Sunday, 25 March 2012

Pengorbanan Buat Suamiku

TANPAKU sedar, masa berlalu begitu pantas sekali. Kehidupanku sebagai suri rumah sepenuh masa sudahpun masuk tujuh tahun. Namun, sebenarnya berhenti dari pekerjaan yang disukai setelah penat lelah belajar bukanlah satu keputusan yang mudah untukku ambil. Sekembali menuntut di United Kingdom, aku mendapat peluang bekerja sebagai juruaudit di KPMG Peat Marwick.
Sentiasa sibuk dan sentiasa perlu ke luar daerah selalu membuatkan aku berfikir dua kali sama ada adakah pekerjaan ini sesuai bagiku. Kemudian, aku mendapat peluang bekerja di Bank Negara Malaysia sebagai eksekutif kanan. Empat tahun bekerja di Bank Negara Malaysia berlalu begitu cepat dan aku suami isteri masih meneruskan kehidupan kami sebagai weekend husband and wife. Kadang-kadang jiwaku sebak tatkala melihat suami-suami menjemput isteri masing-masing pulang dari bekerja. Namun, aku tabahkan hatiku demi mengenangkan pengorbanan mak dan abah tersayang yang telah membesarkan aku serta menghantar aku belajar sehingga ke luar negara.
Tanpa kuduga, pada suatu hari suamiku meluahkan isi hatinya kepadaku dan meminta agar aku berhenti kerja dan mengikutnya tinggal di kilang sawit. Masihku ingat lagi kata-katanya.
“Umi, sampai bila kita anak-beranak nak tinggal begini? Abang tak nak terlepas lagi tengok anak-anak kita membesar. Ini tidak, balik-balik anak dah boleh berjalan, bercakap dan lain-lain’” jelas suamiku sambil menitiskan airmatanya. “Abang teringin makan dan minum hasil air tangan umi,” sambungnya lagi.
Luluh betul hatiku tatkala mendengarkan permintaannya itu. Apatah lagi apabila melihat suamiku menangis depanku. Pelbagai persoalan bermain di dalam kepalaku. Antaranya bolehkah aku duduk di dalam estet ‘tu? Apa aku nak buat setiap hari? Macam mana dengan persekolahan anak-anakku nanti? Ada ke klinik swasta di sana? Cukup ke suami aku seorang saja nak menampung kehidupan kami anak-beranak? Bermacam-macam lagi.
Aku berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan. Sungguh, ia memang sukar. Ditambah lagi dengan suara-suara yang mengatakan kalau aku tidak bekerja, aku tak ada duit sendiri. Susah nak minta duit suamilah, rugi dah belajar lama-lama dan jauh pula ‘tu. Kemudian, aku terfikir pula pasal mak dan abah.
‘Apa pula kata mak dan abah nanti?’ bisik hatiku. ‘Mesti mak dan abah tak setuju,’ fikirku lagi.
Memang tepat sangkaanku kerana mak dan abah tidak setuju dan tidak merestui langsung keputusanku untuk berhenti kerja. Aku sedar yang aku ini memang anak yang menjadi kebanggaan mereka sejak dari dulu lagi. Abah batul-betul marah dengan keputusanku untuk berhenti kerja.
“Kalau macam ni, abah nak panggil semua adik-adik kau yang tengah belajar kat universiti sekarang ni. Penat-penat belajar lepas tu jadi surirumah,” tempelak abahku.
Aku menangis teresak-esak mengharapkan suatu pengertian dari mak dan abahku tercinta. Aku membalas dengan nada lembut, “Abah, mak, insya-Allah Cheteh dan Maktam tak jadi macam akak. Insya-Allah suami mereka nanti akan sama kerja. Akak yakin kalau akak tinggal bersama-sama Ad di bandar, mustahil Ad akan suruh akak berhenti kerja.” Tangisanku semakin kuat dan aku berasa sangat tertekan.
Setelah memohon kepada Yang Maha Esa, aku pun membuat keputusan untuk berkorban demi suamiku tercinta walaupun hatiku dirobek-robek kerana terpaksa memilih antara keluarga atau kerjaya. Aku tahu mustahil bagiku untuk memilih kedua-duanya sekali. Walaupun keputusan untuk berhenti kerja ini amat berat untuk diambil, namun aku reda demi menjalankan tanggungjawab demi suami tercinta.
Reda? Rupa-rupanya pada hakikatnya aku belum sepenuhnya reda untuk berhenti kerja. Aku hanya mengetahuinya setelah aku didiagnos mengalami post partum depression selepas beberapa bulan aku melahirkan anak ketigaku. Pertemuan dengan physciatarist menyelongkar beberapa isu. Bermacam-macam soalan yang dia tanyakan kepadaku. Senang cerita, dia ingin tahu root causes yang membuatkan aku jatuh saki. Antaranya adalah seperti berikut:

