Alhamdulillah Kitty dan April dah selamat landing ke Semenanjung pada 27 October 2012 kerana mengikuti seuamiku berpindah ke Kilang Sawit di Sedenak pula. Pelbagai dugaan yang aku lalui semasa dalam proses nak membawa Kitty dan April ke Semenanjung. Aku ingat lagi, masa mula2 suami aku dapat offer untuk kembali bekerja di Semenanjung, perkara pertama yang terlintas di suamiku, macam mana nak bawa Kitty dan April balik? Mesti dorang naik kapal terbang sama dengan aku sekeluarga,kan! So, aku pun pergilah Tanya pada staff MAS kat airport Bintulu. Pegawai tu kata, “Puan, Cuma bawa kucing puan, latest vaccination record dia, pastikan cage dia elok dan puan perlu sediakan semangkuk makanan dan semangkuk air”. Bila dengar pegawai tu cakap macam tu, aku pun menarik nafas lega..Dalam hati aku berbisik “Eh..senangnya nak bawa kucing balik”..Yeay Yeay…
Nak dijadikan cerita, aku tergerak hati nak pergi berjumpa dengan Dr Cheng, the only doctor haiwan kat Bintulu tu..Tup tup. Doktor kata “You kena apply import permit dulu dan Kitty dan April kena buat microchip dulu’ Kalau tak ada import permit, bye2 aje Kitty dan April dekat Airport ye”. Allah! Mulalah aku menggelabah sebab tinggal berapa hari aje lagi sebelum aku fly ke Semenanjung. Doktor Cheng kata “Cuba you pergi ke Jabatan Veterinar Bintulu untuk minta form import”. Pergi-pergi, pegawai incharge cakap “Puan, kami tak keluarkan borang import puan, kami hanya keluarkan borang eksport permit saja”. Puan boleh print dari laman rasmi Jabatar Verterinar. Memang mas atu naik angin juga sebab prosedur tak clear.
AKu pun mulalah google kat internet laman web rasmi Jabatan Veterinar. Alhamdulillah bila dah dapat no telefon pegawai incharge aku pun telefonlah Mr Kandippan di talian 03-88702383. Seriously, memang best giler bercakap dengan Mr Kandipan ni. So untuk ringkaskan ceita aku buat dalam point form ye:
1) Print Import Permit form dari laman web Jabatan Veterinar di www.dvs.gov.my.
2) Print Form A iaitu APPLICATION FOR PERMIT TO IMPORT/EXPORT *LIVE ANIMALS
3) Sebelum isi boring tersebut, aku perlu membawa Kitty dan April untuk mendapatkan suntikan vaksin yang the latest punyer untuk memastikan mereka sihat sebelum terbang. Kemudian, doctor akan menanam MICROCHIP ke dalam badan Kitty dan April. MICROCHIP ini akan tertanam seumur hiduo Kitty dan April. Microchip ni sebenarnya adalah untuk tujuan pengesahan Kitty dan April kepunyaan anak2ku Haikal dan Haziq. Manalah tahu kalau ada orang lain mengaku Kitty dan April kepunyaan dorang. MAklumlah Kitty dan April kan cantik dan gebu..Ha Ha!
4) Isi FORM A termasuklah nombor microchip seperti dalam gambar. Kat sini Mr KAndipan bagi tahu aku, date of Import/Export (kat no 3 form tu) adalah sangat penting ye. Make sure tarikh penerbangan dah confirm baru tulis.
5) Lepas tu, aku diberitahu oleh Mr Kandippan, urusan Import Permit perlu diuruskan oleh relative aku kat Semenanjung. Pulak dah! Nasib baik ayah mertua aku tolong aku uruskan. So, ayah mertua aku kena bawa beberapa dokumen ke JAbatan Veterinar di Putrajaya sebab ni yang paling dekat dengan rumah ayah mertua aku (Setiap negeri ada Jabatan Veterinarnyer sendiri, jadi kalau yang kat Melaka, so pergilah ke JAbatan Veterinar Melaka dan sebagainya). Dokumen dokumen ni aku scan dan email pada ayah mertua aku.
Dokumen yang perlu dibawa oleh ayah mertua aku:
1) Scan buku vaccination record Kitty dan April (depan dan belakang). Dalam buku vaccination record ni Dr Cheng dah siap siap lekatkan nombor microchip Kitty dan April.
2) Scan Form A.
