself. Moga aku dan suami akan terus CARED and DARED to make a difference in the lives of SETIAP warga kilang sawit yg kami pergi. Aku dah tak terkira berapa banyak kilang sawit yang suami aku dah terajui. Sesungguhnya perpindahan aku sekeluarga ke Semenanjung by this October juga merupakan "calling" from Allah. Aku sentiasa percaya Allah mahukan kami sekeluarga menolong dan menganjakkan paradigma warga kilang lain pula. Happy listening and let's get INSPIRED to the speech... "Our deepest fear is not that we are inadequate. Our deepest fear is that we are powerful beyond measure. It is our light, not our darkness, that most frightens us. Your playing small does not serve the world. There is nothing enlightened about shrinking so that other people won’t feel insecure around you. We are all meant to shine as children do. It’s not just in some of us; it is in everyone. And as we let our own lights shine, we unconsciously give other people permission to do the same. As we are liberated from our own fear, our presence automatically liberates others."

Monday 13 August 2012

LOVEABLE LECITHIN SHAKLEE






Alhamdulillah semalam aku dapat order sebanyak 15 botol LECITHIN SHAKLEE...Bulan lepas stok yang meletup adalah B COMPLEKS SHAKLEE..Aku sampai kena order 34 botol B Compleks..Syukur, ramai nampak perubahan pada diriku..My BFF, Lela also nampak sangat perubahan padanyer lepas makan B Compleks..lela yang bertongkat (seperti dalam entry aku "Lela Lopes De Squera") kalu dulu termengah-mengah nak pergi sesuatu majlis namun lepas ambil B COMPLEKS SHAKLEE ni relaks aje n bertenaga sampai malam..berkat pengambilan Lecithin aku dah turun 2 kg, Lela dah turun 5 kg....Syukur alhamdulillah...So nak tahu apa itu LECITHIN SHAKLEE? Jom baca..Kalau berminat sila hubungi saya...Cuba dulu baru tahu..




Lecithin antara vitamin popular dikalangan mereka yang nak kurus. Ini adalah kerana salah satu fungsinya ialah membantu memecahkan lemak. Namun rasanya ramai yang tak tau bahawa sebenarnya fungsi Lecithin itu banyak...ia berfungsi lebih dari memecahkan lemak semata-mata....
Lecithin itu sendiri adalah lemak.. Lecithin dinamakan sebagai "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat dengan lemak. Dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah. Dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Lecithin boleh diperolehi melalui kuning telur dan soybeans. Sumber makanan yang mengandungi lecithin adalah seprti bijirin, ikan, “legumes”, “wheat germ” dan “brewers yeast.

Mari kita tengok apa lagi kelebihan-kelebihan lecithin yang lain:
  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain. Sebab itulah ia dapat membantu mencegah penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras.
  2. Lecithin bertindak mengemulsikan lemak (maksudnya ia membantu memecahkan lemak). Sebab itulah Lecithin disukai mereka yang nak kurus
  1. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan .Tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mudah mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar, bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc. Semuanya boleh menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan cara menambahkan pengambilan Lecithin adalah jalan yang terbaik.
  2. Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati.
  3. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya fungsi saraf akan menjadi kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
  4. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membaluti sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur Lecithin itu sendiri dapat melindungi sel dari teroksida.
  5. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, di mana ia penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease.
  6. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.
  7. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema.
  8. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi2 dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  9. Lecithin adalah zat utk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat & cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  10. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Ini kerana ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah gejala2 menopause.

Cara penggunaan: Ambil 2 biji sehari selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.

