APABILA
bos suamiku, Haji Izhar memberitahu yang kami sekeluarga akan berpindah ke kilang
sawit di Kota Tinggi, aku berasa agak gementar. Bisik-bisik dari kawan-kawan
menyatakan tempat itu agak jauh dari bandar dan jalannya yang berbengkang-bengkok,
bertanah merah serta dipenuhi hutan tebal sana-sini. Seram juga aku dibuatnya.
Mujurlah ada Kak Efa di sana. Suami Kak Efa, Zainal, merupakan pengurus kilang
sawit berdekatan dengan kilang sawit suamiku. Kebetulan kedua-dua kilang sawit
ini adalah di bawah satu syarikat yang sama. Sesekali untuk menghilangkan
bosanku, aku akan memandu ke rumah Kak Efa dan kami saling berkongsi pengalaman
masing-masing terutamanya Kak Efa yang sudah pakar dalam mempengerusikan
persatuan wanita di kilang sawitnya.
Pada suatu hari, isteri pengarah suamiku, Kak Pah mahu mengadakan pertemuan
bersama semua isteri-isteri pengurus kilang sawit di bawah seliaan suaminya.
Sebaik sahaja tahu akan perkara tersebut, aku terus menelefon Kak Efa dan
bertanya “Kak Efa, macam mana ni, Kak Efa? Ti tak pernah memandu sendirian
keluar dari sini ke bandar.”
“Bukan Ti saja, akak yang dah lama di kilang sawit ni pun tak pernah keluar
sendiri tanpa Enal,” balas Kak Efa.
Suami aku pula mencabar aku agar berani keluar ke bandar. “Kalau tidak,
sampai bila umi tak berani, lebih-lebih lagi bila ada kecemasan,” tempelak
suamiku.
Semalaman juga aku memikirkan mengenai hutan serta jambatan besar yang
perlu kuredah untuk sampai ke bandar. ‘Boleh ke aku redah hutan ni dengan Kak
Efa?’ fikirku lagi.
Keesokan harinya, aku dan Kak Efa bersama anak-anak kami sepakat untuk
memberanikan diri menyahut cabaran suamiku itu. Aku mengambil Kak Efa dan
anak-anaknya di rumahnya. Sebelum memulakan perjalanan, aku meminta agar semua
orang mengangkat tangan memohon doa. Selepas membaca selawat sebanyak tiga kali
, surah al-Fatihah dan surah Ayatul Kursi, aku meneruskan doaku yang berbunyi;
“Ya Allah, Ya Tuhanku, aku memohon pada-Mu agar Kau selamatkanlah
perjalananku, Kak Efa dan anak-anak kami, Haikal, Haziq, Era dan Eri, selamat
sampai pergi dan kembali. Elakkanlah kami dari sifat lalai, lela, cuai dan
mengantuk. Selamatkanlah kami dari sebarang gangguan. Peliharalah kenderaan
kami dari sebarang kerosakan dan kemalangan di tengah-tengah hutan belantara
ini. Kau selamatkanlah juga pemandu lain di atas jalan raya. Kau ikatkanlah
hati dan jiwa kami agar saling sayang-menyayangi, ingat-mengingati dan hormat-menghormati
antara satu sama lain. Amin.”
Perjalanan yang biasanya mengambil masa satu jam telah mengambil masa dua
jam setengah. Memang aku memandu dengan sangat perlahan dan mulutku sentiasa
terkumat kamit membaca Bismillah setiap kali melalui selekoh. Huhuhu. Penat Kak
Siti dan anak-anaknya menunggu kami di
rumah kakaknya di bandar.
Selesai pertemuan di bandar, kami pun balik semula ke kilang sawit kami
tetapi bezanya kali ini, aku sudah mula berasa yakin. Syukur, alhamdulillah. Perjalanan
kami pulang dilindungi oleh Allah SWT. Pengalaman meredah hutan bersama Kak Efa
itu benar-benar telah mengubahku daripada seorang penakut kepada seorang yang
berani. Hingga ke hari ini, aku bersyukur kerana sudah boleh memandu sendiri ke
bandar untuk menguruskan pelbagai perkara tanpa perlu ditemani suamiku lagi.
Ha! cuba tengok jalan ni..Ni jalan nak menghala ke kilang sawit suami aku di Bintulu, Sarawak. 17km taw jalan macam ni! |
Alhamdullah berkat pengalaman meredah hutan bersama Kak Efa dulu, aku
berjaya memandu sendiri dengan selamat bersama anak-anakku untuk masuk ke
kilang suamiku. Memang arwah mak dan abah tak percaya apabila aku membawa mereka
masuk ke sini. Bangga sungguh mereka dengan aku sekarang. Huhuhu. Thank you Allah SWT for all the courage that
You gave to me!
No comments:
Post a Comment