Tuesday, 26 June 2012

Epilog Sebuah Kehidupan

Berita mengenai arwah mak disahkan menghidap kanser usus pada Disember 2010 benar-benar mengejutkan aku sekeluarga terutamanya abah. Mana taknya, arwah mak tak pernah menunjukkan ada tanda-tanda kanser. Cuma yang aku perhatikan arwah mak kerap demam dan berat badan arwah mak semakin menurun. Doktor mengesahkan bahawa kanser usus arwah mak adalah kanser tahap empat serta perlu menjalani pembedahan dengan segera bagi mengelakkan kanser tersebut dari merebak ke tempat lain. Walaubagaimanapun, sedikit usus besar arwah mak terpaksa dipotong dan arwah mak terpaksa memakai “stoma bag” bagi pembuangan najis arwah mak. Ini bermakna arwah mak tidak dapat membuang air besar seperti sediakala tapi najis akan masuk ke dalam “stoma bag” tersebut.  Doktor pula mengatakan kemungkinan arwah ak terpaksa memakai “stoma bag” untuk seumur hidup.Dengan linangan airmata, arwah mak mengatakan "takpe kak, mak terima semuanya,  ni bahagian mak. Orang lain lagi teruk menderita".
Arwah mak sangat gigih berjuang walaupun terpaksa dibedah sebanyak tiga kali berturut-turut dari Disember 2010. Naik lembik aku tengok arwah mak tapi doktor terpaksa melakukannya sebab arwah mak ada komplikasi lain seperti nanah tak berhenti-henti keluar dari tempat pembedahan. Abah, aku, suamiku, anak-anakku serta adik-adik dan adik ipar tercintaku sentiasa meniupkan kata-kata semangat untuk arwah mak kuat semangat melalui ketiga-tiga pembedahan tersebut. Namun, pembedahan kali ketiga adalah pembedahan yang tak akan dapat kami sekeluarga lupakan kerana pada ketika inilah arwah mak “koma” selama 10 hari serta doktor mengatakan peluang arwah mak hidup 50-50. Hanya Allah yang mengetahui betapa sedihnya perasaan kami. Masih aku ingat lagi, selepas keluar dari wad ICU, aku, abah dan adik beradik aku berpelukan sambil menangis teresak-esak kerana kami seakan terkejut dan tidak bersedia dengan perkhabaran tersebut.
Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah dan berkat semangat mak yang kuat, arwah mak berjaya bangkit dari koma. Berkali-kali arwah mak keluar masuk hospital selepas itu dan aku sangat bersyukur kerana kami sekeluarga sanggup berkorban untuk menjaga arwah mak. Pada waktu siang adik-adik lelakiku serta abah akan menjaga arwah mak manakala adik-adik perempuanku pula akan bermalam bersama dengan arwah mak dihospital. Sememangnya Allah ingin menguji tahap kesabaran serta sejauh mana kasih sayang anak-anak arwah mak. Aku hanya mampu bertanya khabar dari kejauhan saja disebabkan anak-anakku bersekolah di Sarawak ini. Tetapi, yang paling menyentuh hatiku adalah pengorbanan abah. Tak semua suami yang sanggup melakukan sepertimana yang abah lakukan pada arwah mak. Abah, tanpa rasa geli membasuh “stoma bag” arwah mak yang dipenuhi najis dan bau busuk. Pada waktu tengah malam pula, abah akan datang semula ke hospital untuk melihat keadaan arwah mak dan memberi kata-kata semangat pada arwah mak. Abah kata arwah mak seakan mendapat kekuatan untuk menghadapi segala kesakitan apabila setiap kali abah datang melawat.

Alhamdulillah anak-anakku Haikal dan haziq turut bersama-sama membersihkan najis arwah nenek mereka..Terima kasih anak-anak umi..


Syukur selepas detik itu, arwah mak berpeluang menikmati lagi hari-hari mendatang dengan penuh keredhaan dan kesyukuran serta melalui kimoterapi sebanyak enam kali dengan penuh kesabaran. Aku tak pernah dengar arwah mak bersungut kerana terpaksa memakai “stoma bag” tersebut malah arwah mak kuat semangat ke sana ke mari bersama abah menghadiri kenduri kahwin, bercuti, membeli belah, melawat saudara sakit dan sebagainya sampai doktor yang membedah arwah mak yang kebetulan berada di Port Dickson, terkejut apabila melihat arwah mak mandi manda bersama cucu-cucunya di pantai Port Dickson.  Subhanallah! Macam tak percayakan..itulah arwah mak yang gigih dan tak kenal erti putus asa…



Kenangan arwah mak mandi manda bersama kami sekeluarga di Port Dickson..arwah mak masih kuat walaupun masa ni bertarung dengan kanser..

Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya. Hati aku terdetik untuk pulang ke Semenanjung untuk menemui arwah mak pada tanggal 22 April 2012 walaupun abah mengatakan arwah mak sudah sihat. Entah kenapa semasa menjaga arwah mak di hospital, aku terkeluar ucapan terima kasih pada arwah mak yang telah melahirkan aku dan adik-adik serta menjaga anak-anakku Haikal, Haziq dan Hafiz. Aku juga memohon ampun dan maaf sekiranya hati arwah mak terluka di atas keputusanku untuk berhenti kerja dan mengharapkan keredhaan arwah mak. Ketika itu, hati aku berasa sangat sayu tatkala arwah mak memeluk dan menciumku berkali kali serta mengalirkan air matanya. Tangan mak aku pegang erat dan arwah mak memegang-megang dadanya menandakan keredhaannya padaku kerana pada ketika itu arwah mak tidak dapat bercakap sangat disebabkan terpaksa memakai sarung oksigen.
Pada awal pagi tanggal 24 April 2012 semasa giliran adikku Maktam menjaga arwah mak, arwah mak kelihatan tidur sangat lena dan tidak terjaga walaupun dikejutkan oleh Maktam. Lantas, keesokan paginya kami anak beranak bergegas ke hospital untuk melihat keadaan arwah mak. Berderai-derai air mata melihatkan keadaan arwah mak yang tidak memberi sebarang respons pada kami sekeluarga, namun aku dapat melihat airmata arwah mak mengalir-ngalir setiap kali kami bercakap dengan arwah mak. Seorang demi seorang mengambil giliran membacakan kalimah syahadah pada arwah mak dan semasa giliranku, dengan tiga kali tarik nafas, arwah mak pergi  meninggalkan kami semua buat selama-lamanya….kali ini, aku sekeluarga meredhakan pemergian mak ke pangkuan illahi….Semoga roh arwah mak tenang di sana….Al-Fatihah..
Kini, sekali sekala ingatanku melayang kembali kepada arwah mak dan abah yang rela berkorban apa saja untuk aku dan adik adik sehingga kami berjaya sepertimana sekarang. Kekadang apabila sendirian, aku pasti akan terkenang kembali bagaimana pengorbanan arwah mak dan abah pada kami adik beradik. Mereka sanggup melawatku di MRSM Taiping semata2 utk membeli keperluanku di asrama dan sekaligus memberi inspirasi kepadaku untuk terus gigih berjuang untuk mencapai kejayaan. Pada malam yg sama  malam mereka akan kembali semula ke Kuala Lumpur menaiki bas kerana terpaksa bekerja pada keesokan harinya dan lambaian mereka membuatkan aku sangat sayu dan terharu. Dengan itu, aku bertekad untuk merealisasikan impian mereka. Sesekali air mataku jatuh berlinangan kerana terkenangkan pengorbanan arwah mak dan abah. Dek kerana itulah, apabila mak telah disahkan sebagai salah seorang pesakit kanser, aku berusaha sedaya upaya untuk memberi sokongan moral dan fizikal kepada arwah mak. Bertitik tolak dari itulah, aku terpanggil untuk membantu ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan masyarakat diluar sana untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan mengamalkan pengambilan supplemen di dalam diet harian mereka…sekaligus mencegah kanser yang telah meragut nyawa arwah mak…Semoga Allah membantu niat murniku ini..Amin...

7 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Innalillahhi wainna ilaihi roji'un. Takziah CT, baru tau yang bonda tercinta awak pergi mengadapNYA. Rajinkan baca al-quran dan zikir untuk disedekahkan pada arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 mukmin.

    Selalu singgah n baca your post.

    Take care
    Umi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dan salam perkenalan buat Umi.


      Thanks for the ucapan takziah. Tq also sb selalu singgah blog siti..Take care to u too...

      Delete
    2. kita dah lama kenal, satu kelas dari form 1 - form 3.. ingat lagi tak? hehe

      Delete
    3. Salam Wanumi, Eh..Iye ke..Saya tgk gak blog awak tp saya x dpt jumpa profile penuh awak..Sapa nama penuh awak ye? Take care..

      Delete
    4. Blog tu tak pernah yang diisi... hehe, umi la, kita sama2 keje kat ofis di jln dato' onn dulu, tapi lain dept la..

      tak yah kasi nama penuh la.. sure ingat punya kan.. :)

      Delete
    5. Ya Allah! Subhanallah...Of courselah kita ingat Umi Nadzlin! Tapi bila Umi letak wanumi, itu yg kita kompuse..he he he..anyway, selamat berblogging ye..how r u dear? umi duk mana skg ni?

      Delete
    6. Sorry Ti, dah lama betul tak singgah your blog.. my blog is under construction.. haha.. tak siap2 dari dulu, asik mencari masa jer.. or (sebenarnya mencari alasan untuk tak menyiapkan.. hehe.
      masih lagi duduk di gombak.. rumah lama tempat kita dok kumpul makan2 dolu2..
      anyway selamat berpuasa.

      Delete