Sunday 12 August 2012

Resepi Canoli

Alhamdulillah dah masuk hari ke 23 dah kita berpuasa...Syukur anak-anak aku dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan tak ada yang tinggal puasa satu hari pun lagi. Tq Allah...Tq so much also pada adik iparku, Ataf yang sanggup datang menemani kami sekeluarga di sini. Pejam celik pejam celik dah 19 hari Ataf duduk di bumi Bintulu ni. Dapatlah Ataf atau paksu menemani aku dan anak2 berterawih di masjid apabila suamiku bekerja di kilang sawit nun jauh di sana... Mcm2 lauk pauk gak yang aku masak bersama Ataf tapi resepi yang aku nak kongsi dlm blog ni sangat menarik.Siapa pernah dengar Canoli? Ha...klu nak tahu Canoli ni berasal dari negara Italy..Masa tengok resepi ni kat internet, rasa cam susah aje tapi aku kata ngan Ataf, let's do it Ataf..sedap tak sedap atau tak jadi belakang kira, yang penting kita cuba..Yeay Yeay...Tak delah susah manapun and rasanya sangatlah SEDAPNYERRRRRR....Tq Ataf dearie! Klu nak tahu, kena cuba buat and rasa...confirm anak2 suka! Selamat mencuba!
Ha! Inilah rupa Canoli!

Cannoli Shells Recipe. 1) 440g tepung 2) ½ tsp garam 3) ½ tsp cinnamon 4) 85g shortening 5) 60g caster sugar 6) 20 tbsp air 7) 1 telur 8) 1 kuning telur (putih telur simpan untuk masa goreng nanti) Campurkan semua bahan sehingga semua menjadi sebati dan menjadi doh. Jangan terlebih menguli doh itu. Apabila semua bahan-bahan itu telah menjadi doh, balutkan ia dengan clear-wrap dan simpan dalam peti sejuk selama satu jam. Sementara itu, bolehlah membuat filling cannoli ini. Setelah satu jam, bahagikan doh itu kepada 4 bahagian. Mulakan dahulu dengan 1 bahagian, yang selebihnya simpan di dalam peti sejuk dahulu. Canai doh itu sehingga menjadi sgt nipis, tetapi jangan lah sampai boleh terkoyak doh itu. Potong doh itu menggunakan pisau atau bulatan besi(yg digunakan untuk membuat doh karipap). Lilitkan doh yg telah dipotong tadi ke atas tiub-tiub besi ini, dan gorengkan dalam minyak yang panas.

Tq anak-anak Umi...Yelah...Umi tak ada anak pompuan so sume kena kerah tolong Umi..he..he..







Adunan yang dah dipotong tadi dibalut pada tiub besi..

Guna kan putih telur untuk gam kan penghujung doh itu. Setelah digoreng, sejukkan di atas tisu dan tarik keluar tibu besi itu (supaya boleh digunakan lagi utk doh yg selebihnya). Piping kan cannoli filling ke dalam cannoli shell ini. Taburkan sedikit icing sugar di atas canoli yang sudah siap dipiping. #tiub-tiub besi ini boleh dibeli di kedai bakery yang terkemuka #alternative kepada tiub-tiub besi ialah tiub-tiub kayu, yang mana tidak akan cair apabila dimasukkan ke dalam minyak yang panas. #jangan biarkan putih telur yg digunakan sbg gam itu, terkena pada tiub-tiub besi ini. Sebab nanti susah utk tarik tiub-tiub besi itu keluar. #best served panas-panas.
Mencabar gak masa nak keluarkan Canoli yang baru digoreng panas panas ni..hati-hati ye...
Tq Haikal for piping the filling for Umi...
Cannoli Filling Recipe. 1) 6 tbsp custard 2) 5 tbsp air panas 3) 215g caster sugar 4) 1 tin susu cair 5) 2 sudu besar vanilla essence Campurkan custard dan air panas di dalam kuali untuk melarutkannya. Non-stick pan selalunya digunakan supaya tiada kesan-kesan hangit pada custard ini nanti. Setelah custard dilarutkan, masukkan susu cair, caster sugar dan vanilla essence. Panaskan ia sehingga menjadi pekat (mcm gula ising yg atas cupcake tu) yang membolehkan kita memasukkan ia ke dalam piping bag untuk dimasukkan ke dalam cannoli. Setelah pekat, biarkan sejuk seketika dan masukkan ke dalam piping bag dan masukkan ke dalam cannoli shell itu.

