Alhamdulillah sehingga ke hari ini, aku sekeluarga sudah dapat menyesuaikan diri tinggal di kawasan pendalaman. Namun, peluang merantau ke luar negara iaitu Papua New Guinea memberikan kami sekeluarga pengalaman yang unik dan berbeza. Malah berbeza dari pengalaman aku semasa melanjutkan pelajaran di United Kingdom dahulu. Semasa suamiku ditawarkan bekerja di Alotau, Papua New Guinea, bermacam-macam perkara yang bermain di fikiran kami berdua. Apatah lagi, kebanyakan maklumat di internet mengenai Papua New Guinea banyak menceritakan mengenai perkara-perkara negatif. Menambahkan lagi keriasauanku adalah pada waktu itu aku sedang sarat mengandung lapan bulan dan tinggal sebulan sahaja lagi sebelum aku melahirkan zuriat ketiga kami. Sambil mengalir airmata, aku berfikir bolehkah aku lalui saat-saat genting nanti tanpa suamiku di sisi untuk membantu secara moral dan fizikal? Sebelum ini, suamiku sering menemaniku setiap kali aku melahirkan zuriat-zuriat kami. Malah, tangan suamiku akan menjadi mangsa gigitanku dek kerana tak tahan dengan sakit bersalin. Selain itu, berita penawaran kerja tersebut benar-benar mengejutkan anak-anakku. “Apa? Pindah Papua New Guinea? Kenapa? tanya Haikal bertalu-talu. “Alah ayah, tidak seronok pindahlah. Haikal sudah ramai kawan di sini. Rasa sedih pula nak tinggalkan kawan-kawan, cikgu, sekolah dan macam-macam lagi,” kata Haikal dengan nada sayu. Namun, peluang yang datang ini mungkin sekali dalam hidup kami dan suamiku tidak ingin melepaskan peluang keemasan tersebut. Berbekalkan semangat untuk menimba pengalaman hidup dan kerja yang lebih mencabar dalam diari hidup kami, aku sekeluarga pun berangkat ke Papua New Guinea. Port Morseby, ibu Negara Papua New Guinea merupakan perhentian pertama kami. Sebaik menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Port Morseby, hati aku berdebar-debar melihat keadaan sekeliling. Lapangan terbangnya menurut perkiraanku adalah sebesar lapangan terbang di Kelantan. Aku tidak nampak banyak bangunan mencakar langit di Bandar Port Morseby. Namun, terdapat beberapa pasaraya seperti Papindo, JJ Wholesale serta beberapa buah hotel iaitu Lamana Hotel dan Airway Hotel. Walaubagaimanapun, apa yang paling membuatkan aku terharu adalah apabila terlihat sebuah masjid tersergam indah di tengah-tengah Bandar Port Morseby. Allahu Akbar!.
Aku juga tidak dapat menahan perasaan
terharuku apabila terlihat sebuah bank berlambangkan harimau iaitu Maybank. Oh! Allah saja yang tahu bagaimana
perasaan teruja aku ketika itu kerana teringatkan slogan “Malaysia Boleh”.
Selain itu, aku juga terkejut apabila melihat rupa penduduk Papua New Guinea.
Mereka merupakan bangsa yang berkulit
hitam dan tubuh badan mereka tidak asing seperti tubuh badan orang Asia. Sekali
lagi aku terkejut apabila aku disapa oleh penduduk di Port Morseby terutamanya
apabila mereka tersenyum kerana gigi dan bibir mereka kelihatan merah!. Rasa
hendak ketawapun ada apabila melihatkan keadaan mereka itu. Namun, aku
pendamkan saja perasaan itu kerana aku takut ianya akan menyinggung perasaan
mereka.
Kecik ajekan orang2 Papua New Guinea nikan...Cuba tengok dorang sume memang berkaki ayam saja ke mana-mana |
Aku
bertanya pada diriku “Adakah penduduk di Papua New Guinea ini semuanya bergigi
merah?” “Takpe, sebentar lagi aku akan tiba ke tempat kediaman kami dan tengok
macam mana pula rupa penduduk di sana,” bisik hatiku. Untuk pengetahuan semua,
pengangkutan udara yang menggunakan kapal terbang kecil seperti “fokker”
merupakan pengangkutan utama di Papua New Guinea. Perjalanan dari Port Morseby
ke Alotau mengambil masa selama hampir satu jam. Apabila aku mendengar isyarat
mendarat ke Lapangan Terbang Gurney, sekali lagi aku tidak dapat membayangkan
bagaimana pula rupa tempat yang aku sekeluarga akan tinggal serta
penduduknya. “Ya Allah! Kecilnya
lapangan terbang kat sini”, itulah perkataan pertama yang terkeluar dari
mulutku sejurus mendarat.
Reyna dan Johny sekeluarga yang menjadi teman baik kami semasa di Papua New Guinea...Rindu sangat sama mereka |
Aku juga turut di sambut oleh staf dan pekerja suamiku yang kesemuanya bergigi merah! Ha..Ha..Rupa-rupanya penduduk di Papua New Guinea ini semuanya suka makan pinang atau lebih dikenali “bittlenut” di sini. Pada ketika ini, ingatanku melayang-layang pada nenek saudaraku di kampong halaman yang suka sangat makan sirih dan bergigi merah. He..he…
Ini adalah driver suami aku, Solomon..Solomon ni kalau satu hari tak makan bittlenut boleh tak keruan..He He..Mulut Solomon memang merah giler! |
As salam saya dipilih untuk bekerja di sana. tapi saya takut tertipu....U rasa ada ke berlaku apa2 penipuan dalam pekerjaan di sana mengikut pada pengalaman u...
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Ya Allah. Maafkan saya ye sb lama saya tak dpt update blog sb masalah internet kat estet saya nih. ok sblm pergi En kena tgk co yg en nak keje tu, terms n conditions. klu co reputable insyaallah takde apa2. Dah bekerja ke di sana?
Deleteas salam.. saya pun suami bekerja di lea,papua..baru tahun ini..cdg taun depan ikut suami di sana..suka dgr ade rakyat malaysia juga di sana..
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Maaf ye saya lambat balas. Internet problem di estet. Gilah. Best. carik pengalaman..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam puan.boleh ke saya nak mintak contact no atau email puan.suami saya kena transfer ke PNG.cadangnya nak bawa kami sekeluarga sbb anak2 kecil lg.ada beberapa soalan saya nak minta bantuan.thanks ye
ReplyDelete