Semenjak aku berhijrah ke bumi kenyalang ini, aku sentiasa tertarik dengan kecantikan kek lapis Sarawaknya yang cantik lagi menarik dengan pelbagai lapisan warna. Rasanya pula…Ummppph!! Sedap tak terkata….Ada kek lapis oreo, kek lapis cadburry, kek lapis masam-masam manis dan bermacam-macam lagi. Selalu jugalah aku belikan ole-ole kek lapis Sarawak ini buat keluargaku tercinta di Semenanjung sana. Aku berazam satu hari nanti aku mesti mengambil peluang untuk belajar macam mana nak buat kek lapis Sarawak. Kalau tak, memang rugi! He..he..
Alhamdulillah, semasa aktiviti Persatuan Wanita Kilang Sawit suamiku bekerja baru-baru ini, aku berkesempatan belajar buat kek lapis Sarawak yang simple. Maksud aku yang takde patern-patern yang canggih tu. Terima kasih tak terhingga kepada Reen, isteri kepada staf suamiku yang memberi tunjuk ajar kepada kami semua…Emmm…ingatkan senang aje nak buat kek lapis Sarawak ni, tapi rupa-rupanya pembikinan kek lapis Sarawak ini memerlukan masa dan kesabaran yang cukup tinggi..Mana taknya, sebiji kek lapis mengambil masa hampir 4 jam! So, aku tabik habislah dengan mereka-mereka yang ada masa dan kesabaran untuk membuat beberapa jenis kek lapis. Buat semua, aku kongsikan di sini, resepi kek lapis Sarawak yang diberi nama “Kek Lapis Facebook”… Alahai.... memang nyaman(orang Sarawak cakap sedap as nyaman) sungguh!! Memang berbaloi la mencuba.
Bahan-Bahan :
10 biji telur
1 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
1 gelas tepung roti marie (diramas hingga menjadi serbuk/diblend)
1 gelas horlick
1 tin kecil susu pekat manis
500 g mentega/butter
1 tin kecil serikaya
2 sudu teh esen vanilla
1 botol kecil ovalette
Pewarna hijau
Cara membuatnya :
☼ Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan mentega/butter dan ovalette. Pukul lagi hingga kembang.
☼ Masukkan susu, esen vanilla, serikaya, horlick, tepung gandum dan tepung roti marie. Gaul hingga sebati.
☼ Bahagikan kepada 2 bahagian :
1. Warna asal (plain color)
2. Warna hijau
Rupa2nya ini teknik yang Reen guna untuk make sure kek lapis tu sama rata ketinggian dia antara satu lapis ngan satu lapis yang lain. Bagi setiap lapis, Reen ukur takat setengah cawan tu aje...
☼ Bakar secara berlapis-lapis (selang-selikan warna hijau dan warna asal) di bawah suhu 180° selama 1 jam menggunakan loyang empat segi 7 x 8 inci nyer. Bakar dengan menggunakan api atas sahaja. Sebelum letak lapisan kek lapis yang pertama, alas dulu menggunakan kertas minyak...
Reen bakar setiap lapis lebih kurang 2 ke 3 minit. Memang x leh wat kerja lainlah klu wat kek lapis ni..Klu tak, alamatnya hanguslah! Ha..Ha.. Cuba perhartikan betul-betul..Sebelum nak letak kek lapis ke dua, kita kena tekan tekan sikit pakai alat yang direka khas tuk buat kek lapis. Reen kata kita boleh beli kat kedai kek....
Ceng..Ceng...Ceng..inilah hasilnya kek lapis facebook. Bila pikir-pikir balik, kalau aku nak buat kek lapis ni, aku nak guna setengah adunan ajelah! So, dari 4 jam, aku bolehlah buat 2 jam aje...Ha Ha! So, sekarang, cuba tanya diri sendiri, adakah anda penyabar atau tidak nak wat kek lapis sarawak ni...Hu hu hu...Apapun, selamat mencuba!
As salam. Best ni, nanti boleh ikut resepi ini. Jgn lupa menjenguk blog saya.
ReplyDeleteBoleh ke tukar sukatan kepada berapa gm? Sebab saiz gelas berbeza beza kan
ReplyDeleteSalam perkenalan azie. Maaf ye siti lambat balas. My mum just passed away last tuesday. So lama x buka blog...well, according to reen, kita boleh guna apa apa sukatan yg kita suka sb yg penting kita nak level each of the kek lapis tu sama....slmt mencuba ye....memang sedap azie. Sekejap aje serve dah abih....insyaallah siti lawat blog azie ye.... Take care....
Delete