Tuesday 7 August 2012

Rocky Balboa's Inspiring Speech to His Son

I am very inspired with this video on how Rocky Balboa inspired his son..For me, this is one of the best movie speeches I had ever watched over n over n over..It is like "Awaken The Giant Within". He..He..We’ve all been hit hard by life, but look at ALL the hikmah behind all the pain.. We should RISE UP and MOVED FORWARD. "Let me tell you something you already know. The world ain't all sunshine and rainbows. It is a very mean and nasty place and it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit as hard as life. But it ain't how hard you hit; it's about how hard you can get hit, ...and keep moving forward. How much you can take, and keep moving forward. That's how winning is done. Now, if you know what you're worth, then go out and get what you're worth. But you gotta be willing to take the hit, and not pointing fingers saying you ain't where you are because of him, or her, or anybody. Cowards do that and that ain't you. You're better than that!"

Monday 6 August 2012

Meredah Hutan bersama Kak Efa


APABILA bos suamiku, Haji Izhar memberitahu yang kami sekeluarga akan berpindah ke kilang sawit di Kota Tinggi, aku berasa agak gementar. Bisik-bisik dari kawan-kawan menyatakan tempat itu agak jauh dari bandar dan jalannya yang berbengkang-bengkok, bertanah merah serta dipenuhi hutan tebal sana-sini. Seram juga aku dibuatnya. Mujurlah ada Kak Efa di sana. Suami Kak Efa, Zainal, merupakan pengurus kilang sawit berdekatan dengan kilang sawit suamiku. Kebetulan kedua-dua kilang sawit ini adalah di bawah satu syarikat yang sama. Sesekali untuk menghilangkan bosanku, aku akan memandu ke rumah Kak Efa dan kami saling berkongsi pengalaman masing-masing terutamanya Kak Efa yang sudah pakar dalam mempengerusikan persatuan wanita di kilang sawitnya.
 Aku banyak bertanya kepada Kak Efa cara-cara untuk menjadi pengerusi serta aktiviti-aktiviti yang boleh aku buat untuk persatuan wanita di kilang sawitku pula. Selain Kak Efa, aku juga turut selalu meminta pandangan dari Kak Siti Che Din. Aku memang respect habis dengan Kak Siti ni sebab walaupun anak-anaknya ramai berderet-deret, namun Kak Siti tetap menjalankan tugasnya dengan baik sebagai pengerusi persatuan wanita di kilang sawit suaminya bekerja. Mereka berdua ini aku anggap sebagai mentorku.
Pada suatu hari, isteri pengarah suamiku, Kak Pah mahu mengadakan pertemuan bersama semua isteri-isteri pengurus kilang sawit di bawah seliaan suaminya. Sebaik sahaja tahu akan perkara tersebut, aku terus menelefon Kak Efa dan bertanya “Kak Efa, macam mana ni, Kak Efa? Ti tak pernah memandu sendirian keluar dari sini ke bandar.”