1.      Kesakitan emosiku bermula bila aku terpaksa membuat keputusan untuk mengikut suamiku bekerja di kilang sawit. Pada ketika ini, hatiku sakit bagai ditoreh-toreh dengan benda yang tajam dan terasa seakan-akan dibelah kerana memikirkan tentang pengorbanan arwah mak dan abah yang telah bertungkus lumus membesarkan aku serta menghantar aku belajar sehingga ke luar begara.
2.      Aku tidak sepenuh hati reda dengan keputusanku berhenti kerja menjadi surirumah sepenuh masa. Aku berasa sangat susah dan malu untuk menyatakan “aku seorang surirumah” setiapkali orang bertanyakan pekerjaanku.
3.      Semasa kandunganku berumur lapan bulan, aku mula risau   melampau apabila suamiku membuat keputusan untuk bekerja di Papua New Guinea. Mana taknya, maklumat dalam internet ada mengatakan orang-orang di sana masih lagi mengalamalkan budaya makan orang. Aku risaukan keselamatan suamiku serta siapalah yang hendak menjaga makan minum suamiku yang jauh di perantauan sana.
4.      Setelah bersalin, kesemua anak-anakku selalu sakit disebabkan rindu pada ayah mereka. Kalau tak demam, selesemalah. Kalau tak seleselma, batuklah dan macam-macam lagi. Ditambah lagi dengan anak ketigaku menghidapi prolonged jaundis dan anak keduaku menghidapi kencing tak lawas. Jadi, aku berasa stres sebenarnya apabila melihatkan kesakitan anak-anakku. Huhuhu.

Seterusnya doktor mengatakan bahawa aku perlu mengambil ubat anti depressant yang telah menyebabkan berat badanku bertambah sebanyak 20kg! Namun, apa yang mengejutkan doktor adalah proses penyembuhanku yang agak cepat iaitu sembilan bulan berbanding dengan dengan pesakit-pesakitnya yang lain. Masih terngiang-ngaiang kata-kata doktor;
Siti, now you can throw all your anti depressant medicine because you have fully recovered”.
Alhamdulillah, pada ketika itu aku merasakan seolah-olah aku mendapat peluang hidup kedua. Aku berkongsi dengan doktor apa yang aku lakukan selama tempoh tersebut. Sebenarnya, dalam proses penyembuhanku itu, aku banyak meniupkan kata-kata semangat buat diriku dan menulisnya setiap hari di dalam diari yang masih aku simpan sehingga kini. Setiap hari, aku akan menulis ayat-ayat seperti “Aku ingin hidup”, “Aku ingin sihat”, “ Aku kuat untuk melawan segala cabaran dan dugaan”, “Aku ingin terus menyusukan anakku”, “Aku ingin membesarkan anak-anakku bersama-sama dengan suamiku”, “Aku tak akan menyerah kalah, Ya Allah!” dan lain-lain kata semangat.
Aku sentiasa percaya setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Setelah pengalaman sakitku yang teruk itu, aku mula belajar untuk melepaskan segala-galanya kepada Allah SWT. Aku juga belajar untuk stop worrying and start living. Aku kini lebih tenang berhadapan dengan segala perkara.
Sebagai contoh, aku mampu hidup sendirian dengan anak-anak di bandar Bintulu kerana suamiku bekerja di kilang sawit di pendalaman sana. Aku juga tenang menghadapi berita mak disahkan kanser dan kuat semangat memberikan arwah mak semangat untuk berlawan dengan penyakit yang meragut banyak nyawa itu. Aku betul-betul menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT. Surah Al-Imran Ayat 173 iaitu “Hasbunallah Huwanikmal Wakil” sentiasa membasahi bibirku tatkala aku berhadapan dengan sebarang masalah. Terima kasih, Allah SWT! Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segalanya.
Buat sesiapa di luar sana, janganlah berputus asa walau apa jgua penyakit atau masalah yang anda sedang hadapi. Insya-Allah, there is a light at the end of a tunnel dan sentiasalah berdoa kepada Allah SWT yang Maha Esa.
Kini, apabila aku kenangkan kembali, aku bersyukur dengan kehidupan yang sedang aku lalui sekarang. Aku memikirkan tentang tahun-tahun yang aku dapat habiskan bersama suami dan anak-anakku serta bagaimana setiap hariku menjadi amat indah dan bermakna. Alhamdulillah, aku dan suami dapat bermain-main dengan anak-anak, aku dapat membacakan buku cerita setiap malam kepada anak-anakku, aku dapat menemani mereka disetiap aktiviti sekolah mereka dan juga membuat bermacam-macam perkara bersama. Aku berasa lebih puas dan gembira melihat perkembangan ketiga-tiga puteraku.
Alhamdulillah, rezeki tidak pernah putus selepas berhenti kerja. Selain menjadi surirumah sepenuh masa, aku juga membuat perniagaan secara kecil-kecilan menjual froezen food buatan mak mertuaku, menjual suplemen dan mengajar secara sambilan. Aku juga telah menemui satu bakat baru iaitu, menulis! Alhamdulillah beberapa hasil tulisanku telah diterbitkan dibeberapa majalah seperti Personal Money, Mingguan Wanita, Nur dan Harian Metro. Aku yakin ramai wanita di luar sana yang berasa ragu-ragu seperti diriku untuk mengambil keputusan berhenti kerja untuk bersama suami dan keluarga tercinta, namun, sentiasalah berdoa agar Allah SWT memberikan petunjuk. Insya-Allah rezeki yang datang apabila berkorban untuk bersama suami bukan dari bentuk duit sahaja tetapi kebahagiaan rumahtangga, ilmu bertambah, anak bertambah dan lain-lain.

Selagi kita patuh perintah suami selagi itu ada keberkatannya. Apa yang paling penting adalah reda sepenuhnya sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Semoga pengorbanan buat suamiku ini akan terus dihargai oleh suamiku dan mendapat keredhaan dari Allah SWT. Amin. 

2 comments:

  1. Syabas Siti. Pengorbanan Siti pasti berbayar. Ketaatan kepada suami, maka syurga adalah ganjarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Before that, ni kak zie bnm ke? Maaf ye siti x perasan masa reply kek lapis facebook tadi...u stilk look gorgeous...alhamdulillah...tq so much kak zie for your support...take care....

      Delete