6) Lepas dah lulus application IMPORT PERMIT dengan bayaran RM17 (RM& untuk bayaran system e dagang dan RM10 untuk bayaran Import Permit), Jabatan Veterinar akan mengeluarkan LESEN BAGI MENGIMPORT BINATANG BINATANG berwarna oren.
· Perlu diingatkan bahawa LESEN MEN GIMPORT BINATANG BINATANG hanya VALID selama SEBULAN atau 30 hari sahaja.
7) Surat kelulusan LESEN MENGIMPORT BINATANG BINATANG tersebut pelu di bawa ke Jabatan Verterinar negeri masing masing bagi tujuan mendapatkan EKSPORT PERMIT pula (boleh dipos kepada empunya binatang ataupun email scan surat kelulusan tersebut). PAda ketika ini, aku perlu membawa Kitty dan April sekali supaya doctor vet kerajaan pula yang akan memeriksa Kitty dan April sekaligus mengeluarkan Health certificate untuk mengesahkan Kitty dan April selamat di bawa balik ke Semenanjung. Yeay Yeay…tamat sudah!
· Perlu diingatkan disini bahawa sebelum membawa kucing peliharaan masing masing, perlulah menelefon Jabatan Veterinar negeri masing masing bagi memastikan doctor vet ada untuk memeriksa kucing peliharaan masing masing. Kalau tak, Nampak gaya kita kena pergi dua tiga kali kerana selalunya doctor vet kerjaan ini akan keluar daerah. So telefon dulu ye!
8) Semasa hari penerbangan, Haikal dan Haziq memastikan Kitty dan April tak makan apa2 sebab takut dorang muntah dalam cage dorang. Kalau nak tahu, Kitty dan Aprril kena timbang mcm beg beg kita! MAS akan charge satu kilo RM20….
9) Lepas dah landing, aku sekeluarga tak bole keluar saja saja. Aku sekeluarga kena pergi ke bahagian KUARANTIN di airport dan di sana sekali lagi aku kena bayar lagi sebanyak RM60 seekor kepada bahagian kuarantin KLIA. Takpelah bayar pun bayarlah. Yang penting, Kitty n April selamat..Yeay yeay yeay…
So, selamat terbang ye PET PET di luar sana bersama owner masing masing!
Ni, borang A yang aku print dari laman web rasmi jabatan veterinar |
vaccination record Kitty April (nampak tak microchip nombor yang panjang nombor tu) |
Resit IMPORT PERMIT |
Surat kelulusan lesen IMPORT PERMIT |
Yang ni pulak surat kelulusan EKSPORT PERMIT |
Duit lagi kena bayar dekat KLIA..Hu Hu |
terimakasih atas details dan segalanya.. saya juga akan membawa pulang dua ekor kucing dari kuching.sarawak. Insha Allah... pening nak fikir macam mana... sekarang lebih mudah dengan informasi yang sangat jelas...semoga bahagia ceria bersama kitty dan april
ReplyDeletesy juga akan membawa pulg kucing kesygn dlm ms terdekat......serabut jg nk berurusan. tima ksh tuk infonya, sdkt sebyk dgn attchmt dokumen2 berkaitan membantu hala tuju urusan sy. InsyaAllah
ReplyDeleteSama-sama ye. Maaf ye sebab saya lambat balas sebab internet kat estet nih sokmo berproblem. Tq so much, Kitty and April sihat n ceria mcm tuan2nyer..He he
ReplyDeleteAssalamualaikum.....sy nk bawa balik kucing dr Miri ke Kota Bharu...adakah proses sama jgk?
ReplyDeleteSb sy pegi ke vaterinar miri...die cma sruh isi borang utk export .......bla sy tnye xperlu ke import permit...die ckp xperlu......mcmna ye
salam en azman,
Deletesaya pun dpt info bnda yg sama..bila tnya jabatan haiwan di kl ni, import permit dh tak perlu...huwaa...mana satu ni..
Perlukan import permit nak bawa masuk kucing dari luar hubungi 0196361389
ReplyDeleteSalam...lama tak nak tunggu permit tu siap ?
ReplyDeleteMacamana kalau nak berpindah ke semenanjung takda relative di semenanjung?
ReplyDeleteAda buat surat rasmi utk permohonon membawa kucing dr sarawak ke semananjung ?...
ReplyDeleteeksport permit tu kira surat utk mbawa kucing.. kalau sy skrg tgh dlm proses nk bawak kucing dr semenanjung ke sarawak..
Deletehi A.R Sim, nak tanya pasal process import kucing KUL-KCH, bole pm sya ke? TQ.. heh.. 0174838688
Delete