“Bukan Ti saja, akak yang dah lama di kilang sawit ni pun tak pernah keluar sendiri tanpa Enal,” balas Kak Efa.
Suami aku pula mencabar aku agar berani keluar ke bandar. “Kalau tidak, sampai bila umi tak berani, lebih-lebih lagi bila ada kecemasan,” tempelak suamiku.
Semalaman juga aku memikirkan mengenai hutan serta jambatan besar yang perlu kuredah untuk sampai ke bandar. ‘Boleh ke aku redah hutan ni dengan Kak Efa?’ fikirku lagi.
Keesokan harinya, aku dan Kak Efa bersama anak-anak kami sepakat untuk memberanikan diri menyahut cabaran suamiku itu. Aku mengambil Kak Efa dan anak-anaknya di rumahnya. Sebelum memulakan perjalanan, aku meminta agar semua orang mengangkat tangan memohon doa. Selepas membaca selawat sebanyak tiga kali , surah al-Fatihah dan surah Ayatul Kursi, aku meneruskan doaku yang berbunyi;
“Ya Allah, Ya Tuhanku, aku memohon pada-Mu agar Kau selamatkanlah perjalananku, Kak Efa dan anak-anak kami, Haikal, Haziq, Era dan Eri, selamat sampai pergi dan kembali. Elakkanlah kami dari sifat lalai, lela, cuai dan mengantuk. Selamatkanlah kami dari sebarang gangguan. Peliharalah kenderaan kami dari sebarang kerosakan dan kemalangan di tengah-tengah hutan belantara ini. Kau selamatkanlah juga pemandu lain di atas jalan raya. Kau ikatkanlah hati dan jiwa kami agar saling sayang-menyayangi, ingat-mengingati dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Amin.”
Perjalanan yang biasanya mengambil masa satu jam telah mengambil masa dua jam setengah. Memang aku memandu dengan sangat perlahan dan mulutku sentiasa terkumat kamit membaca Bismillah setiap kali melalui selekoh. Huhuhu. Penat Kak Siti  dan anak-anaknya menunggu kami di rumah kakaknya di bandar.

Selesai pertemuan di bandar, kami pun balik semula ke kilang sawit kami tetapi bezanya kali ini, aku sudah mula berasa yakin. Syukur, alhamdulillah. Perjalanan kami pulang dilindungi oleh Allah SWT. Pengalaman meredah hutan bersama Kak Efa itu benar-benar telah mengubahku daripada seorang penakut kepada seorang yang berani. Hingga ke hari ini, aku bersyukur kerana sudah boleh memandu sendiri ke bandar untuk menguruskan pelbagai perkara tanpa perlu ditemani suamiku lagi.


Ha! cuba tengok jalan ni..Ni jalan nak menghala ke kilang sawit suami aku di Bintulu, Sarawak. 17km taw jalan macam ni! 


Alhamdullah berkat pengalaman meredah hutan bersama Kak Efa dulu, aku berjaya memandu sendiri dengan selamat bersama anak-anakku untuk masuk ke kilang suamiku. Memang arwah mak dan abah tak percaya apabila aku membawa mereka masuk ke sini. Bangga sungguh mereka dengan aku sekarang. Huhuhu. Thank you Allah SWT for all the courage that You gave to me!







