Thursday, 6 September 2012

Sikit-sikit Lama-Lama Jadi Bukit

Beberapa tahun yang lalu, kedudukan kewanganku tidak berapa stabil. Mana taknya, semasa aku masih bekerja, aku hanya akan menyimpan dalam akaun sekiranya aku ada minimum RM50. Sekiranya kurang, aku tidak akan menyimpan. Bukan apa, aku berasa sngat malu berhadapan dengan pegawai-pegawai di bank atau pejabat pos sekiranya aku menyimpan dalam jumlah yang sedikit, katakanlah RM10. Disebabkan itu, aku tidak banyak berkesempatan menyimpan banyak kerana selalunya duit dalam tanganku selalu akan kurang dari RM50. Tabiat tersebut masih berterusan walaupun aku sudah berhenti bekerja mengikut suamiku tinggal di kilang kelapa sawit. Terus terang aku katakana, aku amat mencemburui suamiku, yang bagiku adalah seorang pelabur yang sangat bijak. Hingga kini, beliau telah pun membeli beberapa buah rumah dan melabur dalam beberapa unit saham amanah serta membeli saham. Sememangnya suamiku seorang yang sangat suka membaca. Beliau banyak menimba ilmu kewangan dari pakar kewangan seperti Wong Boon Choy, salah seorang penulis buku “Financial Freedom”. Beliau menasihatkan agar aku mula membaca buku-buku kewangan pada masa lapangku. Dari banyak-banyak buku yang aku baca, buku tulisan Dr. Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Libenar-benar memberi kesan kepadaku. Tanpa melengahkan masa, aku terus mempraktikkan salah satu ilmu yang aku dapat dari Chef Li, iaitu “Biar kecil Asalkan Berhasil”. Allah saja yang tahu betapa aku menggigil dan menggelabah bila aku ingin masukkan RM10 dalam unit saham amanahku. Bermacam-macam benda yang bermain dalam fikiranku ini. AKu takut ditertawakan dan dipandang rendah oleh pegawai di pejabat pos. tetapi pandanganku meleset sama sekali kerana mereka tidak sedikitpun menggelakkan aku sama sekali malah bertanyakan samada aku sihat atau tidak apabila melihat mukaku yang pucat lesi. Aku pun menerangkan kepada mereka mengenai perasaan Maluku kepada mereka. Dengan tenang, pegawai di pejabat pos tersebut menjelaskan bahawa tiada apa yang perlu dimalukan. Pegawai tersebut memberitahuku bahawa terdapat seorang lelaki yang setiap bulan akan memasukkan RM5 ke dalam akaunnya sejak usia mudanya sehingga sekarang. Mendengarkan itu, hatiku berasa sangat lega dan tenang. Alhamdulillah hingga kini, aku masih lagi meneruskan tabiatku setiap bulan menyimpan dalam jumlah yang sedikit. Bak kata pepatah orang putih "It is not how much you earn that matters but how much you SAVE that matters". Syukur Alhamdulillah, kedudukan kewanganku semakin stabil. Aku bersyukur kerana telah menyedari kepentingan menyimpan walaupun sedikit. Melihatkan keadaan kewanganku yang semakin stabil, aku berbincang dengan suami untuk berkongsi ilmu perancangan kewangan peribadi yang aku perolehi ini dengan isteri-isteri staf dan pekerja di kilang sawit suamiku bekerja. Apa yang memeranjatkan aku adalah mereka turut sama juga mempunyai perasaan malu sepertiku sekiranya mereka ingin menyimpan dalam jumlah yang sedikit. Jadi, aku pun memulakan program “menabung sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit” dengan menolong mereka menyimpan sekurang-kurangnya RM5 sebulan dalam akaun amanah saham mereka. Setiap bulan aku akan ke Bandar dengan membawa buku bersama-sama wang RM5 mereka untuk disimpan. Akhir kata, aku berasa sangat terharu dan berbangga melihat kedudukan kewangan isteri-isteri staf dan pekerja semakin bertambah hasil daripada menabung sedikit-demi sedikit!. Semoga wang yang dikumpul serba sedikit tersebut dapat membantu mereka di saat mereka memerlukan. Bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”!

No comments:

Post a Comment