Thursday, 19 July 2012

Ayah Merah Umi Biru


          

           Saban tahun, hari sukan merupakan antara acara wajib yang dijalankan oleh suamiku. Bagiku, acara sukan itu sentiasa ditunggu-tunggu oleh setiap warga kilang serta keluarga masing-masing. Mana taknya, banyak acara-acara sukan yang dipertandingkan malah hadiah-hadiah  yang ditawarkan juga sangat menarik.
Sebelum upacara sukan bermula, setiap warga kilang serta pasangan masing-masing perlu mencabut undi dahulu. Ha! Di sinilah uniknya. Setiap nama akan dibubuh di dalam kotak dan bagi setiap nama yang dicabut undi, pihak pengurusan akan meletakkan nama tersebut ke dalam rumah merah, biru, kuning dan hijau berseleng seli. Memang tidak ada pilih kasih dalam hal ini. Setelah semua nama dicabut undi, setiap pasangan termasuk aku dan suami akan tertanya-tanya samada kami berada dalam satu rumah yang sama atau tidak. Bagi yang sama, gembiranya bukan main kepalang lagi tetapi bagi yang tidak sama rumah, mulalah kedengaran keluhan atau perasaan tidak puas hati. Namun, suamiku tidak melayan semua itu kerana aku dan suami juga tidak sama rumah. Suamiku terpilih rumah merah manakala aku pula rumah biru.
Balik ke rumah, aku dan suami menceritakan perihal rumah kami masing-masing kepada anak-anak kami. Aku bertanya kepada anak-anakku, “Haikal dan Haziq nak sokong siapa? Ayah ke umi?”. Haikal menjawab dengan teragak-agak “ah..ah….Haikal sokong umilah”. Haziq pula dengan pantas menjawab “Haziq sokong umi juga”. Aku membalas “Eh, tak bolehlah macam tu. Nanti tak ada siapa yang sokong ayah pula. Kesian ayahkan”. “Kalau macam tu, haziq sokong ayahlah,” jawab Haziq. Begitulah keadaannya apabila saban tahun, aku dan suami tidak pernah berkesempatan berada dalam rumah yang sama. Tahun ini pun, aku tak sama rumah dengan suamiku. Aku rumah oren manakala suamiku pula rumah putih. Apa nak buat…Dah nasib…
Bilalah nak sama rumah ni....He he...


Tiba hari sukan, aku, suami dan anak-anak sangat bersemangat untuk mendapatkan mata bagi rumah masing-masing. Antara sukan yang dipertandingkan ialah badminton, bola jarring, sepak takraw, tarik tali, lari dalam guni, lari beruk, boling kelapa, congkak, dart, sahibba dan lain-lain lagi. Tetapi yang menggelikan hatiku dan suami adalah apabila setiap kali aku berlawan dengan suamiku, anak-anakku dah tak ingat dah siapa yang mereka patut sokong tetapi mereka akan sokong kedua-dua sekali!. Sesekali pasti terdengar Haikal dan Haziq melaung “Umi, umi”, kemudian terdengar pula mereka melaungkan “Ayah, ayah”.  Hafiz pula terjerit-jerit sama memanggil “U, Uni dan A…Yah, yah”. Hi..Hi…



Seronoknya Hafiz bila dapat cari gula dalam tepung!! Yeay..Yeay..






Comelkan muka anak-anakku berbedakkan tepung...Tapi puas sebab dapat gula-gula banyak!!





Tahun ni suami aku mencadangkan pertandingan "MasterChef Keresa"..Best..sebab dapat hadiah "Tupperware"..He..He..



Tu dia Lin, isteri assistant suami aku nak cuba golkan bola sebab penalty..Jangan marah..kami wanita pun nak main Futsal..






Oren! Oren! Oren! Memang berhempas pulas betul dorang tarik tali ni..


   
Aku nampak kepuasan pada setiap warga kilang dan keluarga masing-masing kerana pada hari sukan itulah kami semua tidak kira pangkat masing-masing akan bersama-sama turun padang dan bergembira sebagai satu keluarga besar. Pada malamnya pula, kebiasaannya suamiku akan menganjurkan makan barbeku serta berkaroeke. Walaupun penat, jelas kami semua tetap melaksanakan segala aktiviti yang telah dirancangkan.
Hingga kini, aku berharap moga suatu hari nanti aku dan suami akan dapat berada dalam kumpulan rumah yang sama agar anak-anak kami tidak perlu lagi merasa serba salah mahu menyokong umi atau ayah. Ha! Ha!

No comments:

Post a Comment