Perjalanan dari Lapangan Terbang Gurney ke rumah hanya mengambil masa lima minit. Aku sekeluarga menyusuri kawasan perumahan dan aku dapati kesemua rumah di Alotau ini diperbuat daripada kayu beserta tangga. Teringat aku pula pada rumah arwah nenek di kampung. Aku sungguh gembira apabila sudah sampai ke rumah kerana suasananya sungguh nyaman, penuh dengan pohon menghijau serta bunga-bungaan yang tumbur dengan subur. Sesekali angin bertiup sepoi-sepoi bahasa ke dalam rumah kami. Memang terasa sejuk sedikit walaupun pada waktu siang namun pada waktu malam pula sejuknya terasa sampai ke tulang dan aku sekeluarga terpaksa menutup kipas dan memasang “comforter”. Buat pengetahuan semua, Alotau mengalami musim panas pada bulan November hingga Mac manakala berangin dan hujan pada bulan Mei hingga September.
Semua rumah di PNG lebih kurang macam rumah aku ni.. |
Melihatkan kawasan sekeliling rumahku yang dikelilingi banyak pokok-pokok, hatiku berasa agak gelisah sedikit. Sebelum aku sekeluarga berangkat ke Papua new Guinea, kami telah dimaklumkan bahawa demam malaria dan penyakit batuk kering atau tb adalah penyakit yang sering menimpa penduduk Papua New Guinea. “Insyaallah tak ada apa-apa. Lagipun aku sekeluarga dah ambil suntikan Japanese Encephalitis serta Hepatitis A & B,” bisik hatiku sekaligus melegakan perasaanku.
Oleh itu, setiap hari terutamanya pada waktu petang aku akan memastikan aku anak beranak memakai “mosquito repellant” di bahagian tangan dan kaki. Sememangnya aku dan anak-anak sering meluangkan masa bermain bola, badminton malah berjalan-jalan mengelilingi kawasan perumahan kami. Kadang-kadang aku anak beranak hanya berbaring di atas rumput dan menikmati langit yang terbentang luas.
Namun, pada suati hari, aku ingatkan aku demam biasa saja lantas aku hanya mengambil ubat panadol saja. Tetapi apabila badan aku menggigil kesejukan walaupun diselimuti beberapa lapis “comforter” serta seluruh tubuh badanku berasa lemah longlai dan tidak berdaya, aku terus dikejarkan ke klinik kesihatan yang berdekatan. Masih aku ingat macam mana paniknya suami aku bila melihatkan keadaanku yang terhoyong hayang serta pucat lesi. Mana taknya sebab banyak kes kematian di Papua ni adalah disebabkan oleh demam malaria. Pegawai kesihatan yang aku panggil Doktor Ray telah mengesahkan aku menghidapi demam malaria dan aku terus diberikan rawatan yang sewajarnya. Kalau nak tahu, masa Dr Ray nak sahkan aku menghidap malaria ni, darah aku perlu diambil. Ingatkan Dr. Ray pakai jarum tapi dia pakai sejenis alat macam pisau!!! dan Dr. ray perlu menoreh sedikit hujung jariku. Ya Allah! lagilah lemah aku dibuatnya, namun suamiku menenangkan aku. Dr. ray menerangkan dengan nada seloroh "Mrs Wan, this is Papua New Guinea and not Malaysia, so we are much lacking behind..but don't worry we will treat you very well until you recover fully, okay". Aku berdoa kepada Allah agar suami dan anak-anakku tidak dijangkiti demam malaria juga.
Dr Ray yang sangat peramah dan caring..Tengok anak aku Hafiz pun dah jadi macam orang Papua sebab dia memang tak suka berkasut..Ha! Ha! |
Sikap Doktor Ray dan pembantu klinik yang sangat mengambil berat mempercepatkan lagi tempoh penyembuhanku. Aku dinasihatkan agar tidak keluar rumah dari pukul lima petang hingga tujuh petang kerana pada ketika itulah nyamuk malaria aktif berterbangan. Namun, ianya tidak mematahkan semangatku sekeluarga untuk terus hidup menikmati hari-hari mendatang di Papua New Guinea kerana hidup di mana-mana pasti terdapat cabaran dan dugaan…Walau beribu batu aku meninggalkan tanah air tercinta, Malaysia tetap dihatiku. Bak kata pepatah "hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri"..He..He..
No comments:
Post a Comment