Saturday 4 August 2012

Ketuk Ketuk Raya




Memang sudah menjadi kelaziman, setiap kali menjelang raya tidak kiralah Hari Raya Cina, Hari Raya Deepavali, Hari Gawai mahupun Hari Raya Aidilfitri, aku dan suami akan memulakan operasi ketuk-ketuk raya kami. Bukan Ketuk Ketuk Ramadhan Sheila Rusly tu ye.....Aku dan suami sentiasa berpegang kepada pepatah “Never forget to remember your roots”. Oleh yang demikian, aku dan suami sentiasa berusaha merapatkan jurang di antara pekerja dan majikan. Alhamdulillah jurang tersebut dapat dirapatkan melalui aktiviti-aktiviti yang kami lakukan seperti hari keluarga, hari sukan, majlis yassin, tiusyen  ibu-ibu dan anak-anak, wayang pacak, barbeku dan termasuklah ketuk ketuk raya ini.
            Aku masih ingat lagi tahun pertama semasa kami mula-mula membuat operasi ketuk-ketuk raya ini dalah ketika kami mengetuk pintu rumah pembantu rumah kami yang berbangsa India sempena Hari Raya Deepavali. Beliau begitu terkejut apabila melihat aku dan suami tiba-tiba terpacul di hadapan rumahnya. Masih terngiang-ngiang di telingaku akan jeritan Kak Puswari dek kerana terperanjat. “Ayoyo ayoyo, tuan dan puan datanglah ni jerit Kak Puswari kepada keluarganya. Jelas terbayang sinar kegembiraan di matanya kerana kesudianku dan suami masuk ke rumahnya yang tak seberapa itu. Air mata Kak Puswari bergenang-genang apabila kami mahu pulang...
            Walaubagaimanapun apabila tiba Hari Raya Aidilfitri, aku dan suami tidak dapat membuat lawatan mengejut kerana jumlah staf dan pekerja yang berbangsa Melayu agak ramai. Jadi, aku pun membuat jadual harian sepanjang Syawal. Dek kerana ghairah sangat untuk beraya, malam pertama aku bubuh 10 rumah untuk aku, suami dan anak-anak ketuk. Lawatan yang sepatutnya bermula pukul 8 malam dan berakhir pukul 10 malam berakhir pada pukul 1 pagi! Mana taknya, kesemua rumah yang kami lawati telah menyajikan kami dengan makanan berat-berat seperti nasi beriani, nasi hujan panas, nasi kerabu, ketupat, rending dan macam-macam lagi. Hampir nak pecah perut kami dibuatnya. Alhamdulillah! Bersyukur kami dengan rezeki yang dihidangkan Keesokan harinya pula, aku segera menukar kembali jadual kepada 5 buah rumah saja untuk dilawati. Suamiku berpesan kepada semua warga kilang bahawa kedatangan kami hanya untuk beramah mesra bagi mengenali mereka sekeluarga dengan lebih rapat. Namun, hampir setiap malam, kami dijamu dengan pelbagai juadah berat. Aku dan suami berasa sangat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh mereka. Memang dapurku tidak berasap langsung kerana aku dan suami sibuk dengan operasi ketuk-ketuk raya kami.
            Apa yang aku perhatikan ialah hubungan yang semakin mesra seperti keluarga di antara majikan, staf dan pekerja yang secara tak langsung menaikkan semangat mereka untuk bekerja keras bagi menaikkan kualiti minyak kilang. Kalau Hari Raya Deepavali, kami disajikan dengan maruku, Hari Raya Aidilfitri pula kami disajikan dengan rendang dan ketupat, Hari Gawai pula kami disajikan dengan pansoh ayam atau ikan, kari ayam, cili padi garing dan sebagainya. Aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana berpeluang merantau ke serata tempat dan berpeluang mempelajari pelbagai budaya, makanan dan perayaan. Aku berdoa kepada Allah agar sentiasa menjadikan aku dan suami sentiasa ingat akan asal usul kami ibarat resmi padi “semakin berisi, semakin menunduk”. Insyaallah…

Thursday 2 August 2012

Dont Break Down- Break Through!





Alhamdulillah, Tq Allah! My life is worth living again after reading this book. Buku ini sarat dengan pelbagai maklumat on how stress affects our brain and body and how to overcome the health problems with NUTRITIONAL support.  Buku ini is a MUST READ book.

Dr. Janet Maccaro book is written very well. Yang menarik perhatian aku ialah bagaimana Dr Janet menerangkan hubungan antara minda dan tubuh badan (the mind mody connection) serta bagaima PROLONGED stress can lead to lots of chronic illness such as anxiety, depression, panic attack, fatique, muscle tension, racing heart, dizziness and lots more. Dr Janet explained to us to go back and find where our emotional trauma began, perhaps as FAR back as our CHILHOOD. Before this as I mentioned in my “letter to Jessie Chung”, I thought that my post partum depression was due to stress emotionally and physically during the confinement period. However, only after reading this book, I totally understand what caused my post partum depression. Throughout my entire life, all of the following events happened to me:
1)      My emotional pain start bila aku terpaksa membuat keputusan untuk mengikut suamiku bekerja di kilang sawit. Pada ketika ini, hatiku sakit bagai ditoreh toreh dengan benda yang tajam dan terasa seakan-akan dibelah belah kerana memikirkan tentang pengorbanan arwah mak dan abah yang telah bertungkus lumus membesarkan aku serta menghantar aku belajar sehingga ke luar begara.
2)      Aku tidak sepenuh hati redha dengan keputusanku berhenti kerja menjadi surirumah sepenuh masa. Aku berasa sangat susah untuk menyatakan “aku seorang surirumah” setiapkali orang bertanyakan pekerjaanku.
3)      Semasa kandunganku berumur lapan bulan, aku mula risau melampau apabila suamiku membuat keputusan untuk bekerja di Papua New Guinea. Mana taknya, maklumat dalam internet ada mengatakan orang-orang di sana masih lagi mengalamalkan budaya makan orang. Aku risaukan keselamatan suamiku serta siapalah yang hendak menjaga makan minum suamiku yang jauh diperantauan sana.
4)      Setelah bersalin, kesemua anak-anakku selalu sakit disebabkan rindu pada ayah mereka. Kalau tak demam, selsemalah. Kalau tak selselma batuklah dan macam-macam lagi. Ditambah lagi dengan anak ketigaku menghidapi “prolonged jaundis” dan anak keduaku menghidapi kencing tak lawas. Jadi, aku berasa stress sebenarnya apabila melihatkan kesakitan anak-anakku. Hu..Hu..

