Alhamdulillah..Terlaksana
juga impian aku nak masak Sizzling Tofu tuk suami dan anak2 tercinta. Suami aku
klu dia gi restoran Chineese Muslim, pasti Sizzling Tofu ni menjadi menu wajib
dia.Aku ingat susahlah nak buatnya so aku pun tulislah dalam diari aku nak
belajar masakan style Chinesse. I still remember I wrote it 2 years ago. Tup tup,
lps penghijrahan aku ke Kilang Sawit Sedenak, Allah telah merealisasikan impian aku
ni. Sesungguhnya everything happens for a reason. Tq to Bendahari Persatuan Wanita Sedenak iaitu Kak Nada di atas kesudian
beliau memberi tunjuk ajar..Lps habis belajar resepi ni, balik tu terus aku
pinjam bekas sizzling Kak Nada. Lps makan sizzling tofu yg aku masak, suami aku
terus cakap “Umi, abg tabik spring kat umi sambil membendkan badan dia up n
down mcm spring”..Ha Ha! Tq Allah. Tu yang aku namakan Sizzling Tofu Tabik
Spring! Hampir setiap minggulah kami berkumpul di “Kandang” kami untuk belajar
memasak..Insyaallah aku akan kongsikan resepi2 lain nanti ye..Slmt
mencuba..Yum! Yum! Yum!
Resepi Sizzling
Tofu
Tenaga
Pengajar: Puan Siti Nada
Bahan2:
2 paket tofu telur (dipotong bulat2)
5 biji cendawan butang dalam tin
2 biji telur dipukul
2 ulas bawang putih ditumbuk
3 ulas bawang merah dihiris halus
Sedikit halia
1 tangkai daun bawang dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk pati ayam tumis secukup rasa
2 sudu besar kicap
Sedikit minyak bijan
Sedikit lada sulah
2 subu besar air
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Minyak untuk memasak
Cara2:
1)
Potong tofu telur secara membulat kepada beberapa bahagian.
Kemudian goreng hingga garing.
2)
Panaskan minyak. Masukkan bawang merah,bawang putih dan halia
hingga naik bau.
3)
Masukkan cendawan dan masak seketika. (Kalau ada ayam pun boleh
masukkan sekali)
4)
Perasakan dengan sos tiram, serbuk pati ayam dan kicap.
5)
Tumis lagi dan kemudian masukkan air, gaul rata dan biarkan
mendidih.
6)
Titiskan dengan minyak bijan dan bancuhan tepung jagung untuk
memekatkan kuah.
7)
Taburkan sedikit dengan hirisan daun bawang.
8)
Ketepikan.
9)
Kemudian, ambil sizzling hot plate dan panaskan seketika di atas
api.
10)
Masukkan telur yang telah dipukul dan ratakan seluruh hot plate .
11)
Bila telur sudah separuh masak, susun atur potongan tofu ke atas telur. Kemudian matikan api. Setelah
itu, perlahan2 tuangkan campuran kuah cendawan.
12)
Tabur lagi daun bawang di atas sekali.
NOTA:
Kalau suka pedas, tambahkan potongan cili merah. Kalau hendak lebih sedap,
gunakan Shitake Mushroom.
No comments:
Post a Comment