Dr Janet menerangkan satu saja cara untuk “HEAL” iaitu dengan cara “LET IT OUT” and “LET IT GO”. Tiba-tiba ingatanku melayang kepada pertemuan dengan physiatrist ku. Patutlah dr tu tanya bermacam-macam soalan or should I say here that he wants to know my “ROOT CAUSES”…He..He..So, Dr Janet menegaskan we have to “ACKNOWLEDGE OUR PAIN” and “GIVE IT TO GOD”..Itulah yang aku buat. Aku acknowledged all my pain di atas and aku serahkan kepada Allah sepenuhnya. Alhamdulillah and I am so happy with my life right now. I have stopped worrying and start living. I want to help lots of people out there to live happily and healthy. Tq Allah for leading me the way!

Terus terang aku katakana bahawa aku sudah jatuh cinta dengan buku ini. Buku ini sangat enlightening that I found it difficult to put down. Dr Janet Maccaro herself “WALKED THROUGH IT”. She wrote in this book about her FIRST PANIC ATTACk and how she responded to it and what she did to make them cease from happening again. I am so inspired with her RECOVERY from various illness. She also suffered from Post Partum Depression herself. Not only that, she suffered lots of chronic illness seperti “chronic fatique syndrome”, “panic attack” dan lain lain lagi.

Through this book also, I had found the MISSING link to a TOTAL FULL RECOVERY. Ermm…guess what is the missing link?  Jeng Jeng jeng..rupa2nya aku perlu tambahkan diet aku dengan AMINO ACIDS! So, apart from supplementing myself with SHAKLEE vitamins such as B Compleks, Vitamin C, Vitamin E with Selenium, Omega Guard, GLA Compleks, Multivitamin,  I began supplementing myself with Amino Acids…Pastu lagi satu soalan yang timbul dalam kepala aku…Kat manalah pulak aku nak ambil amino acid ni…Alhamdulillah nasib baiklah SHAKLEE ada menyediakan supplement amino acid ni through its Energy Soy Protein… Selain tu, aku juga dah start ambil Bragg’s Liquid Amino Acid yang boleh dibeli di kedai-kedai menjual barang-barang organic ke dalam masakan aku….

I highly recommend buku ini to anyone seeking help and also struggling with any illness. Buat sesiapa di luar sana, janganlah berputus harapan. THERE IS A LIGHT AT THE END OF A TUNNEL!

Tq Allah for the gift of health that is keeping me alive…………………………………….

Wednesday 1 August 2012

Life is Like A Cup Of Coffee

Alhamdulillah..salah satu my 101 goals is to put motivational n inspirational you tube video dalam my blog..Syukur sangat-sangat kepada Allah sebab dapat share this one motivational video yang banyak membawa perubahan kepada aku. Terima kasih tak terhingga kepada suami tercinta aku kerana menghadiahkan aku this wonderful video..Happy viewing n moga terinspired cam aku...